Rangup...

Salam..

Apa yang rangup tu... Seperti biasalahkan bila hari minggu mestilah nak sediakan breakfast untuk en. suami dan anak-anak. Sabtu lepas aku hidangkan karipap panas dan air milo je.. tapi karipap tu buat sendirilah.. air tangan untuk family.. hahaha. dah keluar sesikit kepoyoan tukan... 

Aku ni masih tak sihat.. diganggu batuk dan selsema. bila dua-dua tu dah ada sampai sakit kepala dibuatnya. eh.. tetiba mengadu kat korang lakkan.. nak manja-manja sikitlah ngan korang..

aku tak larat pun nak celoteh panjang.. korang layan jelah gambar kat bawah ye.

Alahai.. ada gambar makan dinner pulak.. ku masukkan sekalilah ye...
ni dinner hari jumaat..
aku masak ikan tauchu, ikan goreng, tempe goreng (aku sorang je makan sebab nak cantik... mih..mih..)
dan sayur masak kicap je.. simpel je dinner mama bekerja nikan... ni kalau bekerja.. kalau surirumah mau lagi hebat kot.. wah.. tetiba nak puji diri sendiri.. rasa macam hebat hingga lengan nak jadi sasa je.

Inti karipap daging..
aku terlebih air pulak.. jadi lembik sikit kentang tu..
kalau mana yang gigi tak kuat tu.. eloklah buat inti macam ni...
terus telan je. hehehe..

Tepung karipap yang dah siap diuli manja... 
jangan uli lama sangat.. nanti liat tepungnyer... tak best..

leperkan guna pengelek.. kalau takder pengelek guna botol pun boleh.. botol kicap ke.. atau botol susu.. asal boleh jekan..

tadaa.... dah siap klem karipapnya..
aku klem tangan je... tu yang herot perot.. asal bila goreng tak terbuka tu dah bagus..
(teringat aku masa aku kene paksa klem karipap dengan kakak aku. masa tu darjah 3 kot. kakak aku meniaga.. bila herot perot je karipap tu.. amik kau dia ketuk jari pakai pengelek.. dah rasa jari tu sama besar je dengan ibu jari.. nangislah sambil klem karipap tu sampai berjaya dan dah tak kene ketuk.. huhuhu.. terima kasih kakak ku.. kerana memberi tunjuk ajar yang garang.)

Karipap yang dah siap digoreng 
boleh dihidang makan bersama keluarga...

Resepinya ye..
Untuk inti
6 biji kentang (didau kecil)
2 biji bawang merah
3 sudu rempah kari daging (aku guna babas)
250 gram daging hancur (ramly)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
pak aji @ serbuk perasa (ikut suka korang nak letak atau tak)

Cara :
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga layu, kemudian masukkan rempah kari dan biarkan sebentar hingga garing. Masukkan pulak daging dan kacau sebentar dan masukkan kentang garam dan gula. bubuh air sedikit. dan kacau sekali sekala sehingga kentang empuk dan air kering. akhirnya sejukkan sebelum digunakan.

Untuk tepung
500 gram tepung
1/2 sudu garam
3 sudu planta
3 sudu minyak masak
1/2 cawan air sejuk (peti ais)

cara : 
panaskan minyak masak dan masukkan planta.
masukkan tepung dan garam dalam mangkuk tahan panas. buatkan bulatan ditengah tepung dan masukkan minyak dan marjerin yang dipanaskan. gaulkan sehingga rata. masukkan air (sedikit demi sedikit) dan uli hingga tepung berkilat. jangan lama nanti takut liat. 

ok..

Sampai awal hari ni.. nak pergi breakfast kejap...

Selamat hari isnin.. semoga hari ini hari yang indah..

sekian

babai.



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

8 comments:

  1. pandai akak kelim karipap kak..cantik jek rupenye...mmg elok betul kalob uat jual nie...cantik n kemas...

    lieya mmg tak reti bab kelim karipap nie..semate2 pakai acuan jek laa gamaknye hahahahahah

    ReplyDelete
  2. Dalam pada tak sihat tapi gigihnya tak terkata. Tengoklah buat karipap pun cumil-cumil. Kakak lebih suka kripap kelim tangan macam Sya buat ni. Lagi cantik..

    ReplyDelete
  3. pandainya klim pakai tangan. kalau saya, memang dah takde rupa la karipap tu hahaha. still pakai acuan karipap -_- huhuhu

    ReplyDelete
  4. hakak ko ni tua pd umur jer..buat karipap tak pernah dik nonnn oiii....makan jer taunya..mknlah suami kat umah tu karipap frozen...

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. dalam tak sihat tu boleh penuh meja... buat karipap lagik tu.. :D

    Itu la wanita bekerja kan.. multitasking.. :D

    ReplyDelete
  6. puas hati makan karipap buatan sendiri ek, boleh isi inti penuh2.

    ReplyDelete
  7. SA bab klim karipap mmg fail...x lawa lgsung....buat kena gelak jer....

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...