Telur

Salam...

entry orang pemalas macam nilah ye..blog pun dah dekat seminggu aku tak jenguk.. mood sangatlah on/off ..
hari ni hari WW kan.. jadi aku taknak citer banyaklah ye.. cuma nak tepek gambar sekeping je.. buat tatapan korang..

Telur dadar separuh masak disumbat pulak dengan daging hancur masak lada hitam.. wahahaha.. sampaikan sedap sangat kot.. aku yang tukang masak pun tak sempat nak merasa.. huhuhu.. Habis dimakan oleh en. suami dan adik aku... 

Cili hijau tu buat penyeri gambar je... 

Ok.. i nak sambung bergosip buat keje ye.. babai

Tanpa kata - Tapi ada sedikit.

Salam

 dialog 
Mama ujei macam Ustazah kan ma..
(terkedu aku dibuatnya... tapi ustazah atas hidung ye nak.. )


Stuntman...

Salam...

Anak... ooo... anak.. macam-macam idea boleh keluar di usia yang macam nikan...

 abaikankan keadaan rumah yang macam tongkang pecah ni ye.. masa ni tengah misi mengemas rumah.. Tapi si Uzair pun ada misi jugak.. Cuma si Uzrei dengan misi cartoon dia je..

Tudung bergantungan tu biasalahkan.. tu untuk stanby tetamu yang tak dijangka datang nanti.. hehehe.. alasankan... 
Ok.. Sedia untuk melompat kijang....

Ooh... dah tertunggeng pulak..

 ok... banggun balik...

Berbeza betul adik badik ni.. si uzrei tak suka adventure.. Tapi si uzair paling suka adventure...

ok.. sambung buat keje.. babai..

Mari mempizza yo....

Salam...

Rasa cepat sangat cuti 2 hari ni.. Tak terasa badan nak berehat kat rumah.. Mana nak terasanya.. Hari sabtu dan ahadlah hari nak mengemas rumah. Hari tulah nak buang habuk bawah katil, buang sawang, lap-lap cermin dan macam-macam lagilah.. 

Haish kalau amah yang nak bergaji RM 700 tu bekerja semata-mata nak mengemas rumah aku mau pitam dibuatnya.. Memang non stoplah.. Hari2 aku suruh ubah kedudukan perabot kat rumah aku. dan bermacam-macam kerja lagi... Ha.. kan nak rm 700 sangatkan.. hamik kau.. Haruslah berkilat rumah aku hari-harikan...

dahlah citer pasal amah ni.. tak mampu pun aku nak mengaji amah ni... biarlah aku kemas je rumah aku sendiri selagi aku larat.. dulu-dulu umah kampung mak aku tu pun aku ngan adik badik je yang mengemas, bersih jugak.. terbuang jugak sawang-sawang kat siling.. lagilah rumah kampung siling tinggi kemain.. rumah lak boleh main futsalkan.. Ni anak2 dah membesar apa salahnya ajar anak-anak aku pulak.. sambil tu boleh gak dia belajar tentang kebersihan rumahkan... setakat tolong basuh pinggan dan basuh bilik air tu dah boleh diharapkan. bolehlah nanti lama2 nanti taulah buat keje yang lain pulakkan..

Semalam dah siap mengemas rumah.. dok lepak2 depan tv, pehtu kakak aku pulak datang bertandang.. doklah berborak-borak dan bergosip.. hehehe.. biasalah keje perempuan.. tapi ni gosip yang baik2 je tau.. chewah.. 
Sambil dok berborak tu kakak aku kata dia nak beli pizza segera tu.. nak buat makan-makan bila teringing. Pehtu aku kata kat dialah dari beli pizza segera tu.. kering je rasanya.. baik buat sendiri je kat rumah.. Pehtu tanpa disangka dengan idea tu.. Terjadilah pizza pada petang semalam.. konon nak buat 2 adunan je.. sekali terjadi 5 adunan.. terlebih sudah.. tapi memang puaslah makan kalau benda yang buat sendiri nikan...

Rupa pizza yang belum di bakar.. selebet jekan.. bahan2 apa yang ada kat rumah je...

DAh siap bakar.. tapi ni sebenarnya dulang yang kedua... dulang pertama dah selamat masuk perut.. maklumlah panas2kan tak sedar dah 2/3 keping masuk perut..

