Bila petang memunculkan diri

Salam...

Apa kaitan pagi hari citer pasal petang pulakkan, ni citer last week sebenarnya masa tu aku tengah hangat dan berpeluh² main badminton dengan adik aku. Kitorang main kat depan rumah je tak pergi mana² court badminton pun. Kalau nak pergi pun leceh sebab ada anak kecik² lagi. Karang orang nak rembat shuttle terembat anak aku pulak, tak memasal dapat kecemasan. Kalau main kat rumah boleh suruh dorang tengok kat dalam pagar je.. hahaha.. kejamkan..

Tengah² aku gigih main badminton abg ipar aku yang rumah selang beberapa biji memangil, Dia kata "lepas dah habis lemak, mehlah datang sini minum petang" . aku ngan adik aku layanlah dalam 15 minit lagi. lepas tu panggil anak² aku apalagikan rezeki dah datang. bergedombailah kami ke rumah kakak aku. Padahal peluh dibadan baru nak memunculkan diri. lemak pun baru nak suam² kuku tak sempat nak panas pun, dah nak tambah lemak yang baru.

Juadah minum petang yang dijamu kakanda ku.. cekodok bawang plus daun kucai.. sedap tapi sedikit masin. dihidang pulak dengan kopi kaw. fuh hilang penat dibuatnye.

Bagi dekat sikit gambar cekodok ni.. ada pulak sambal ikan bilis memang tepatlah hidangan petang tu.. memang takkan melupuskan lemak aku pun.
Bukti lemak tak turun pun korang tengok baju orange tu. nampak tak sparetyer tu. (tuan punyer badan ambo minta ampun ye... malas nak edit gambo ni)

Motivasi - High performance work team

Salam...

Alhamdulillah semalam aku turut serta dalam Motivasi yang dianjurkan oleh syarikat tempat aku mencari rezeki ni. Banyak faedah yang aku dapat dalam motivasi ni samada untuk dilakukan dalam bekerja mahupun didalam rumahtangga. Ada kaitan tu kalau nak membina keluarga bahagia kita mesti ada sikap muafakat, bertolak ansur dan banyak lagilah.

Kalau aku cerita nanti aku boleh gantikan pulak pakar motivasi. cukuplah aku sekadar ambil ilmu yang berguna untuk masa depan nanti.

Mari kita saksikan aktiviti yang berlangsung semalam.

Nilah keadaan didalam Lecture Hall

Team cik ina minat do do cheng . tak nampak pulak nama kumpulan cik ina.. sebenarnya aku nak fokus kat kak ina je.. 

oooo... nasib ada pic lagi satu.. nama team cik ina.. Pandang Ke Depan

Team kak ina tengah membuat sorakan.. Go.... Go... Go....

Kumpulan yang tgh buat pembentangan ni aku ingat nama dia.. nama team ni Gandum Emas... mentang² keje kilang tepung.. team pun nak letak nama gandum..

Haa......... yang ni pulak team sape lagikan.. mestilah team aku... nama team KEPOH.. tapi memang kepoh pun.. bukan aku yang kepoh.. yang lelaki paling kepoh.. kalah aku kalau bercakap.

Kali ni pulak team aku buat perbentangan.. aku malas nak buat perbentangan sebab pagi dah kena buli suruh jadi leader senamrobik.. tak sesuai dengan badan aku ni..

Ni pun dari team aku.. masa ni kena buat cerita lucu.. jadinya kitorang buat ala² baca berita... tapi memandangkan masa tu nak dekat jam 12.48 tgh hari. team aku ni boleh baca berita yang berbunyi macam ni " Buletin Kepoh Jam Tengah lapar" lepas habis je citer ni.. terus trainer suruh pergi makan. tapi masa tu memang dah lapar pun.

Lepas tu ada pulak xtvt susun bongkah kayu menjadi menara.. kena susun setinggi 4 kaki..

Dah siap susun dengan jayamya... dengan beberapa kali asik roboh je

masuk pulak xtvt kat luar opis... ni team kak ina.. kena masukkan kaki dalam tali lepas tu kena leraikan ikatan tali yang berbelit².

Team aku yang hampir berjaya nak leraikan ikatan tali tu

team kak ina lagi.. masa ni kene susun huruf jadi satu ayat yang bertajuk animals... 

Hasil kumpulan aku pulak.. tapo CORN tu kena tolak markah.. bukan kategori buah-buahan.. huhuhu.. confius kat situ pulak..

Jangan termuntah pulak korang tengok gambar mengarut yang banyak ni...

Psst : semalam aku tidak duduk bersebelahan dengan kak ina.. aku duduk sebelah hantu kak limah..

Hari lahir yg ke2 tahun anak bujang ku.

Salam...

Hari ni merupakan Hari lahir yang ke Dua tahun buat Uzair Danish. Aku berdoa kepada yang maha esa semoga anak aku membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah s.w.t dan Ibubapa. semoga dia membesar dengan didikan yang sempurna dari kami mahupun orang disekeliling.. amin....

Aksi hari minggu... orang kat dalam rumah sibuk basuh akurium.. dia kat luar sibuk main air pulak

konon² membasuh kainlah tu.. padahal seluar tu dah basah lencun kena air.. dari berseluar tinggal dypers je.

Dekat sikit.. agak² seluar tu dah bersih tak? herm.. 
Nampaknya uzair dah boleh harap sikit.. setakat suruh amik remote tv boleh lah.. esok aku nak ajar cuci pinggan pulak.. agak² apalah yang jadi dengan pinggan mangkuk aku tu nanti..

Nanti malam mama masak nasi yang sedap² sikit ye..

Motivasi

Salam..

