Biskut marie cheese @ cheeskut

Salam..

Aku asyiklah bw kat blog kengkawan.. Sekali bw terpandang cheeskut yang kengkawan buat. Bila nampak cheeskut atau makanan yang mengandungi cheese ni. mulalah tekak aku gatal je sepanjang tak dapat nak merasa. 

Tak boleh jadi dibuatnya.. haruslah tetap nak buatkan. So semalam tercapai gak cita-cita aku nak merasa cheeskut ni. Tapi baru merasa sesudu je sebab nak bagi dia semalaman kat dalam esbok. balik keje karang baru together-gether ngan anak-anak.

Bahan-bahan yang aku guna. 
Tu thickened cream tu.. sepatutnya whipping cream.
sekali aku tersalah capai. aku blasah je guna.. hahaha... tapi sedap je rasanya..
korang nak detail ingredient nya.. kalau korang gugellah ye.. hehehe.. 
aku tengah malas nak type semula. bahan yang aku gugel semalam.

1st layer... siap letak Chocalate syrup kan.. 

X cantik sangat lapisannya... tapi oklahkan nak makan sendiri..
bukan nak bagi juri masterchef pun kan.. hehehe.. poyokan

Lapisan kedua.. lebih kurang je macam yang pertama..
cuma kat atas tu aku ada letak cheese cheddar lak..
tapi dalam gambar ni takder.. 

tak sempat nak snap.. si Usyair Darwisy dah hok.. hek.. hok... hek... nak menyusu..
gambar yang ado ni pun jadilah kan.. 

sekian

babai



Untuk Arwah mak 
الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~

 

Terpancar kegembiraannya.. Pukal.

Salam...

Hehe.. sesuka je letak pukal kan.. Gambar anak-anak je nak diabadikan.. tenggelam timbul dah blog ni.. bagi bernafas sikit.

Usyair darwisy aka mat kunci.

pantang nampak kunci.. mesti nak capai. kalau amik kat tangan dia melalaklah gamaknyer...


 Berlenging je..




Dengan abangnyer.. Uzrei Danial pulak. 
Kemain gembira sekali dia.
Sekarang ni dah pandai senyum kalau nampak aku tala camera depan dia.. 
mulalah menyengih..


 Bergegar lak gambar dia.

 Ha.. happy kan muka dia

 nampak gigi bawah dia dua batang..



 Ni malam tadi. aku sibuk nak masak kat dapur..
dia sibuk nak soh aku dukung..
aku tak layan..
merengek-rengeklah dia kat situ.
sian anak mama..

 Sedih je muka dia.. 

oklah..

tu je nak update.

sekian

babai.


Untuk Arwah mak 
الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~

 

Sebab teringin sangat....

Salam...

Semalamlah punya pasal ni.. Dari opis dah terasa-rasa kat tekak sangat.. teringin sangat nak makan Spaghetti Oglio olio ni... tak nak yang carbonara ke atau bolognese ke.. nak yang simple je.. Sampai sanggup search kat website.. tengok gambar pun jadilah.. Dahsyat tak punyalah rasa teringin...

Semalam pulak en. suami amik balik keje... Masuk je dalam kete, terus cakap kat en. suami.. tak yah amik anak-anak dulu kita terus pergi kedai je... pergh.. memang teringin tahap melampaukan.. 

Sampai rumah.. letak bag segala bagai... aku pun teruskan memasak kat dapur.. Tapi en. suami dah cakap dia nak masak nasi goreng sendiri. Sebab dia pun dah lama teringin air tangan sendiri.. hehehe.. laki bini yang overkan.. memasing ada teringin... Tapi keinginan en. suami tak terlaksana lah pulak... sebab bila dia nak senseng lengan je. tengok-tengok nasi semalam tu dah basi.. Salah aku jugaklah.. terlupa nak simpan dalam peti sejuk... Sudahnya.... kecewalah en. suami.. aku rela hati nak masakkan nasi lain.. dia taknak pulak... takper malam ni masak nasi goreng ye.. hehe...

Jadi balik keasal pada misi aku pulak... teruslah aku rebus pasta tu sampai lembut. dan sediakan bahan-bahan untuk spagetthi aku tu... En. suami aku ni bukan suka makan-makan mat saleh punya ni.. Tapi sebab dah takder pilihan terpaksa jugak bedal.. dari menangung laparkan... 

