25/12/12.. hari bersantapan sajo


Salam....

Kisah 25/12/12.. adalah hari santapan kat rumah..hari merehat-rehatkan diri dirumah haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin. hehehe.. dasar nak membesarkan diri sebenarnya... 

Dah tak reti aku nak citer bebanyak bila tgk makanan kat bawah ni.. korang tatap jelah ye.

Sarapan pagi.. semuanya beli.. kecuali sambal sardin semalamnya dan air kopi..

kambing.. embek... embek.. embek.. beli kat giant yang dah siap perap. 
balik rumah masak atas kuali leper je.. senangkan..
semudah 123... 
apesal aku suka dengan ayat "semudah 123" ni..

Taugeh hijau.. my paberet.. sebab makan taugeh ni tak kena angin..
kalau makan taugeh yang putih tu.. asiklah sendawa je.. yang sedap.. nyum.. nyumm...

Kepak ayam.. pun beli yang dah siap perap kat giant.. 
ha.. nak makan sekarang pun semudah 123 kan.
cuma kena sediakan ringgit je.. takder ringgit.. masak bubur nasi jelah ye.
tu pun kalau ada. 

Tapi aku teringat masa kecik2 dulu... kakak aku yang sulong kalau time tengah bulan je.. tak cukup duit nak beli lauk.. dia gorengnya ikan masin.. masak kangkung goreng...
masa dia nak suap kitorang makan.. dicurahnya minyak ikan masin tu kat nasi yang panas2.. pehtu tambah pulak kankung goreng..
pergh.. aku rasa masa tu.. tulah lauk yang paling sedap didunia ni... takder lauk lain pun takper... 
tapi kalau anak2 sekarang aku buat macam tu... terasa pelik pulak.. dan... dan.. disuruhnya masak ayam yang ada dalam peti ais. 
dulu takder makanan yang sedap pun kita redha jekan...

hehehe.. tetiba terimbas kenangan muda lak..

oklah sekian..

babai...







Cerry lah sangat....

Salam...


Baru-baru ni aku buat card baru.. sebab card bank lama aku tu dah tak leh guna.. kalau nak guna pun kena gosok-gosok manja.. Bila dah buat card baru tu.. kemain lagi senyum aku meleret.. sebabnya wah.. aku dah ada card Cerry ko.. kononnyalahkan..

Tapikan.. pagi tadi isi minyak gunalah card Cerry yang terbaru tu kan.. Sebab malas nak masuk ke kaunter tukan.. terus jelah swipe kat mesin petrol pam tu. Sebab card lama pun dah biasa buat macam tukan.. senang je.. semudah 123 tapi card Cerry ni lagilah mudahkan.. tak payah masukkan no pin. macam Credit Cardlah kekdahnya kan. 

TAPI... walaupun mudah ada gak yang payahnyer.. Aku pun tadi ceklah maybank2u.. Sekali ada Pre-Auth Debit sebanyak RM150.. pergh tercengang aku tengok jumlah tu.. Terus aku call Customer service Maybank tanya apesal lak ada Pre-Auth Debit sebanyak RM150. Customer servis tu bagitau aku itu sebagai Depositlah. Kalau dia dah dapat report dari petrol pam tu nanti. Dia dah tengok jumlah sebenar tu. baru dia masukkan semula RM150 tu ke akaun aku dan deduct jumlah yang aku gunakan tu je.

Yang menjadi permasalahan sekarang ni. Kalaulah dalam akaun aku ada ngam2 RM150 pehtu Maybank amik dulu RM150 aku tu sebagai deposit. Dan customer servis tu kata duit tu akan dipulangkan dalam masa 3-5 hari. Sekiranya aku nak guna duit tu beli beras. sebab beras dah habis. mana aku nak cekau duit. Takkan aku nak kene pinjam orang lak.. aduhai..

Dulu sebelum ni aku guna Card Maybank yang buruk bila nak swipe kene gosok-gosok dulu kat chip dia tu.. tak derlah pulak kena ada deposit-deposit bagai.. ni Card cuma ada gambar cerry pulak kene buat macam tu. Kata nak memudahkan penguna.. tapi menyusahkan lagi adalah. Boleh lak customer servis tu suruh aku ke kaunter kalau nak guna Card cerry tu. sebab kat kaunter x dikenakan charge macam tu... baik aku bawak cash terus kat kaunter tu.. tak yah lah nak swipe-swipe bagaikan kat situkan. Pelik tulllah. 

