Brownies

Semalam bila dah habis berbuka puasa
aku terasa tenaga aku seperti dicharge pulak..
automatik aku rasa bersemangat nak membaking brownies.
sebab aku rasa mcam kurang sesuatu je masa aku berbuka puasa tu..
tu yang feling2 nak makan brownies.

jadi aku pun sediakan semua bahan untuk buat brownies..
tapi bahan2nya aku tak sempat snap ye.. 
aku bagi resepi jelah kat korang ye..

250 gm Butter
1 cawan coco
1 cawan gula
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 susu soda bicarbonate
1 cawan susu cair
250 gm whipping cream (aku saje je letak nak bagi rasa lagi lemak)

cara2 adunan ye..
1) butter dicairkan (guna microwave je)
2) campurkan butter yang cair tadi bersama dengan coco gaul hingga sebati (ketepikan ye)
3) pukul telur dan gula hingga sebati dan campurkan bersama butter dan coco
4) masukkan susu cair dan whipping cream gaul hingga sebati
5) masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder dan gaul sebati
6) sapu marjerin ke dalam loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
7) dan bakarkan dalam over pada suhu 175 darjah dan selama 20/30 minit
(kalau masih belum masak boleh tambah masa ye)

kat bawah ni gambar semasa memasak brownies ni ye

brownies yang sedang membakarkan diri dia..

Brownies yang dah siap dimasak versi camera flash.

yang ni pulak versi tak berflash ye.. hitam bendengut je brownies aku
tapi hasilnya memang mengiurkan..

pic versi yang dah dipotong takder ye..
sebab aku tak sempat nak potong aku dah ngantuk n terus tido..

ok.. itu saje citer masakan aku hari ni..

Selamat mencuba ya..


Puasa Ganti

Nak dekat masuk ramadhan ni mesti ramai yang menganti puasa last2 minitkan
samalah macam aku jugak.. suka ganti puasa last2 minit..
lebihkan makan dari menganti puasakan..
tu akulah... hehehe..
bila dah nak hujung2 baru terhegeh2 nak ganti puasa.
korang mana yang dah habis ganti puasa tu baguslah
jangan jadi macam aku ni.. huhuhu

citer asal aku nak citer pasal menu buka puasa aku semalam
see.. puasa pun sibuk nak citer pasal menu nak makan masa berbukakan..
memang penting makankan aku ni.. 
takperlah janji hati senang dan puasa pun habis digantikan..
oklah semalam aku masak ayam masak lemak dan ayam goreng kunyit.
alah.. kacang je bagi korang nak masakkan..
jadi resepi takder ye sebab korang dah terror kan
aku tunjukkan gambar jelah ye..
buat santapan orang yang berpuasa.. kalau terliur cepat2 tutup tau..

korang layanlah gambar ni ye..
nilah ayam masak lemak, ayam goreng kunyit campur kacang panjang
kat bawah nasi putih dan air neslo ais..

tu je lauk untuk berbuka puasa aku semalam

p/s : ada sesiapa yang marathon puasa bulan ni..
pada sesiapa yang belum meh kita ganti sama2

Mata

aku hari ni mengalami denyutan dibawah dan bahagian kelopak mata
tak kiralah bawah mata pun dia suka berdenyut..
sekarang ni aku nak tau punca2 dia suka berdenyut.
kalau ikut orang dulu2 diorang kata ada benda nak jadilah.
nak nampak sesuatu yang dah lama tak jumpalah..
tu orang dulu2 kata..
ke masalah suka berdenyut2 ni adakah disebabkan angin..
kekadang aku naik rimas pulak bila berdenyut je..
dalam keadaan rimas tu aku teringat jugak kata orang dulu2.
 


kepada sesiapa yang ada alami masalah mcm aku ni
meh kita share sama2.. manalah tau ada yang cara nak hentikan berdenyut tu..
atau bila bahagian mata tu berdenyut 2/3 hari lepas tu ada benda yang berlaku 
bak kata orang dulu2lah ye..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...