Ni tangan bebudak yang dok berebut2 nak makan pizza ni.. makan berebut2 ni memag syokkan.. rasa meriah je..

bahan-bahan mudah ye..
Untuk lapisan bawah. aku buat adunan donut tu je.
1kg Tepung gandum
1 paket mauripan
3 sudu marjerin/planta
secukup rasa garam
2 sudu susu cair.

Untuk segala rencah kesedapan.. chewah
1 botol sos spagethi (Brand Kimball)
20 batang sosej
6 Keping daging burger
2 tin cendawan butang
5 biji tomato
10 keping -Cheese chesdale
(ni mengikut apa yang ada dalam peti ais aku semalam, kalau korang nak sedap korang tambahlah apa yang patut ye)

dah siap hias semua atas loyang pembakar. Bakar selama 15-20 minit (sehingga masa) dengan suhu 150°-200°.

Selamat mencuba ya... 

Balance adunan donut tu aku buat donut bulat2 dan goreng.. dapatlah dalam 10 ketul donut.
Donut orang malas.. bentuk pun bulat-bulat jekan...

Ok.. nak sambung buat kejelah ye...

Rimas gile..

Salam... 

Ni kisah malam tadilah.. Dah sedap-sedap tido.. Tapi kejap-kejap tangan ni asyiklah nak mengaru kat muka.. Konon gatal sangatlah muka tu.. Sampai aku rasa muka aku nak tercalar dah rasanya.. 

Memang rimaslah.. Tak panas pun jadi panas. padahal angin kat luar tu kemain lagi sejuknya.. Sebab rimas punya pasal jam 2.30 pagi malam tadi aku bangun terus potong kuku.. Mesti en. suami aku ingat aku tengah mengigaukan.. Yelah pepagi hari dah mengetip kuku.. Padahal kuku tu taklah panjang sangat pun.. tak lepas pun dari isi jari tu.. Tapi tulahkan.. Kalau nak rasa rimas jugak.. tetaplah rimas.. Dah potong kuku tu baru lah boleh tido dengan lenanya...

Kalau rimas sebab kuku sepanjang ini takperlah jugak.. 

ni kuku aku selepas dipotong.. lega rasanya..

Akibat sebab rimas dengan kuku aku ni malam tadi.. Pagi ni aku rasa amatlah mengantuk sekali.. adoiii......

Psst : baru berangan nak kuku panjang.. kekekeke.. tak dapek lah kalau macam ni punya rimas... cheh.. ada hati nak kuku panjang konon..

korang ade?

Salam... 

Apa yang ada tu... hehehe.. biasalah akukan... kalau orang malas semuanya boleh adakan.. eh.. eh.. bukan rajin ke baru semuanya ada... tapi aku dah terbalik pulak ye.. orang malas pulak an boleh jadi semuanya kan... pelik.. dah lupakan kepelikan ni..

Sebenarnya apa yang aku adalah.. ialah nasi goreng daging burger.. hahaha.. overkan.. sebab tak lalu nak rencahkan dengan ayam.. boleh pulak aku tukar dengan daging burger...  Aku sekarang tekak tengah takleh terima makanan yang ada daging ayam ni.. tekak tengah memilih.. tapi kalau ikan atau seafood tu laju je aku makan.. tak toleh kiri kanan.. ngengada tau.. tak tau sekarang seafood tengah mahal ke.. 

Tapi tulahkan kalau dulu ikan-ikan ni murah je.. tapi sekarang ni terbalik pulak.. ayam pulak yang murah berbanding ikan. Tengiri sekilo pun dekat rm 30.00.. inikan pulak ikan kembung ntah berapa pulak harga dia sekarang.. erk.. dah lama tak beli ikan kembung.. dah tak tau harga pasaran sekarang.. Ikan tengiri tu pun kebetulan masa kenduri adik aku.. kononnya nak masak kari ikan tengiri.. sekali tengok rege.. terus tukar ikan mayong.. ikan mayong pun leh tahan jugak harganya kan.. sekarang ni...

erm.. dah melalut citer ikan pulak.. lari citer lak ye.. meh aku tayang Nasi goreng daging burger aku semalam.. tak menarik pun.. nampak bodoh je kat mata, macam mana tak nampak bodoh.. takder sayur langsung. yang ada bawang merah, putih, cili padi dengan daging burger yang dah dihancurkan... mudahkan.. orang malas memang kata mudah.. kekekeke... walaupun nampak bodoh tapi kena cuba rasa dulu.. baru tau rasanya menyengat atau tak.. wah.. matiklah ayat tetap nak puji diri sendiri..... 

