Uzair Danish yang ke 5 tahun

Salam..


Selamat hari lahir yang ke 5 untuk Uzair Danish.
Sebenarnya hari lahirnya jatuh 28/6/2014.
Tapi tak sempat nak wish kat Uzair.
Jadi mama wish hari ni ye.

Semoga anak mama diberikan kesihatan yang baik.
Berjaya dalam pelajaran,
Menjadi anak yang soleh.
Menjadi anak yang mendengar kata ibubapa.

Mama sayangkan Uzair Danish.




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 


Perangai..

Salam...

Sembang kosong je..

Jarang kan orang nak guna ayat Perangai ni... Ni aku nak citer pasal diri akulah.. Aku nikan ada satu perangai pelik sikit.. bagi aku peliklah kot.. kotlah orang lain pun ada berperangai macam aku jugak. En, suami pun pelik dengan perangai aku ni.. Manalah dia tak pelik.. Pagi dia tengok susunan perabot rumah lain.. Bila petang lak dia tengok dah lain.. Kekadang sampai mengeleng en. suami dibuatnya dengan perangai aku ni..

Ni bila aku dah tak lama lagi nak bersalin.. ikut hitung-hitung dalam 3 bulan ke 2 bulan lebih je lagi. Kekadang en. suami tengok aku macam termenung memikirkan sesuatu.. Pehtu terus en. suami cakap. "Apa pulak lah bini aku nak ubah ni.."  aku senyum jelah.. sebab aku ni ada perangai yelah kekadang masa dalam pantang ni ramai sanak sedara datang bertandang.. walaupun diorang faham orang dalam pantang mana boleh buat keje rumah sangat.. tapi kalau anak dah empat takkan tak boleh buatkan.. setakat sapu sampah ringan2 tu boleh buat lagilah... 

Tapi walaupun dorang takderlah nak kata apa-apa.. Tapi aku tetap nak bagi keselesaan kat dorang nanti bila dorang datang rumah aku... Aku ni suka sedara mara datang.. rumah aku ni kalau tak masa raya masa dalam pantang lah sedara mara datang ramai.. hehehe... Takkan tak bagi dorang selesa kot kan.. Sesekali tengok dorang happy aku pun happy sama..

Sampai satu tahap en. suami cakap kat aku.. lepas ni cabinet tv meja makan ni semua kita gantung kat syiling je.. senang sikit... tak yah susah-susah nak ubah sana-sini... Agaknya en. suami pun pening kot dengan perangai aku ni... lambat lagi nak bersalinnyer.. macamlah ubah hari ni kekemasan tu boleh bertahan sampai aku bersalinkan.. Tapi kalau tak buat sikit-sikit.. takkan nak dekat bersalin baru nak buat.. masa tu dah tak larat dah kot... 

Tapi ada bagus jugakkan.. dari aku melepak je nonton tv.. baik gerak-gerakkan sikit badan bagi sihat.. mudah-mudahan bersalin nanti senanglah... 

Psst ~ pada yang bertanya apa gender kandungan aku ni.. hehehe.. aku pun tak tahu lagi... seprais lah konon2nya... sebab bila scan je baby tak nak tunjuk... i dah give up nak scan lagi.. huhuhu... tunggu jelah saatnya nanti... yang penting baby sihat tubuh badan...

sekian..

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Bertiga

Salam...

Bertiga.. insya Allah tak lama lagi dalam 2 bulan lebih je
berempatlah mereka.. hik.. hik.. hik.. 

sekian

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Meroti

Salam...

Ni entry asal ado je.. hahaha.. nak type apa pun malas.. layan jelah korang ye.. hehehe

Ahad lepas rajin lak aku meroti.. sebab tak tahu nak makan apa untuk minum petang.. jadi.. mari meroti..


 Dah siap diuli..

 Susun comel-comel dalam loyang..

 Mulakan pembakaran di dalam oven..

 Dah siap bakar..
yang ni aku letak inti kaya..

Yang bulat ni uzrei request letak peanut butter...
layan kan jelah..

Resepi amik kat blogger zalinzalinna

250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya :-


Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang macam acik ni pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit... 
Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit..
Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..
Isi inti dalam doh pastu boleh susun dalam loyang yang dah dilengserkan dengan margerin...1 loyang acik buat ada inti...1 loyang lagi acik biar kosong aje... tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..
Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar...
Bila doh dah kembang baru kita sapukan bancuhan telur tu..
Yang ada inti kacang merah tu acik taburkan bijan..
Yang takde inti ni acik cuma taburkan cheddar cheese dan sedikit gula pasir..
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..
Kalau rasa taknak makan habis, kita boleh simpan masuk bekas atau masuk dalam plastik dan selotepkan... macam kat kedai tu kan... 

Nak tengok step by step boleh ke blog kak zalinzalinna ye..

ok.

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...