Pengalaman dengan ular

salam.. 

ni aku nak citer pengalaman aku dengan ular ye...
dulu masa aku dok kat kampung.. tetiba satu malam aku rasa nak terkucil kecik pulak.. aku kejutkan mak aku.. tapi tak layan.. kejutkan abah aku dia pun tak layan.. sebab tak tahan punya pasal aku pun teruslah g bilik air.. takut pun aku dah tak ingat yang penting lepaskan dulu rasa nak terkucil tu.. 

tengah2 aku dok terkucil kecik tu.. tetiba aku rasa ada benda licin je lalu kat celah ibu jari aku.. sekali aku tunduk aku tengok benda hitam panjang dan licin elok je lalu sambil2 menjelir lidah.. tapi walaupun masa tu aku baru je darjah 5/6 aku tak terus menjerit.. aku biar je benda tu lalu dulu.. lepas benda tu dah selamat jauh dari aku je terus aku jerit " Mak, Abah... tolong ada ular ni.. orang nak masuk rumah tak boleh... huhuhuhu..." terus mak aku ke bilik air dan pukul ular tu dengan buluh... sampailah ular tu dah takder nyawa.. aku selamat ular tu ko.. alhamdullillah.. tapi seriau jugak.. sampai sekarang aku geli tengok ular... korang pun mesti geli jugakkan.. huhuhu.. tapi segala binatang yg licin2 mcm ular memang aku geli.. pernah dulu anak buah aku baling siput yang dah takder cengkerang kat aku.. terus tanpa sedar anak buah aku kena panampo dengan aku.. lepas tu serik dah dia.. jangan sesekali bagi aku benda2 yang geli2 dan licin macam tu...

Buluh memang mak aku selalu stanby kat rumah... maklumlah rumah aku ni dulu2 kawasan masih bersemak lagi dan kiri kanan kelapa sawit.. tu yang mesti stanby buluh kat rumah.. 
tapi tulah yang sebenarnya kalau kita terserempak dengan ular kita seharusnya mesti mematikan diri kita.. jangan cuba nak bergerak.. bergerak bila dia dah beredar..


kat bawah ni sebab2 ular suka masuk rumah kita

Ular adalah haiwan yang berjaya menakutkan manusia dan haiwan2 lain walaupun tidak mempunyai kaki, tangan mahupun sayap.
Tetapi ular memanfaatkan segala kelebihan yang ada padanya iaitu penglihatan yang tajam dan tulang yang kuat.
Ditambah lagi dengan daya fokusnya yang tinggi semasa mencari mangsa. Disebabkan fokusnya yang amat tinggi itu, ular tidak akan melakukan sesuatu yang sembarangan.
Nah, apabila dia masuk ke rumah, iaitu tempat berlindung utama bagi manusia, ular sebenarnya ingin menyampaikan sesuatu maksud. Maksud apakah itu? Check this out:

1. Jin dikatakan boleh menjelmakan dirinya dalam bentuk ular hitam sejak zaman nabi lagi. Apabila ular hitam menjenguk rumah anda, jangan dibunuh. Dia tidak akan mencederakan kamu kerana dia cuma mau menyampaikan berita buruk yang akan berlaku jika kamu tidak pindah rumah dengan segera.

2. Apabila ular menyusup rumah kamu, sedangkan kamu tidak memelihara ular, itu maksudnya rumah kamu perlu renovation. Masih ada rongga di dinding kamu yang belum ditampal.

3. Apabila ular memasuki stor kamu, itu tandanya stor kamu perlu terlalu banyak tikusnya. Maka bersihkanlah stor itu secepat mungkin sebelum ular membawa temen2nya utk mencari makan di sana.

4. Apabila ular mengunjungi rumah kamu, dan kamu sedar rumah kamu berhampiran sawah padi, maksudnya kedudukan rumah kamu telah mengganggu habitat ular yang menjaga sawah kamu dari dimusnahkan oleh tikus.

5. Apabila ular tersadai- sadai di halaman rumah kamu, itu mempunyai dua kemungkinan: sama ada tikus sudah tidak cukup di habitat asalnya atau 2: rumput di halaman rumah kamu terlalu panjang, tiada bezanya dengan hutan tempat asal sang ular.

6. Apabila ular mencerobohi kawasan perumahan kamu, maksudnya habitatnya sedang terancam. Tidak hanya ular, haiwan2 lain juga akan mendatangi kawasan perumahan berhampiran kerana habitat mereka diganggu.

7. Apabila ular menjenguk rumah kamu dan membawa temannya bersama-sama, maksudnya dia sudah pernah datang ke tempat kamu dan dia suka berada di sana.

8. Apabila ular kamu temukan di kawasan rumah kamu dan dia tercedera, maksud nya dia gagal mencari jalan pulang dan terserah kamu untuk menghantarnya ke vet atau memeliharanya


Psst : Pernah tak korang alami pengalaman macam aku ni..

10 comments:

  1. eee...takut..geli...mmg xpernah ada pengalaman dgn ular..

    ReplyDelete
  2. fuh kak ...biar betul...leh dok diam jek mase ular tu lalu.....bagus2...mmg tu laa sepatutnye...kalo time die lalu kat ibujari tu akak jerit sure dah kene patuk tuh.....tapi kalo lieya sure dah melompat jerit2 ...ha ha ha

    ReplyDelete
  3. pernah..tp masa dee tidur..elok je ular tu lalu kt leher dee..tidur kt ruang tamu di kampung..tapi sib baik masa tu org2 dewasa tak tidur..doranglah sedar n ketuk smpi mati ular tu..kalo dee sedar..sure dee dah terjerit2 ketakutan..

    ReplyDelete
  4. nak sebut ular pun dah terasa meremang bulu roma geli ....

    tapi ada gak pengalaman dgn ular nie...sib baik takde apa2 berlaku except ular tu kena pukul sampai mati...

    ReplyDelete
  5. ada orang mmg fobia ular kan...? tgk gambar pun tak boleh...

    nasib baik tak fobia, tp still takut ler ngan ular...

    ReplyDelete
  6. eeeh takutnye...geli saya memang takut ngan ular..salam perkenalan 1 st time singgah kat sini..

    ReplyDelete
  7. hadoi geli..geli...nk sebot pon rasa geli geleman semacamm...

    pengalaman dgn ular belom penah...mintak di jauh kan...konfem leh trauma betahun..hehee

    ReplyDelete
  8. arhhh eLLy pernah mengalami nye .. masa tu eLLy baru pindah .. maklum la kawasan rumah baru .. tapak kelapa sawit pulak tu .. pernah seko ular hitam Masuk rumah ku.. maka ter jerit2 la eLLy terus lari ke bilik panjat katil .. yg lain2 tu MyLuv & jiran2 yg tolong selesaikan .. fobiaaaa yehhh

    ReplyDelete
  9. eeeeeeeeeeeeeeee takut la....xsuka..xsuka..meremang bulu roma eida baca pasal ular nie...huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...