Nilah rupanya nasi goreng daging burger aku.. nampak bodohkan.. 
Tapi semalam terkurang garam pulak.. en. suami aku boleh lak makan dengan cekedis Uzair.. hehehe
dia kata untuk tambahkan rasa garam tu.. Tak sempat pulak aku nak snap gambar en. suami makan dengan cekedis anak aku tu..  Korang pernah ke makan nasi dengan cekedis.. aku dah biasa dah... selalu je aku buat macam tu.. kira macam ulamlah...

Balance burger yang lain aku goreng kosong je.. cicah dengan sos n mayo.. pergh.. memang sedap...

ok tu saje hidangan aku malam tadi.. simplekan.. sekejap je aku bersilat kat dapur.. tak sampai pun 1 jam.. tung.. tang.. tung.. tang.. eh.. eh.. dah ada dalam pinggan...

Oklah.. nanti aku melawat blog korang ye.. sejak dua menjak ni aku selalu je melawat blog korang.. tapi tak tinggalkan jejak pun.. huhuhu.. aku baca citer je.. tapi Insya Allah akan ku tinggalkan jugak jejak di blog korang..

Babai..


jatuh cinta lagi...

Salam...

wow.. wee.. cheh.. bersorak pulakkan.. saje je hari ni nak update petang hari.. Nak kabokan aku dah jatuh cinta balik dengan gardenia.. hehehehe.. tapi tak bermakna berpaling tadah dengan massimo ya... massimo masih lagi tetap di hati..

 nilah rotinya.. dah separuh bedal baru teringat nak amik gambar.. dasar gelojohkan...
Gardenia baru.. (akulah yang baru tahu roti ni baru, orang lain mungkin dah tahu lama) huhuhu
Passione Italiana.. Tetap italiana jugakkan.. macam Massimo The Italian Bakers.. hehehe
Jangan marah ye.. bukan nak compare..
Tapi nak beritahu roti ni memang sedap dan telah membuat aku jatuh cinta kembali dengan gardenia...

Macam manalah tak sedap.. Korang tengok jelah cara makan kan..
dengan butter pastu tambah pulak lagi jem strawberry.. gilalah tak sedapkan..
Yang best roti ni.. ada Buah zaitun, tomato, dan banyak lagilah isi kandungannya..
Rugi tak try.. tapi kalau makan kosong saje tak berapa manthopslah..
Kat packaging pun dah tulis sesuai dimakan dengan butter..

Psst : sapa2 yang belum nerai lagi. g la cari dikedai berdekatan anda..

ok.. babai..

air... air.. air..

Salam.. 

Tadi ada terbaca kat paper, mulai jam 8 pagi 14/3/2012 bekalan air bakal terjejas selama 36 jam.. Pada sesiapa yang belum tadah air sila tadah air sekarang... Harap maklum.. 

Nak tau lebih detail bacalah kat bawah ni ye... luar dari selangor korang takder terjejas ye.. ni selangor sahaja.



Sejuta pengguna bakal terjejas
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan NADIA SHAIFUL BAHARI


LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor.

KUALA LUMPUR – Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam bermula pukul 8 pagi esok hingga pukul 8 malam Khamis ini.

Gangguan bekalan air tersebut membabitkan para pengguna di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Ia berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor bermula esok.

LRA SSP1 membekalkan sebanyak 840 juta liter sehari (JLH) ke tujuh kawasan termasuk Gombak dan Kuala Selangor serta kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang, kawasan perindustrian Bukit Raja, Istana Diraja Klang, hospital dan kawasan yang lain.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som (gambar kecil) berkata, kerja penyelenggaraan tersebut meliputi penggantian Sluice Valve bersaiz 800 milimeter bagi pam nombor tujuh di Rumah Pam Air Mentah (RPAM) loji tersebut dan penggantian Delivery Sluice Valve bersaiz 1,350 milimeter di pam sama.
Psst : aku dah suruh en. suami aku tadah air.. huhuhu.. en. suami siap nak beli tong air pulak.. persediaan awal perlu.. esok jadi ke tak jadi air takder.. yang penting dah ada persediaan awal.
__._,_.___

lahir... lahir... lahirlah....

Salam... 

Salam isnin yang penuh meriah dengan cuaca yang sungguhlah seronok kalau disorong bantal.. mau terus tertido lena dibuatnya...

