Bergambar macam-macam..

Salam...

Penat tak habis lagi ni.. Direct seminggu melepak kat rumah kakak aku. Bukan melepak kosong-kosong je.. ni melepak buat keje kenduri.. huh... penatnya diri sendiri jelah yang tau.. hahaha... dengan nak balik mengundi lagi.. tu pasti.. tanggungjawab.. kenduri macam mana sibuk pun.. mengundi tetap balik dan pangkah parti yang aku yakin..

Oklah.. aku takder mood sangat nak citer banyak.. layan jelah gambar yang ada kat bawah ni.. buat2 cuci mata dihari rabu ni. Jangan mata korang juling sudah dengan gambar yang banyak sekali ni.. aku langsamkan je..

1/2/3-5-2013

Sesi mempacking goodie bags.. nak patah pinggang dibuatnya.

Lukis inai ditangan pengantin..
disponsor oleh sepupu aku.
Kalau ada sesiapa nak tempah lukis inai ni. bolehlah email aku.
nanti aku bagi no telipon sepupu aku ni.

Dah siap lukis... keesokkan hari sebenarnya...

Bilik pengantin..
Buat simple je. sebab bilik kecik..
nak letak macam2 takut bertambah semak pulak. 

Pandangan sisi..

Sabtu 4/5/2013

Perantin dengan mak andam..
nilah adik aku... Majlis tetap jugak dijalankan pada 5/5/13

Aku dengan perantin... pucat lesi muka aku... huhuhu..
tu tandanya penat sangatlah...
ni pun curi2 masa amik gambar dengan perantin..

Pengantin tembam...

Berdebar nak menanti akad nikah... muka pun gabra je... 

Perantin dengan mak aku..
Dah selesai nikah.. alhamdulillah dah selamat nikah.. sekali lafaz je
aku tak amik gambar dengan suami dia.. hehehe... tu nanti2 aku buat entry lain ye..

Ahad 5/5/2013

Tibalah hari untuk menentukan pemimpin negara kita.
walaupun penat dengan kenduri.. kewajipan harus ditunaikan.. 
tetap balik ke Tanjong Karang untuk mengundi.
Aku mengundi di sekolah kebangsaan Sg. Sireh, Tanjong Karang. Selangor.
Dun Sg. Burong. Parlimen Tanjong Karang.

Menanti giliran.. Tak ramai sangat sebab awal pagi lagi.. aku antara orang yang ke 15 macam tu lah...
nasib baik kitorang semua satu saluran je. Semua dapat saluran 4.

Perantin muka pucat lesi... sebab pepagi dah bangun.. bayangkan lepas je malam berinai kat klang. dalam jam 11.30 malam kitorang otw balik tanjong karang. jam 5 pagi dah bangun nak siap2 pergi mengundi. punyalah eksaited nak mengundi..

Akhirnya dapatlah calitan biru ni...
tapi jari aku calitan paling hodoh.. huhuhu
pegawai SPR tu terletak banyaklak dakwat. sampai mengalir ke jari aku..

Dah sampai klang balik... untuk majlis persandingan adik aku...
Gambar untuk majlis persandingan nanti aku update ye..
yang tu aku tak sempat nak amik gambarnya..
sibuk dengan anak aku je..
ni pun berposing sambil buai anak.. hahahah...
hilang glamour sekejap..

OKlah... tunggu next entry ye..

Sekian...

Babai... 



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Jemputlah datang ye.....

Entry baru sila scroll ke bawah.. kalau ada entry barulah ye... :)

Salam...


Alhamdulillah diberikan kesempatan kepada kami sekeluarga untuk meraikan perkahwinan adik bersama mak tersayang. Hari isnin atas berkat doa keluarga, saudara-mara dan juga rakan-rakan mahupun alam maya dan juga rakan terdekat. Mak pun dah beransur sihat dan dah keluar dari ward pada tengahari isnin 8/9/2013.

Sebelum aku terlupa. Aku nak menjemput semua rakan-rakan bloger ke majlis perkahwinan adik bongsu aku pada 4/5/13 Sabtu - 5/5/13 Ahad (harap janganlah mengundi jatuh pada tarikh ni). Diharap korang semua sudi hadir ke majlis perkahwinan adik aku. dan lebih memeriahkan lagi..

Kat bawah ni aku sertakan peta lokasi ye.. Jemputlah datang ye...



Harap ada yang sudi datang.

Sekian

Babai..

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Buat sementara.... ini je dulu..

Salam...


Tarikh : 21/4/2013
Hari : Ahad
Masa :  Jam 10.00 pg - 3.00 ptg
Tempat : Taman perepat indah. Kapar.


jap... jap... semalam entry aku untuk hari isni.. hari ni pulak untuk ahad lepas.. macam makin mengundur je entry aku ni. padanlah kak ina membebel dengan aku semalam. mana tak membebel nyer.. yeye aku tunjuk entry seliper zalora. bila dia turun ke opis aku nak nengok sekali seliper dah selamat dok dalam kete aku.. hehehe... Nasiblah...

oklah berbalik pada citer sementara aku ni. dua minggu lepas aku terima aduan dari penyewa rumah aku. Katannya tangki air rumah aku bocor.. habis dah nak lebam dinding rumah aku. Cecepatlah aku suruh en. suami pergi cek rumah kat perepat tu. Dalam kepala aku berharap sangat yang pelampung je yang rosak.. rupanya jangkaan aku meleset sama sekali.. wah.. ayat macam citer ibu mertua ku pulak.. Memang bocor pun tangki air.. Tanya jiran-jiran kat perepat nak ganti tangki air baru memang kena rm650 - rm850 termasuk upah. tapi maklumlahkan.. kejadian pulak berlaku tengah-tengah bulan. Terpaksa cari cara lain buat sementara waktu. Anak buah pulak cadangkan pasang pipe direct je dulu. sementara nak pasang tangki baru. Sebab ingat nak buat sendiri je. nak survey-survery dulu barang. dah jumpa mana yang murah. baru ganti terus tangki baru.

Boleh tahan besar jugak bocor tangki air rumah aku ni.
Laju betul air tu keluar dari tangki.
mana tak bocor rupanya dilapik dengan papan playwood je bawahnya..
lepas tu ada border kiri kanan je... herm....  

Tinggi rupanya tangki air ni... aku rasa sama tinggi dengan aku tangki ni...
aduhai tangki.. kenapalah ko nak bocor masa nak dekat kenduri adik aku ni..
tuan ko ni banyak nak pakai duitnyer...  

Tengah pasang pipe direct.
nasib ada anak buah aku ni. tapi sebenarnya dia ni menantu kakak aku
alah kitorang pun sebaya je umurnya. 
kalau jumpa pun macam kengkawan je boraknya.
cuma masih ada rasa hormatlah.. 

Pemasangan pipe sudah siap...
Alhamdulillah.. harap penyewa aku gembira.
tidur malam takderlah terganggu dengan bunyi desiran air yang keluar dari kebocoran tangki ni.
maklumlah.. tangki air ni betul-betul atas bilik utama.. hehehe.. mesti tidur terganggukan..

Oklah..

Sekian, citer yang tak seberapa ni ye.

babai.



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...