Tukar baju

Salam..

Lagi satu jam dah boleh berangkat balik kerumah.. seronoknya sabtu dan ahad cuti... dok melepak kat rumah la nampaknya.. bosan baru planning nak pergi jalan-jalan..

Citer pasal jalan-jalan ni.. aku ada masalah sikit dengan anak aku si Uzrei tu.. Sekarang ni pantang aku pakai baju lawa sikit kat rumah.. mesti dia ingat aku nak pergi berjalan.. padahal ada orang nak datang rumah.. takkan aku nak menyeksi pulakkan..

Masalah tentang pakaian jugak ni buat aku geram je dengan si Uzrei.. si Uzrei sekarang dah pandai selongkar baju dalam almari dan juga dah pandai melaram pulak dah.. kalau lepas mandi dah tak nak pakai seluar pendek kat rumah.. nak pakai seluar ketat (jeans) je.. lepas tu pakai tak sampai 1 jam dah nak tukar seluar dan baju lain.. alasan baju dah kotor kene peluh.. kalau satu hari aku layan dia kat rumah.. mau habis satu almari baju dia pakai.. Asyik nak melaram je Uzrei ni sekarang tau.. seluar mesti seluar ketat(jeans) baju mesti yang baru je.. wah.. macam aku ni tukar jahit baju je..

Aku nak tanya koranglah.. masa anak korang berusia macam anak aku ni.. ada tak peel melaram macam anak aku ni... kekadang gelihati aku tengok peel Uzrei tu tau.. 

Psst : tak larat nak basuh baju berbakul2 bila hujung minggu.. yang paling banyaksekali baju si Uzrei la....

27 comments:

  1. proses pembesaran namanya..cuba ko tanya en laki ko..masa kecik2 dulu dia cam tu kut...tu yg pindah tu ke Uzrei....

    ReplyDelete
  2. wah..berlatih jg model tu si uzrel tu hehe...tukar 2baju selalu hehe

    ReplyDelete
  3. bebudak kecik memang camtu lah...
    my kids masa kecik pun sama
    penat jugak lah kan
    dah lipat... bila tengok lagi sekali
    tu dia... berlambak atas lantai
    haihhhh!~

    ReplyDelete
  4. mesi hensem besar nanti..ako mustpha ke, hans isaac ke,

    ENTRY TERBARU: BEN ASHAARI BLOG

    ReplyDelete
  5. mamat encem kalau dah besar ni. Kalau nak pakai baju cantik tak pe, yang tak tahan kalau selongkar almari baju.

    ReplyDelete
  6. ank ratu yg kecik plg kuat melawa..tp time nk bejalan je la...kalau kat umah under maintenance ibu dia lg.ehehe..takpe kak...tu sme zaman dorang.skali je tu.pasni takde dah bila dorang dh besar...

    ReplyDelete
  7. wow dah start melaram ye anak teruna ni. huhu betol la kalau sejam sekali tukar baju adoiii ujung minggu memang parah kan

    ReplyDelete
  8. hehehe... samala... start jumaat malam... mesin kain mmg akan bekerja keras... berenti rehat hari ahad... ;p

    ReplyDelete
  9. mmg ada sesetengah budak mcm tu kak..tp sib baik anak aku x..kalo x, jenuhlah..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. pnuh la mesin basuh ngn bj die sorg je..hahaha..comel2!

    updated entry : accident+icu+pencen

    ReplyDelete
  11. betul. sama la mysons if nmpk aja I tukar baju...trs nak ikut.. nak ikut ;)

    ReplyDelete
  12. anak su lak, hari2 nak pakai baju, kena pilih sendiri,, kadang tu langsung tak matching, geram dibuatnya

    ReplyDelete
  13. @Eye_nee kalau tgk gambar en. suami dulu2 mmg kuat melaramlah.. hehe

    ReplyDelete
  14. @ratusiput

    betullah ratu zaman diorang tu.. bukan selalu pun..

    ReplyDelete
  15. @ejaMaria

    betul hari jumaat mesin basuh dah mula bekerja.. non stop

    ReplyDelete
  16. @Dee

    letih dee... klu tak turutkan satu rumah bergema..

    ReplyDelete
  17. @Joy tulah pasal.. ingat baju cantik sikit nak berjalan je lah kerjanya

    ReplyDelete
  18. Wah2 dah pandai bergaya yer anak bujang sorang nie.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...