Sedang melembutkan dirinya.... kesian selama ni kejung je.. hehehe

Dah boleh melentur barulah digaul bersama semua bahan-bahan penyedap...

Separuh aku hantar rumah kakak aku.
separuh lagi aku bedal dengan anak-anak dan en. suami...
aku tengok muka terpaksa en. suami masa makan..
macam makan terus telan je.. takder perasaan...
Tapi aku dengan anak-anak tetap makan dengan berselera sekali...
dasar... pergh.. puas hati masak sendiri... bertambah-tambah makan..
dan bertambah-tambah jugaklah berat badan.. hadooii...

Kalau letak udang lagi sedapkan.. tapi aku malas nak letak udang.. alasan mudah.. aku malas nak kopek kulit udang tu.. jadi pendekatan yang mudah.. letak sotong jelah... senang... tak payah nak kupas kulit.. hehehe.

Nak resepi... chewah.. budget blog hebatkan.. macam orang nak kan sangat resepi ni.. benda simple macam ni.. pejam mata pun bolehkan... tapi aku tak peduli tetap nak letak resepi.. hahaha..

Bahan-bahan yang diperlukan.

1 bungkus Spagetthi Sanremo
6 ekor sotong(sederhana besar) ~ kalau udang lagi best.. rasa manis je.
1 biji bawang holland ~ potong dadu
3 biji bawang putih ~ potong halus
Brocoli (ni aku agak-agak je.. sape suka letak banyak pun sedap)
2 sudu lada hitam
2 sudu cili flakes ( Aku takder cili flakes.. aku blender kering je cili kering)
3 sudu minyak zaitun
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika rasa nak letaklah)

Cara-caranya...
Panaskan minyak jeton, masukkan bawang putih dan bawang holland, Tumis sehingga naik bau ataupun dekat-dekat nak kekuningan. Agak-agak dan cantik warna tumisan bawang bolehlah masukkan lada hitam, sotong, agak-agak sotong dah masak. masukkan spagetthi dan brocoli dan juga disusuli cili flakes. gaul-gaul spagetthi tadi dan bolehlah tambah garam dan serbuk perasa.. Kalau rasa dah sedap.. bolehlah dihidang untuk keluarga..

ok.. tu je ye..

Sekian

babai..



Untuk Arwah mak
 الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~

 

Usyair Darwisy

Salam..

Bingit telinga.

psst ~ abaikan persekitaran.. hehehe..

Adoii... aku ingat hari ni hari rabu.. rupanya khamis dah ye...

Untuk Arwah mak
 الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~

 

Minum petang..

Salam..

Sabtu dan ahad takder pergi mana-mana pun... Nilah minggu yang betul-betul memberi rehat selepas berbulan-bulan ada je hal yang berlaku. Tapi bila dapat berehat, kesihatan aku pulak yang terganggu. Dua hari aku melepek je kat rumah terbaring lesu. Tiba-tiba pulak aku sakit perut dah muntah-muntah. Tak tahu mana puncanya. Nak kata makanan aku sorang je pun yang kene. En. suami ngan anak-anak takder pulak. Mungkin daya ketahanan tu dah kurang kot. Tu yang macam-macam sakit senang je nak dekat.

Tapi bagi memenuhi kehendak anak-anak dan en. suami.. aku gagahkan jugalah diri memasak. hehe.. memasak yang senang je.. padahal tengah hari tu aku beli je lauk kat kedai. tak larat nak masak. Tu yang kena balas balik masak untuk minum petangkan... Hajat nak je ajak cari goreng pisang or cendol kat luar. tapi malas pulak nak keluarkan... 

En. Suami request soh buat cekodok je pun.. Tapi sebab tetap nak ikut tekak aku jugak.. tetap jugak kene ikut tekak akukan.. selera orang sakit ni kan melampau. nak makan yang lain dari yang lain jekan... Akhirnya aku sendiri pilih nak buat Pancake.. hahaha.. melampaukan orang sakit.. nak makan yang best-best je.. padahal dalam kepala aku tu.. berbelah bagi jugak.. cekodok pun rasa nak buat jugak.. hehehe.. dasar tamak halobakan..



Bancuhan pancake... 
tetap nak masuk jugak..
sebab 1st time aku buat pancake ni..
ni kira amaturelahkan....



