lepak-lepak layan mata

Salam..

Hari minggu kalau tak pergi mana-mana semestinya aku dok melepak kat rumahkan.. jadinya memandangkan nak melepak dengan jayanya.. awal pagi aku dah siap-siap masak.. lepas dah siap masak bolehlah layan mata tengok rancangan apa yang menarik kat tvkan...

hari minggu awal pagi ada cerita korea faberet aku.. kiranya hari tu balas dendam mana cerita yang aku tak sempat tengok masa hari bekerjalahkan... tapi sebelum tu kene settlekan masak-memasak dulu.. citer masak memasak hari tu pun aku masak simple je.. simple tak simple.. berpeluh jugaklah hari tu.. lagipun untuk empat beranak je makankan.. adik aku dah keluar dengan en. Boipren dia..

Jadinya kat bawah ni menu untuk hari minggu lepas.

Ayam masak kurma... 

Ayam goreng pulak.. semua makanan adalah untuk meningkat kolesterol ye.. hahaha... ada kolesterol bertambahlah lemak didalam badan... 

Sambal bilis tumbuk bersama cabai... pedas meletop.. 

Dah siap masak-memasak.. haruslah aku layan citer paberet aku ye... Giant.. best citer ni dari kisah adik beradik yang susah masa zaman peperangan sehinggalah berjaya tapi penuh rintangan... best sangat...
walaupun heronya tak handsome tapi aku suke.. hehehehe.....

keropok untuk kudap-kudapan sambil layan citer korea tu.. memang sesuailah... 

Psst : sape lagi yang layan citer korea.. kot aku ada ketinggalan cerita yang best2 ke moh kabokan kat aku..

Lucky Follower's & Jom Joint My Blog List

Jom joint

 
Bermula : 3/3/2011 jam 12.01 am
Berakhir : 11/3/2011 jam 11.59 pm

Syarat- Syaratnya

1. Wajib follow blog ini My Shaizhar Blog Contest serta blog utamaku di shaizhar (kepada follower's baru) done 
2. Entry bertajuk -) Lucky Follower's & Jom Joint My Blog List done
3. Letak banner di side bar dan atas entry *wajib berserta link terus ke entry ini done
4. Tinggalkan penyertaan id follower dan url untuk entry contest tersebut di ruangan komen done
5. Nak tag boleh tak nak pun tak apa. done
    "Zaidah"  "rinna" "ratusiput"

RK nak joint dlm blog list di sini kerana dapat memeriahkab bloglist yang sedia ada dengan kehadiran entry-entry terbaru setiap hari. disamping itu juga dapat mempromosikan blog RK kepada blogger2 lain dan memanjangkan persahabatan di alam maya ini
namakan group list ini?
bloggers berinspirasi 
(oklah tukan)

Psst : kepada yang di tag harap korang sudi memeriahkan..

Ni akibat melayan blog

Salam...

Lewat sikit bersiaran hari ni.. pagi ni masuk lewat sikit kat office... awal pagi bawa Uzrei ke klinik kesihatan untuk check up 4 tahun.. sepatutnya habis cepat.. ntah macam mana nurse tak perasan kad panjang uzrei.. dia cuma nampak buku2 yang baru untuk kanak2 yang lahir tahun 2009.. si uzrei punya kad boleh pulak dia tak perasan.. mungkin sebab nipis sangatkan tu yang tak perasan.. aku pun pelik sebab no aku 3003 tapi yang dah dipanggil sampai 3005.. teruslah aku bertanya kat nurse tu.. lepas tu je terus nama Uzrei dipangil settle semuanya hantar pulak Uzrei rumah kakak aku... dan terus ke tempat keje.. taklah lewat sangat jam 9.15 pg aku dah sampai.. aku lewat 30 minit je.. oklah tu kan...

Oklah bukan nak citer kisah kat klinik tu sebenarnya.. ni aku nak citer kejadian yang menimpa malam minggu lepas... masa ni aku tengah dok melayan blog kat tingkat atas.. jadinya en. suami amik turn jaga anak2 kat bawah.. bila aku dah siap mendekorasi baru rumah alam maya aku ni.. aku pun turun bawah sebab nak layan citer melayu yang si Nabilla anak amy search berlakon tu.. tajuknya aku tak ingat pulak..

masa aku nak duduk kat sofa je.. ZaaaaaaaaP... mata aku terpandang satu koyakan yang berada di sofa aku.. dah mendidih hati ni.. aku terus nak marah Uzrei lah konon-kononnya.. tak sempat aku nak toleh ke Uzrei... Uzrei dah buat adua rakyat dulu.. gini bunyi ayatnya " Mama.. mama... Bukan uzrei yang buat... Adik yang buat.. Adik gigit lepastu adik tarik sampai koyak.." terus aku tak jadi nak marah.. sebab masa ni adik dia dah tido lena kat pangkuan aku masa aku tengah melayan blog tadi... aku marah diri aku sendiri jelah.. huhuhuhu... tulah leka benar melayan blog.. en. Suami pulak tak perasan kejadian tu berlaki...

tengok hasil gigitan si Uzair ni ye..

hehehe.. ni bukan hasilnya.. sebenarnya masa ni kaki uzair terpelecok kat tangga.. tulah asik turun naik tangga je.. lepas tu mengongoi tak leh nak bangun... 

Inilah hasil gigi Uzair... huhuhu... 

Ni hasil sebenanya.. yang tadi tu aku lekapkan je kejap.. besar betul hasilnya.. kalau secubit tak per lagi... 

kalau anak tanpa pengawasan ni itulah akibatnya kan.. nasib baik koyak sofa.. kalau buat benda lain lagi haru.. lepas ni aku tak nak leka dah dengan blog.. wahahaha.. boleh ke? kalau aku berblog pun aku kena pastikan en. Suami tak leka tenung tv je... mesti sesekali aku kena pantau jugak..

Psst : dah lah setahun lebih kumpul duit nak beli sofa tu.. alih2 baru guna setahun dah rupa ini.. aduhai..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...