Salam..
Hari ni merupakan Hari Lahir yang ke 31 tahun untuk en. Suami. Dikesempatan ini aku hendak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Suami ku Mohd Azhari b. Adnan.
dalam pc ada pic ni.. oklah tu ye..
Doa dan harapan Mama kepada Papa
Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannyaJadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka
Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah aku bermohon kau perkenankanlah doa seorang isteri terhadap suaminya.. amin.....
Psst : apakah hadiah yang menarik untuk diberikan kepada suami..
oo hari jadi cik abe akak yeak....
ReplyDeleteselamat harilahir buat husben akak...semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu...amin....
moga doa dari isteri yang solehah ini diperkenankan olehNYA. amin yarabbal alamin.
ReplyDeletesemoga panjang umur ye buat suami akak
ReplyDeleteselamat hari lahir buat suami cikpuan ratukebaya..semoga senantiasa dalam rahmat-Nya..
ReplyDeletetiba2 terasa yg diri ini dah tua..sob..sob..
hepy besday buat kesayangan tu ye...moga terus panjang umur...aminn
ReplyDeleteni mesti tgh pikir nak hadiah apa ni kan..
selamat hari lahir utk suami aishah yea...moga di panjang kan umur dan di permudah kan dalam segala hal...
ReplyDeleteSelamat hari Jadi Buat suami ko Kebaya..Semoga dipanjangkan Umur..dimurahkan rezeli...dipermudahkan segala urusan baik didunia mahu pon di akhirat...Aminnn...
ReplyDeleteselamat hari lahir tuk hubby akak..semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki hendaknya....
ReplyDeletehmmmm susah kan nak cari hadiah tuk lelaki nie..sangat pening kepala...
selamat harijadi utk suami mu kak..moga murah rezeki, pjg umur dan bahagia selalu..
ReplyDeleteselamat menyambut hari kelahiran buat en husben sis...
ReplyDeletesmoga diperkenankan doa u sis...
hohoho pe g kak jom la malam nie kita campak kek kat dia hahahha... kek + tepong + telor + air = heheh tak tau nak cakap mesti bestnya...
ReplyDeletehadiah unt husband = kasih sayang yg tidak berbelah bagi. boleh.
ReplyDeleteHepi Bufday wat suami cikpuan ratu..yer.. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin
ReplyDeletesama umo la suami akak ngan ratu...tahun 80 kan... :)
ReplyDeleteselamat hari lahir ye en. suami kak aishah..
ReplyDeletesama dgn besday izan....hepi besday kat suami... terima kasih atas kata2 semangat kat izan td =D
ReplyDeleteHarijadi cik Abang rupanya, amboi makan besar kat mana malam nanti.jgn lupa makcik ina ye, bawak kek balance nanti.khui khui
ReplyDeleteto all - tq wish b'day untuk en. suami ku.. harap doa kalian jua di perkenankan oleh Allah S.W.T amin..
ReplyDelete