Dalam magic pan..
wah.. tetapkan guna magic pan.. 
all in onelah katakan...
ni aku letak coklat.. bagi bebudak suka makan..



Ni yang kosong.. untuk mak budak dan bapak budak punya...


Tetap nak tunjuk lapisan belakang...
kira jadilah tukan.. walaupun tak berapa cantik.. 
asal boleh makan dan anak-anak suka.. Alhamdulillah

Tengok...
memang sukalah si uzrei ni.
siap makan dengan madu lagi..
bertambah semangatlah anak ku ni...

Resepi Pancake.
1 cwn tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
1cwn susu segar
1 biji telur (putih & kuning telur diasingkan)
4 sudu gula
garam secukup rasa.

Cara-caranya.
  1. mula-mula asingkan kuning telur dan putih telur.
  2. Pukul putih telur sampai kembang dan putih
  3. Sebabkan aku guna tepung naik sendiri. aku terus masukkan telur kuning, gula dan susu. Kacau hingga sebati. Pastu masukkan tepung tadi. Kacau sehingga tepung betul2 larut. kalau taknak ada ketulan tepung dan korang rajin bolehlah korang tapis.. tapi aku malas.. sebab nak cepat.
  4. lepas dah betul2 larut. masukkan telur putih tadi.
  5. dan bolehlah dimasak diatas magic pan or non stick pan..
  6. last sekali bolehlah dihidang untuk seisi keluarga.
Selamat mencuba..

Sekian 

babai.






Untuk Arwah mak 
الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~

 

Kuih hijau menjadi paberet...

Salam..

Hari minggu kot tak silap aku yang adeq lya colours ada up gambar bingka pandan dalam facebook. Bila aku tengok je gambar tu. Wah... tetiba tekak terasa nak makan bingka pandan. kalau boleh bingka ubi pun aku nak buat sekalilah. hehehe.. aku ni memang orang dulu-dulu sikit.. suke kuih lama2 ni. yang lagi susah nak dapat tulah lagi aku suke.

Tapi mengenangkan aku taklah berapa pandai sangat buat kuih dedulu ni. Tetaplah tunggu lya colours memasukkan resepi dalam blog dia.. Akhirnya semalam dia dah masukkan resepi. Apalagi cecepat printlah.. Balik rumah terus buat untuk minum malam bersama anak-anak. 

Alhamdulillah resepi yang diberi menjadi.. best.. rasa nak buat lagi hari ni.. sebab Uzrei Danial suke. siap minta nak bawa bekal kesekolah hari ni... Rasa teruja tau.. sebab anak-anak suke.... Tapi uzrei tak pandai panggil bingka, dia panggil kuih ni dengan nama Kuih Hijau. Kuih hijau pun kuih hijaulah nak.. yang penting uzrei suke...

Bingka pandan ku.
aku bakar dalam magic pan je.. hehehe
sebab aku tak tukar lagi Suis peribadi untuk Oven.
Oven pun ada suis peribadi tau... Ntah bila ntah aku nak tukar.
jangan oven tu jadi tukun sudah.. huhuhu..

Ni resepinyer ye... Tapi kalau korang guna magic pan. jangan ikut bulat-bulat resepi ni.
aku menderhaka sikit.. yelah i guna magic pan je... kalau tak derhaka nanti membuak- buak macam gunung berapi pulak... keluar pulak lava dari magic pan. dah satu keroje lak aku nak menyental dapur. 

Resepi pun aku copy dari Lya Colours ye.
deq akak mohon share resepi ye.. 

  • 1 cawan gula (aku guna 3/4 cawan je)
  • 1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing 
  5. Nota penting : disebabkan aku guna magic pan. jadinya tempoh pembakaran berlangsung dalam masa 10-15 minit sahaje.. cepatkan.. jimat letrik.. sebab dengar kata tarif letrik nak naik lagi.. so.. mohler berjimat.
Semua resepi kat atas aku bahagi dua. sebab magic pan aku yang kecik je. Harap korang gembira dengan resepi ni. Selamat mencoba.

Sekian

Babai.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Lebih sudu dari kuah.

Salam..

"hiasan"

erk.. boleh ke guna peribahasa ni.

