Peritnya Mencari Sesuap Nasi

seperti biasa copy paste dari email.. 

 pic from google

Mop di tangan kanan. Timba merah terisi air sabun di tangan kiri. Bau Fabuloso menyucuk hidung. Peluh terpercik pada wajah perempuan tua berbaju kurung saga.

Sudah dua hari aku lihat dia tekun mencuci dan mengemop lantai. Sejak Ketua Jabatan baru menghuni kerusi panas di bangunan yang aku tumpang ini, sudah dua tiga muka baru yang aku lihat.

Pekerja Am baru agaknya. Bisik aku pada diri. Sedikit pun tidak terluah pada bibir.

Pagi ini, aku jeling dari pintu pejabat yang terbuka sedikit.

Aku lihat dia tekun membongkok mengemop lantai. Seperti kekok dan perlu ditunjuk ajar. Mungkin sebelum ini dia tidak pernah bekerja seperti ini. Sekejap-sekejap dia berhenti.

Memegang pinggang. Mengetuk-ngetuk pinggangnya sambil mengaduh kecil.

2.15 petang. Ketika aku mahu ke surau membayar tunai suruhan Tuhan, aku terperasan kelibatnya dari jauh. Masih tekun dengan kerjanya mengemop lantai. Ketika itu, seorang lelaki lalu tanpa sedikit pun permisi. Lantai yang dimopnya kembali kotor dengan tanah merah. Dia tetap diam meneruskan kerja. Entah bagaimana kehendak Tuhan, lelaki itu tersandung timba terisi Fabuloso di tepi lorong. Basah kasut kilatnya. Marahnya tak bertepi. Maki hamun sesuka hati. Sedikitpun tidak ada hormat kepadanya.

Perempuan tua itu tetap tunduk sambil mulutnya tidak kering ucap maaf tanda akur itu mungkin kesalahannya. Masakan perempuan itu bersalah, mata ini menjadi saksi. Timba itu elok terletak di tepi. Bukan mengganggu jalannya.
Di tengah lorong aku berselisih dengan lelaki itu.

Assalamualaikum aku hulurkan. Biar amarahnya sejuk. Oh!

Mukanya tetap bernyala api marah. Sedikitpun dia tak menjawab salam. Aku ke hujung lorong. Melihat perempuan tua itu terkocoh-kocoh mengelap lantai. Yang basah seboleh-bolehnya dikeringkan. Aku sapa ramah. Soalan mudah, sudah makan ke belum. Berbahasa basi, sambil mataku menyulam matanya. Ada air jernih tergenang.

"Minta maaf, saya tumpang lalu, mak cik"

Sambil senyumku meleret tanda simpati. Aku harap hatinya berbunga-bunga.

"Lalulah nak. mak cik izinkan"

Bibirnya mula menguntum senyum. Hilang mendung wajah tuanya.

Aku juga manusia. Tahu peritnya mencari sesuap nasi.

Sedikitpun aku tidak pandang rendah kerjanya. Kerja itu halal. Tapi aku terkilan. Bilamana hormat sesama manusia (lebih-lebih lagi kepada warga tua daripada yang muda) seperti sudah hilang.

10 comments:

  1. Alhamdulilah.. ena juga hormat mereka2 yg bekerja begitu.. tanpa mereka tak berkilat, tak wangi la tempat2 tu.. rasanya kerja mereka lebih berkat sbb mencuci kekotoran & buatkan semuanya jadi bersih semula.. tinggal manusia yg tak berhati perut salah sendiri nak salahkan org lain.. mrrrrmm..

    ReplyDelete
  2. dlm opis, tukang cuci adalah paling penting. klu pegawai besar tak datang keje sehari, ada org kisah? xder...tapi klu tukang cuci x dtg paling kurang 2 hari, org dh bising...dh mula tanya. dah mula rasa tak selesa dok pejabat...kotor, sampah banyak dan sebagainya...pentingkan tukang cuci ni?

    ReplyDelete
  3. Tak kira lah per pekerjaan halal..aku ttp respek ..kau tukang cuci ker ...opis boy ker...Allah pdg sama jer..Kita lak lebih-lebih...tak suka aku...

    ReplyDelete
  4. sedih plak baca
    laki tuh bukan patut tersadung baldi je, elok jatuh tangga bergolek2 terus
    no manners

    ReplyDelete
  5. walaupun kerjanyer cuma tukang cuci lantai tapi kesannyer besar dan jasanya amat besar...berterima kasih kepada pencuci2 malaysia...klu anda tak ade mesti satu malaysia kotor sama jugak ngan orang yang angkat sampah klu diorang tak ade tentunyer rumah kita berbau sampah...jangan pandang tendah kat diorang

    ReplyDelete
  6. orang skrg suka pndang pangkat..dan tak reti hormat org tua..!

    *Alhamdulillah, kt opis eina ni, walaupun tukang cuci,tp still sama layanannya cam staff lain..best! ^_^

    ReplyDelete
  7. kalau kita dah nampak, kita mengelaklah

    ReplyDelete
  8. alahai..hina sgt ke kerja org tua tu kan..dia bukannya mencuri..tanpa org tua tu..tentu lantai pejabat kotor..tanpa tukang kutip sampah..tentu rumah org kaya pun bau busuk..huhuhu..

    ReplyDelete
  9. orang muda sekarang ble pangkat besa,ego meluah2

    ReplyDelete
  10. Memang kurang ajar laa kalau tak hormati org tua nie eeii..sabo je laa tgk perangai org2 skrg nie.. Dia pk dia akan sentiasa muda agaknya.. tak sedar diri tuh nanti akan tua jugak.. mungkin dia akan dihina lebih teruk lagi mana tau kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...