busy tak busylah.. tak tau nak letak tajuk apa...

Salam....

Apa khabar korang semua... mesti busy kan buat kejekan.. almaklumlah baru balik dari bercuti ni.. mesti banyak keje menanti.. tak menang tanganlah..  aku pun busy jugak.. busy dengan baby baru, busy dengan Uzair danish yang cemburu dengan adik dia.. Yelah dah tiga tahun berkepit je bawah ketiak aku... Tup.. Tup aku balik dari hospital je.. Uzair danish dah tak boleh nak berkepit macam selalu... 

Pergh... pening kepala aku melayan karenah si Uzair Danish ni... Ada je idea dia nak buat aku marah.. Yang benonya dia nakkan perhatian yang lebihlahkan... Nak mintak dukunglah... bila en. suami nak bawa dia keluar berjalan.. boleh pulak dia nak aku ikut sekali... ikutkan hati aku ni.. memang nak ikutlah... tapi disebabkan keadaan kesihatan dan dalam pantang ni terpaksa aku abaikan.. meraung-raung dia menangis nak ajak aku sekali.. herm.. kekadang kesian jugaklah.. tapi nak muat macam manakan..  Harap lama-lama nanti Uzair Danish ok dan fahamlah...

 Saje je nak tunjuk makanan dalam pantang aku... ni kira kategori masak sendirilah...
ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lada hitam dan cuka...
makan memang bertambahlah... lupa terus nak diet...
ni tak taulah naik keje nanti kurus ke atau makin gedempol.. hehehe

ni pulak... tukang masak special yang masakkan... 
Ayam masak cuka berempah... lebih kurang masak lemaklah... tapi lebih cuka dan rempahlah...
ni pun sama... memang tak nak bagi aku selim melimlah nampak gayanya... 
makin bertambah montellah aku macam anak aku yang 4 kg ++ tu.. huhuhu... 

ni kena protes ni... tak boleh jadi... kang baju raya yang aku tak sempat pakai tu.. terus tak  boleh pakai pulak... dahlah baru je hari ke 9 berpantang... banyak hari lagi ni... elok-elok boleh buang lemak.. nanti jadi kumpul lemak pulak...

Oklah... baby dah nangis ni... nanti sambung lagi ye..... 

babai..


11 comments:

  1. Tiba2 kakcik rasa teringin nak makan lauk 'orang dalam pantang' tu. Teringat2 pulak! :)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap jerk lauk org berpantang nie.. :)

    ReplyDelete
  3. takpe pejam celik pejam celik habis la 44 hari tu nanti...tp makanan org pantang ni best jugak kan...makan panas2...lauk2 gitu....syok..

    ReplyDelete
  4. uikkk... dah makan ayam?...
    kita kalau pantang Mak tak bagi makan ayam... dah 40 hari baru bole amik ayam... dlm pantang cuma ikan je bole...
    Mak kata makan ayam nanti gatal-gatal... :(

    ReplyDelete
  5. Sedap sgt lauk tu..ada rasa pijar2 lada hitam..bwg dan ikan bilis..cuka..aduhai..yg tak berapa syoknya..nasik tak bleh panas..kena suam2..org tua2 kata takut mulut anak pecah2 nnt...apa kaitanya kan..

    ReplyDelete
  6. sedap tu lauk pantang~~~he~~selamat berpantang kak~~

    ReplyDelete
  7. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  8. hi..blog walking here..selamat hari raya..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH!!

    kita ada pantun 2 kerat utk awak...

    makan mi hailam,
    selamat berjaga malam!

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...