Hanya mengenangkan bila seseorang manusia ni yang bila berkata perihal orang main lepas je dari mulut. Tanpa berfikir mengunakan akal fikiran. Tanpa memikirkan keadaan persekitaran ketika itu. Tengah bersedihkan mereka atau tengah ada majlis ke mereka. Tu semua bagi mulut orang yang bercakap tanpa mengunakan akal fikiran tak penting kot. Yang penting apa yang dia hendak katakan lepas dari hati. Atau pun sebelum ini mulut tu memang dah terbiasa cakap main lepas je. Tak payah nak fikirkan hati dan perasaan orang lain. Terguris ke, terasa ke, marah ke atau seangkatan dengannya dia tak peduli. Yang penting biar semua orang tahu perihal tu. Biar semua orang tau dia je yang betul. orang yang dikatakan tu salah. 

Kekadang aku terfikir.. Waima pun dalam masa tu memang ada rasa apa yang orang buat tu salah. tak boleh ke tegur dengan cara berhemah. panggil orang tu dan bawa kat tempat yang takder orang lain dan tegur dengan elok. Bukannyer orang tak boleh terima. Ni tidak, canang kat semua orang... orang ni macam nilah. tak jadi seperti yang diharapkan lah. Jangan nak mengharap yang lebih besar sedangkan "Iman tu tak boleh nak diwarisi dari seorang Ayah yang bertaqwa" .Tapi sekurang-kurangnya masih menjadi manusia yang berguna. Tidak menyusahkan orang lain tu dah penting. Tidak menjadi perosak anak bangsa tu dah bersyukur kita pada yang maha esa.  

Kadang-kadang aku perhatikan je orang macam ni. boleh dikategorikan Lebih sudu dari kuah. Padahal semua persiapan dah siap. Tapi sebab nak tunjukkan dia ada kat situ. terjerit-jerit panggil orang yang berkenaan tanya apa yang belum apa yang sudah. Sampai orang yang berkenaan rasa serba salah. padahal segalanya semua dah disiapkan. Kalau pun nak tunjukkan rasa tanggungjawab tak perlu macam tu. panggil elok2 dan tanya tak perlu macam nak menunjukkan orang berkenaan tu tak reti buat kerja. padahal semuanya dah siap pun. Tu rasanya macam nak menjatuhkan maruah orang berkenaan.

Pelik dengan manusia macam ni. Hari orang tengah bersedih tulah dia nak menguriskan hati. Bukan takder mata yang memandang. Bukan takder telinga yang mendengar. Tapi bila cerita yang didengar tu tak sama dengan hari kejadian. Memang nampak sangat orang tu sengaja nak mengada-adakan cerita dan membuat malu. 

Takperlah kami terima saja segala perbuatan kamu tu. Terima kasih dengan semua ni. Kami akan ambil iktibar dengan apa yang berlaku. Semoga kehidupan kamu akan lebih baik. Jangan sampai rasa hormat tu hilang untuk kamu.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga. Manalah tahu tetiba Allah s.w.t tu pusingkan akal fikiran tu. Kehidupan ni penuh dengan karma. kekadang kita diatas. dan dalam sekelip mata kita juga boleh dibawah. Fikir-fikirkanlah.

Untuk Arwah mak 
الفاتح
 ~ Sariah binti Lanu~

 

Usyair Darwisy

Salam...

Agak terlewat untuk wish birthday anak ketiga aku Usyair Darwisy. Sibuk dengan hal yang lepas. Sampai terlepas pandang birthway Usyair Darwisy. Takperlah ye dik.. Mama sibuk uruskan yang lebih penting. Sekurang-kurangnya takder lah mama rasa terkilan.

Tapi dalam masa terdekat ni walaupun dah lewat sebulan lebih mama tetap nak abadikan entry birthday anak mama ni kat dalam blog mama. Sekurang-kurangnya nanti adalah kenangan di masa hadapan.

Usyair Darwisy 
ulangtahun pertama (20/8/2013)
si bobot mama yang tersayang.
Mama doakan anak-anak mama menjadi anak yang soleh,
taat kepada mama & papa. dan hormat kepada orang tua.
semoga anak mama menjadi anak yang berjaya nanti.
Insya Allah..
Amin..

~ nanti mama beli cake ye.. mama tak sempat nak beli lagi~

Untuk Arwah mak
 الفاتح
 ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...