2 cerita disatukan jelah..

citer satu

dah lunch rupanya ye.. mehlah aku sajikan makanan malam aku untuk malam tadi.. simple dan mudah.. zassssssssss je terus siap.. hehehe.. tapi takderlah zassssssssss macam superman.. ni kira zasssssssssss versi esahlah ye... almaklumlah hari bekerjakan.. balik keje nak tengok cerita CINTA lagi.. nak uruskan anak2 lagi.. kalau masa anak2 tak meragam oklah.. smooth je keje nak masak.. tapi bila anak meragam... tak ker kelam kelibut...

sudahnya kenalah masak yang simple dan mudah yang penting dapat memenuhi kepeerluan perut untuk malam tu.. nanti takderlah masa tengah tido perut tu berkeriuk-keriuk macam keriuk-keriuk Mee Sedap, tido pun boleh terganggukan.. dan tak elok untuk proses diet kita.. bila tido terganggu mula nak mencari makanan di tengah malam kan... jangan tak elok tu.. betul tak?

jadi dibawah ni aku sertakan pica-pica menu aku pada malam tu.. takderlah menarik sangat tapi memang menepati citarasalah... huh.. saper lagi nak puji kalau tak diri sendirikan... keji

tahu goreng bersambal... memang sedap... korang tau dulu aku ni tak suka makan tahu.. jadi pernah sekali tu aku dok kat ward Hospital Tanjong Karang di sebabkan keguguran... jadi hari2lah attendance kat situ hidangkan aku tahu goreng untuk sarapan pagi.. mula2 pelik gak aku.. tapi bila dah seminggu dok kat situ dah jadi terbiasa pulak.. sampailah ni aku terus suka makan tahu goreng.

sayur sawi goreng bersotong... alah ni aku main campak je... kecut sayur aku angkatlah.. makan panas.. memang sedap

dan last sekali..

telur dadar
(tapi ni pic dari cik google, aku lupa nak snap sebab dah lapo bona... jadinya aku amik nasi dan terus balun lah..)

tu jelah menu dinner aku malam tadi...


citer dua

sekarang ni aku tersangatlah mengantuk, ini kerana aku tido lewat sikit dari biasa sebab aku buat BW dekat blog yang aku tak leh nak bersiaran dari opis.. jadinya aku tido dalam jam 12 AM gitu.. taklah lewat sangat dari korangkan.. tapinya tak sampai satu jam aku tido.. maknanya dalam jam 1 pagi macam tu aku dah dikejutkan dengan rengekan Uzrei.. tetiba dia sakit perut pulak.. mula2 muntah je macam tu.. en. suami pun sapulah minyak kat perut dia.. aku pulak diberi keje membersihkan muntah uzrei tu... habis tilam n cadar... dah siap bersihkan semua.. uzrei pun dah sambung tido balik..

tiba2 dalam jam 2 pagi pulak aku dikejutkan pulak dengan rengekan Uzair pulak.. huhuhu.. Muntah2 jugak... tapi dia termuntah kat atas badan aku.. sbb dia tido beralaskan lengan aku.. bermandi muntahlah aku.. huhuhu... terus aku bangun angkat uzair bawak mandi sekali.. nasib baik tak kene tilam.. kalau tak sekali lagi kemas tilam dan cadar... bila dah bersih sapukan pulak perut uzair dengan minyak dan sambung balik tido..

jam 3 pagi pulak, dalam2 lena tido tu.. lagi sekali Uzrei dan Uzair bangun dua2 muntah dan cery bery pulak... hati dah risau.. terus ajak en. suami ke HTAR.. sampai HTAR nasib baik orang tak ramai.. mungkin sebab dah dekat subuh heningkan.. masuk bilik doctor.. periksa semua.. aku citer kat doctor muntah dan ceri bery.. tapi doctor hanya bagi serbuk air garam tu je... ubat tahan muntah doctor tak bagi lak... erm.. kalau air garam tu memang budak2 tu tak minumlah.. paksa macam mana pun takkan minum punya... jadinya balik dari HTAR kitorang singgah kedai 7E beli air 100 plus..

