Salam...
Hari ni nak buat entry secara pukal... sekalikan je dalam satu cerita.. tulah padahnnya malas nak update blog. Bila tengok gambar melambak dalam phone, dah tak tahu nak update mana satu.. jadinya kita sekalikan jelah ye... yang penting berupdating jugak blog aku ni... daripada sepi dipantang angin lalu jekan...
Ni kisah minggu lepaslah... Aku ni ada perangai suka tinggal dalam purse rm1-rm2 je.. hehehe.. eh... tapi memang sengaja pun aku tinggalkan banyak tu... tapi yang jumlah besar2 aku selitkan kat tempat rahasia... hahaha... manalah tau ada masa terdesak... bolehlah dia berdenting dalam otak aku... ting... ting... ting... poyokan.. dengan automatiknya terus teringat kat mana duit terselit tu terletak...
En. suami aku ni ada satu habit pulak. Suka cek purse aku. heh... dan tu jugak punca salah satu sebab aku suka tinggalkan duit rm1-rm2 je dalam purse... hahahahaha.... sebab en. suami suka cek purse akulah... sebab dah tau tektik dia macam tu... lagilah bini dia sukakan.... en. suami kalau tengok purse aku ada banyak tu je.. nanti mesti dia letak duitlah dalam purse aku.. ha.. kan.. bijak tak aku...
Minggu lepas en. suami pun ceklah purse aku... macam biasa ada rm1-rm2 jelah dalam purse aku. Tapi sebab hari tu aku bawa bekal kat opis, dan tak terpikir pulak nak buka henbag aku.. en. suami pun peliklah sampai petang aku tak call, tanyakan apa2 pasal duit kat dia.. hehehe... Pehtu masa dia amik aku balik dari opis. tiba2 je dia tanya aku harga minyak wangi aku beli tu berapa. konon nak belilah.. aku pun cakaplah... alah... murah je pun.. harga sekian-sekian... Masa tu aku terus tarik minyak wangi dari henbag aku... masa tu tak perasan apa2 pun kat celah poket tempat aku letak minyak wangi tu. Bila aku nak simpan balik minyak wangi tu.. baru aku terperasan macam kertas kat dalam tu. korang tengok gambar kat bawah..
Ha... macam nilah kedudukannya...
patutlah dia tanya harga minyak wangi tu. rupanya bukan nak tanya pasal minyak wangi.
tapi nak bagitau dia ada letak duit kat dalam henbag aku.. tapi aku ni kan manalah nak cek handbag aku ni bagai... lelagi kalau tak keluar beli apa2... memang terabai macam tulah....
Sekali kau... hehehe... RM50 dia selitkan...
Alhamdulillah... rezki aku...
Tapikan... aku boleh imagine kan yang duit tu.. duit terselit aku...
hahaha.... lepas tu baru terfikir... owh.. patutlah dia tanya harga minyak wangi...
rupanya dia bagi hint yang dia letak duit kat celah poket tu..
hahaha.... eleh.. dah 8 tahun pun.. nak bagi hint... hint...
Terima kasihlah en. suami.. esok lusa letak lebih sikit ye...
En. suami ku..
Tetibakan....................
:)
Ahad mengemas bilik peningalan adik aku...
nak jadikan bilik anak bujang aku pulak...
Selepas dikemas..
ikut citarasa akulah..
tak kemas beria-ria pun. Takut nak buat kerja berat semenjak aku sakit pinggang sampai tak leh nak bangun hari tu.. Kalau buat kerja kenduri pun.. aku buat yang ringan-ringan je... biarlah asalkan bersih dan yang penting diorang tido dengan selesa..
Ni pulak...
hasil perkongsian aku dengan adik aku.
ada lagi kat kabinet TV tapi malas aku nak amik susun kat atas ni..
kang datang angin rajin baru susun balik.. hehehe
kat umah mak mertua aku...
leka dak Darwisy ni main beskal..
padahal pegang2 macam tu je pun..
jangan ada sesiapa nak usik.. memang dengar suara dialah..
hadoi... macam dah besar je ko ye..
Balik dari kampung..
terajin pulak aku..
sampai empat jenis masakan
sambal udang
Gulai labu, ayam masak merah dan ayam goreng rempah
tapi rajin beli kat kedai jelah..
hahah.. jangan marah ye..
Petang.. dah penat mengemas...
Ajak en. suami perkena cendol..
Sebenarnya nak sembuhkan sakit tekak yang perit.. hahaha
kita kasi tekak tu dengan benda yang sejuk-sejuk ye..
Dan Alhamdulillah...
hari ni tekak aku dah sihat.
Memamg mujarab.
Sebab dah penat aku makan ubat tapi tak jalan... Ini je jalan yang terakhir.
Oklah.. ni je citer pukal aku..
Babai..
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com