Lain kali kalau ada syarat macam ni. Pihak bank boleh tak terangkan kepada penguna. Janganlah kata card ni memudahkan penguna.. padahal ada syarat tersembunyi disebalik kemudahan tu.

Card Cerry yang konon memudahkan penguna.. tak yah bawa wang cash.. swipe jekan.. 
memudahkanlah sangat.. menyusahkan adalah..

Card ni gak yang aku sayang... bertahun aku guna card ni kat Petrol pam.. tak pernah pulak kena Pre-Auth Debit RM150. nilah card yang semudah 123 bagi aku.. kalau aku boleh tukar balik ke card ni.. sekrang aku pergi maybank tukar card ni.

oklah.. bacalah luahan perasaan aku petang ni ye..

babai..

sekian.



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

testing


posted from Bloggeroid

hallo... halloooo...

Salam..

 apa kabar semua?.... Cak.....


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Shell

Salam...

Dari pagi tadi tak leh nak bercuci mata... sangap je mata ni... sampai tersenguk-senguk mengadap kertas kerja.. rasa kalau boleh nak stapler kelopak mata tu jangan bagi tertutup.

Nasib lepas lunch je terus boleh guna dah internet ni.. kalau tak maulah satu hari kebosanan. Dahlah perut kenyang dengan makanan yang melemakkan. Tambah pulak tak leh nak cuci matakan..

Saje nak kabo hari ni lunch makan western food air tangan diri sendiri.. hehehe.. tu pun nak kabokan. Ater ni blog akukan.. suka hatilah ye..

Setupperware aku bawa... boleh kongsi reramai.. makan sambil borak-borak... tak sedar dah licinkan...
barulah tak membazir tul tak?

Gambar bawah takder kaitan dengan citer diatas.. sekadar nak tepek jugak gambar tuan tanah kat dalam entry ni..

Hasil tabita version camera 360... cantik tak? 
larikkkk..........

sekian

babaai

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan. Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Berlangsung malam karpet merah.

Salam..

Hajat nak menyarung cheongsam tak kesampaian untuk malam gilang - gemilang The Grandeur of Shanghai. Takut aku nak sarung cheongsam.. kang aku lalu depan orang ramai.. mesti diorang cakap.. "eh.. eh.. Nangka lalu ke.. " hehehe.. baik takyah sarung dak..

Akhirnya malam gemilang pun berlangsung dengan meriahnya.. Tapi gambar aku cuma beberapa keping je.. sebab malas nak posing-posing dan jugak malas nak bangun amik gambar.. amik gambar pun pakai henpon je.. padahal dah bawa camera tapi jiwa nak mengeluarkan camera tu dari bag tak bermaya.. last-last melepak jelah kamera tu dalam henpon aku..

Gambar kejadian dalam dalam ballroom tu pun aku tak berupaya nak amik.. dasar pemalas tullahkan.. aku hanya menikmati suasana malam tu je.. orang hantar makanan kat meja.. aku amik dan aku makan.. orang suruh bangun goyang-goyang badan sebab dah mula terasa boring.. aku pun turutkan je.. lepas tu duduk balik.. sambung makan balik... makanan dah habis atas meja.. sambung dok tengok performance kat stage.. habis je performance dok makan balik.. tu jelah keje aku..

Pehtu bila no cabutan bertuah keluar kat skrin.. sambil kecikkan mata tengok lak nombor kat skrin tu.. tengok-tengok ada tak no sendiri.. tapi tak der.. sambung balik makan.. hehehehe...

lepas tu keluar lagi no cabutan bertuah.. tengok lagi.. sekali tengok je terus nampak nombor bertuah diri sendiri.. hehehe... terus senyum gembira.. bangun pergi kaunter amik hadiah.. dah amik hadiah.. balik meje.. sambung makan lagi.. hahahaha... macam mana nak sarung cheongsam.. asik makan jekan.. kalau pakai gak cheongsam.. memang takder ruang nak masukkan makanan lah.. sempit wei... hehehe..

mesti korang bosankan.. baca entry aku ni.. ni namanya karangan sekolah.. ulang balik perengan pertama bawa ke perengan ke empat.. dahlah malas nak merepek.. tengok jelah gambar tak seberapa ni kat bawah ni.. ni je pun yang ado...

 No bertuah aku malam tu... 8585

no bertuah memberikan aku food steamer ni.. alhamdulillah..
lagourmet tu door gift tahun ni dan sabung johnson tu hadiah bagi special gift table draw.

bersama-sama rakan sekerja..