 100 plus yang membantu...

sampai je rumah aku terus bagi budak 2 orang tu minum 100 plus.. adalah muntah jugak 2/3 kali.. tapi bila dah minum 2/3 kali air 100 plus tu.. muntah dan ceri bery tu pun dah berhenti... Alhamdulillah...  bila diorang dah kurang sakitnya sampai aku nak ke opis diorang tak tido.. bila diorang tak tido..keje nya asik main jelah... segala tok nenek mainan dikeluarkan dan aku pun ikut terpaksalah ikut sama tak tido...

dan penyudahnya sekarang aku yang mengantuk kat opis ni...kejap lagi layan nescafe kelatlah... harap2 mata boleh segar bugar..

19 comments:

  1. yeayyy, sudah dapat idea nak buat tauhu goreng berlada untuk menu akak nanti

    ReplyDelete
  2. lapar la pulak tgk gmbr makanan nie...dh kul 1 lebih nie blm mkn lagi.

    ReplyDelete
  3. aku ni dahlah tgh lunch ngan kunyah biskut je..skali tgk ko show off lauk2 tu..laparlah pulak..

    harap uzrei tu dh sembuh sepenuhnyalah ye..aritu anak dee muntah2 gitu pun risau gaklah..

    ReplyDelete
  4. menu dinner yang simple tapi yg simple tu la anak2 akak suka, telo dadar, sah2 kena ada.
    risaukan bila anak2 tetiba cerybery n muntah2, salah makan kot. semoga depa cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. tahu sambal tuh
    kalau ada tempe sekali, mesti meletop !!
    wahhh!!

    ReplyDelete
  6. Moga anak2 dah sihat yer.. Susah jugak kalau budak2 nie sakitkan ngan kita2 sekali kena berjaga2kan..

    Sedap plak tgk tahu sambal tuh laa.. :)

    ReplyDelete
  7. Kebaya..Akk selalu letak ikan bilis dlm sambal tu..tp tak der pon tak per..tahu kasi goreng garing ckit..pergh!!..telur dadar wajib ado...itu menu sudah cukup complete la kebaya...

    ReplyDelete
  8. siannyer.. diorang makan per malam tadi..

    ReplyDelete
  9. doktor pun ngantuk nak layan pesakit... huhuhu

    pernah emergency pergi klinik kul 12.30am.. dah ler charges consultant jd RM25 lepas midnite.. ubat pun ntah hapa2

    ReplyDelete
  10. shibam - kak.. bagus jugak.. dapat akak idea ni..

    kak ana - hehehe.. g makan cepat kak ana

    dee - tak sengaja... tapi mmg sengaja pun.. tulah harap diorang tu dah oklah petang nanti

    mamasyaza - mmg risau kak..

    lya - betul tu dek.. tempe lagilah meletop

    rinna - moga2lah petang nanti diorang sihat..

    eye_nee - kak nanti aku try ikut cara ko ye.. mesti lagi terangkatkan

    cik pah - tak pastilah apa yg diorang makan... mungkin masa diorang ikut kakak aku keluar tgh hari tu kot.. diorang makan kat luar.. entahlah..

    sweet - mmg mengantuk pun docnyer.. sampai budak farmasi pun dah tak faham apa yg doc ty tulis.. aiyaiyai

    ReplyDelete
  11. amboi sawi goreng sotong tak nampak pun tadi.biasalah budak muntah berak, keracunan makanan tu.

    ReplyDelete
  12. hu3 macam ni la gaya seorang ibu..hehe

    ReplyDelete
  13. hye..singgah sini and bermurah hati klik your nuff

    ReplyDelete
  14. tauhu...laki aku xmakan..huhuhu tension nak masak...*alasan orang malas nak masak sebenarnya...*

    ReplyDelete
  15. simple tapi sedap.. nasib bebudak tue xde apa2kan.. mlm nie sure tido awal.. huhu

    ReplyDelete
  16. Sedapnyeeeee..
    Sy mmg x boleh lah tgk gmbr mknan ni..
    Aiyooo..

    ReplyDelete
  17. ermmm sedapnya menu2 tu.semua saya suka.tauhu tu mmg my favourite.

    ReplyDelete
  18. ko mmg kentut mendayu dn brirama...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...