Hari ni mungkin aku tak berBW. sebabnya hari ni aku ada motivasi berpasukan. nampaknya bala tentera pengmotivasi sudah menanti di lecture hall.



aku chow dulu ya...

Apa-apa jelah... dah tak tau nak letak apa

Salam...

Tajuk panjang² tu maksudnya aku dah tak tahu nak letak tajuk apa. Sekarang ni otak macam jem je. Berfungsi pun untuk perkara lain yang lebih penting. Nampaknya aku kena tenangkan fikiran barang sehari dua agaknya. Banyak benda nak kena settle. pergi bercuti pun bagus gak ni.

Walaupun banyak benda nak settle perkara yang ni pun penting jugak. Kalau tak alamatnya berbunyi je pinggan kat atas meja diketuk anak bujang aku. Menu simple aku last week jam dua baru gigih nak masak kat dapur padahal anak bujang aku dah membebel² kata lapar. Bukan aku tak sempat masak tapi kalau aku gigih kemas rumah lapar pun hilang.

Sayur goreng sempoi je..  gegar sikit gambarnya..

Ikan masak tauchu.... aku tak sempat makan ikan ni.. 

Masak lemak ayam.. disebabkan ayam ni aku tak sentuh ikan masak tauchu tu.. sampai dua hari aku ulang makan ayam ni.. ntahlah masa tu aku rasa terlebih sedap pulak ayam yang aku masak ni.. lagi kering kuah lemak ni lagi sedap.. lagi² kalau cicah dengan lempeng pergh.. sedap sangat.

Cekci pulak anak bujang aku ni
Inilah budah yang asik mengetuk meja dengan pinggan dan mulut tak berhenti bercakap lapar je.. sampai dua tangan dia makan masa tu.. lapar sangat kot.. kesian anak bujang aku ni..

Psst : rasa macam nak berhenti berbloging je.. tapi hati dah sayang...

Terima kasih

Salam..

Terima kasih Neenanuar sebab akak dah dapat hadiah daripada contest neenanuar (I'M Yourss) sebelum ni..

Sama-sama neena...

Inilah yang aku dapat.. keychain dari Penang... 

Psst :


Blog aku pun tak kecuali

Salam..

Tadi BW kat beberapa blog ada mengatakan blog yang bakal diserang hackers. Try search blog aku pun tidak dikecualikan. Tak tahulah samada betul atau tidak. Pada yang disenaraikan harap korang berhati-hatilah. Try tukar password atau apa² pun lah untuk langkah berjaga². 


Kat sini antara blog yang disenaraikan. Korang checklah kot² blog korang pun ada sekali. 

 Psst : blog picisan pun nak kena godam..

pagi

Salam...

semput ni.. baru lepas badminton.. rasa segar sangat ni walaupun penat... jap g baru nak buat sarapan.

Gambar besan google bagi..

Selamat beraktivit sukan hari ni.. badan sihat, hari pun ceria..

Kebuntuan otak

Salam hari jumaat..

Bila jumaat menjelma idea dah habis digunakan untuk hari² yang sebelumnya. lagi² pula gambar yang aku ambil sebelum ni dah habis terdelete sebelum sempat aku transfer ke dalam computer

Tatapan untuk pagi ni sekadar santapan untuk mengisi ruang perut aku yang dari bangun tido tak henti² menyanyi lagu dondang sayang. menjerit² kelaparan.. 

Nescafe buat penghilang rasa mengantuk

Nasi impit  kuah kacang pedas meletops.. hasil beli kat kantin..

Kuih-muih untuk kudap-kudapan menjelang lunch nanti..

Tapi takderlah aku makan sekali hadap. beli lebih boleh kongsi makan dengan member² opis..

Psst : tensi ni banyak gambar dah terdelete dari henpon.. wuhuuuu.. 

Melepak

Salam..

Dah lama aku nak citer pasal makan-makan ni. Tapi asyiklah terperap kat dalam draft tak berpublish². Sebab sebok nak keluarkan citer terbaru jekan, tulah tamak sangat jadi macam nilah.

Masa ni kami pergi Giant, Port klang sebab nak beli barang dapur sikit. Lepas habis beli barang dapur, en. suami ajak makan kat Pak lee Cendol dia kata cendol kat situ sedap. aku pun on jelah. Dah orang nak belanja takkan nak tolak pulak rezeki.

Yang paling seronok uzrei & uzairlah sebabnya budak dua orang ni kalau masuk kereta je automatik perut diorang lapar. Mulalah keluar ayat "mama ujei laparlah... jom kita makan" diorang ingat setiap kali masuk kereta tu memang untuk makan je kot. Padahal bukan nak makan sangat pun. aku ngan en. suami jugak yang makan. Diorang cuma mengharu-birukan tempat tu je. Satu kedai suara diorang je.

Antara menu yang dilistkan.. siap ada harga lagi..

Uzrei dengan puzzlenya dan sebelum makan.. kita main puzzle dulu ye.. 

 En. suami dengan uzair..

 Cendol jagung.. oklah takderlah memberangsangkan.. bolehlah hilang dahaga.. 

 Mee udang.. tapi lain macam sikit rasanya.. oklah kalau lapar habis je..

 Mee sup.. aku tak tau rasanya.. tapi en. suami kata sedap.. sedaplah tukan.. 
dan untuk uzrei dan uzair aku order nasi ayam berempah.. 
Bertukar... kata uzrei.. terpengaruh dengan power rangers lah tu...

 Papa... taknak layan uzair ke?

 Oklah papa layanlah ni.. meh minum air dulu.. kang tercekik pulak.. 

Banyak pulak gambarkan... semuanya aku masukkan sekali.. makanan ni semua aku bagi 2 dari 5 bintang.. oklah dari takder bintang langsungkan... 
Selamat menjamu mata anda..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...