Bersama-sama rakan sekerja yang sama.. hehehe

Bersama-sama rakan sekerja lagi... 

rakan sekerja lagi.. matiklah ni je ke rakan sekerja kau.. mih... mih... mih...

rakan sekerja lagi... 
korang ce cari hantu kak limah

nampak no aku malas nak jalan-jalan amik gambar dengan orang lain kan.. ke.. ke... orang lain yang taknak bergambar dengan aku.. huahuahua.... 

oklah... ni je citer dinner company aku... tak menarik pun kan.. bukan dinner company aku tu yang tak menarik.. tapi entry aku ni yang tak menarik..

sekian..

babai..

Company dinner 2011

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Dah pulih...

Salam..

Menyepi dengan kesihatan anak yang tak berapa elok.. Uzair danish yang aktif pagi sabtu tetiba je muntah-muntah.. Badan takder pulak tanda-tanda demam.. tapi secara tiba-tiba je muntah.. minum je muntah... makan pun muntah..

Tapi sebab dah planning nak balik kampung.. aku teruskan jelah balik kampung sebab tak sampai hati pulak tak balik kampung.. lagi-lagi dah beritahu mak n abah yang kitorang memang nak balik sabtu.

Sepanjang perjalanan tu.. memang dia lembiklah.. aku singgah beli air seratus.. konon nak bagi dia kebah sikit.. Tapi lepas je minum terus dia muntah balik.. kereta tak yah cakaplah.. bau wangi pun dah hilang.. aku berhenti bersihkan kete kat petronas.. masa tu uzair dah belenging dah.. pakai pampers je pun.. orang kiri-kana pandang.. sebab aku biarkan je uzair ke hulu hilir hanya pakai pampers.. tak sempat nak pantau.. sebab sibuk bersihkan seat kete aku tu... pehtu suruh anak buah aku beli surat kabo.. untuk lapikkan tempat duduk diorang.

Sampai je umah mak abah aku.. si uzair still lagi muntah-muntah.. aku bawa pergi hospital tanjong karang... tapi doctor hanya bagi ubat demam je.. herm.. aku pun pelik.. budak tak demam tapi doctor bagi ubat demam.. balik rumah aku bagi makan ubat demam.. Masa tu lega sikit sebab uzair tido..

Yang peliknya walaupun muntah-muntah si Uzair tetap aktif.. lari sana.. lari sini.. lepas lari mintak air muntah balik.. aduhai.. aku dah naik pening kenapalah dengan uzair ni..

Pagi-pagi ahad dah tak boleh jadi... jam 10 pagi je.. aku suruh diorang semua siap.. sebab nak balik klang. sampai je klang. Rehat lebih kurang Uzair masa tu nampak ok pulak.. Tapi bila jam 6.30 petang dia mula muntah-muntah balik.. Terus ajak en. suami pergi hospital klang. Sampai hospital klang dalam jam 8.00 doctor masukkan air kat uzair.. Jam satu malam baru siap.. Lepas tu jumpa doctor balik.. doctor kata kena tahan ward.. sebab dah dua hari Uzair tak buang air besar dan kencing pun sikit je.. sehari pampers mesti tukar 3/4 kali.. tapi masa sabtu dan ahad.. aku nak tukar pampers.. tapi pampers kering lagi..

tu yang doctor tahan Uzair masuk ward... Aku tak tunggu uzair masuk ward.. aku tinggalkan dia dengan en. suami je.. Sebab masih menyusukan Usyair Darwisy.. Dua2 aku tak sampai hati nak tinggalkan.. aduhai... terpaksalah korbankan salah sorang..

 masa tgh masuk air ni aku ada lagi..
lembik je muka dia..

Keesokkan harinya.. hari isnin.. baru lepas mandi.. dah wangi-wangi dia ajak aku main belon yang jenis tiup tu..

belon jenis ni lah... sekarang pack dia besar.. dulu kecik je... 
tapi kalau nak picit sampai naik sakit tangan... keras.

ok.. dah berjaya tiup belon... 
Uzair memang nampak aktif.. tapi yang peliknya asiklah muntah..

Punca penyakit.. doctor kata maybe ada virus sikitlah.. taklah teruk sangat..

dan akhirnya dia dah boleh buang air besar.. air kecil je slow sikit..

ok.. sekian 

babai.

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...