Hari ni rutin pagi macam biasa.. Bangun pagi kejutkan si uzrei siap-siap untuk pergi sekolah.. dah siap bekalkan air milo bagi.. Sampai je depan sekolah.. aku dah tergelak besar.. hahahahaha... aku lupa yang hari ni cuti sekolah.. Sian si uzrei, dah hensom-hensom tapi pagar sekolah tutup.. 

Terus muka taknak pandang aku dah.. Malulah kononnya.. Padahal aku yang lupa, tapi uzrei pulak yang malu dengan aku.. salah aku jugak.. yang aku pergi gelak besar tu kenapa.. mestilah dia ingat aku gelakkan dia.. sian anak mama.. hehehe.. eh.. tergelak pulak...

 Budak yang excited nak sekolah... sian dia dok termenung kat dashboard kete... Maafkan mama ye uzrei.. mama tak sengaja tapi mama terlupa je..

tengok.. masa ni pun dia taknak pandang muka aku.. aku nak snap je.. terus dia lari masuk rumah kakak aku... hehehe.. geram betullah..

Sebenarnya.. mengikut pada tajuk diatas..
Hari ni adalah hari lahir Uzrei Danial B. Mohd Azhari yang ke 5 Tahun..
Mama berdoa, Semoga anak mama menjadi anak yang soleh dan berjaya di masa akan datang.. Amin..


Psst : korang.. ada jugak ke yang terlupa yang hari ni dah mula cuti persekolahan.. huhhuhuhu

Campak-campak pun jalan jugak..

Salam... 

Hari isnin lepas aku masak simple-simple je... semua masak campak-campak je.. tak payah nak dua tiga kali tukar kuali.. sekali longgok je satu bekas.. hehehehe..

 Ok.. jom layan.. abaikan kemalasan bercerita aku sekarang ni ye..

 Ikan jenahak masak steamroll.. hahaha.. belum masak lagi... tengah tunggu nak kecutkan diri.

Dah siap masak... nyum.. nyum.. nyum.. sedap..

kepala ikan jenahak... goreng garing-garing pehtu cicah dengan kicap cili.. pergh.. mantap wei... 
meh bawa sepinggan nasi panas kat sini.. kita makan sama-sama.

Sape tau... sila komen.. hehehe

Salam...

 Korang kenal tak ni.. Ni namanya pecal...
Ada yang tak tau.. rugilah.. sedap gile pecal ni.. 
Pecal ni kakak aku beli masa balik tanjong karang hari minggu lepas.

Niat sebenarnya aku nak tanya korang ada tak korang tau pecal-pecal yang macam ni di area klang ni..
Dah banyak tempat aku cari tapi tak pernah jumpalah.
Kalau korang tau cer citer tempat dia kat aku.

Sila layan tekak ibun kedondong ni ye.. hehehe... ibu mengada-ngada sebenarnya.

Ok... sambung buat kejelah.. penat dah type lelaju ni.. babai.

Perut lapar.. hati pun tak senang..

Salam... 

Hati tak senang sebab baru dapat call dari kakak aku.. Telingga si Uzair sakit pulak.. Tu tengah menangis tak henti-henti.. Ni nak tunggu jam 12.00 nak balik rumah sekejap.. Kalau tak ok nak bawa pergi kliniklah.. Harap-harap oklah.. Risau di buatnya..

Apa-apahal layan Pulut dengan ikan masin.. Ni sebenarnya minggu lepas punya gambar.. Ada dalam henpon terliur pulak tengok gambar ni balik..

Pulut berlaukkan ikan masin.. Nyum.. nyum.. sedapnya... 
takder sambal pun takper.. kosong macam ni pun sedap...

tu yang terbaring tu uzairlah.. masa ni dia demam aku bw dia pergi klinik.. balik dari klinik lapar pulak.. nasib ada tapau pulut dengan ikan masin.. boleh gak tampal ruang-ruang yang kosong tu.. hehehe

Kat bawah layan pulak si Uzrei tengah menulis... Ni budak sekarang suka sangat belenging.. aku tanya nape tak pakai baju.. dia kata dia tak suka pakai baju.. macam-macal=mlah..

 Ntah no apa yang ditulisnya... asal ada rupa.. hehehe

Penat menulis.. dia padam balik.. dan tulis balik.. tu lah kejenya..
Tgk pembaris tu.. dari satu tinggal setengah je.. herm... kena beli barulah nampaknya..

Ok.. hati tengah tak senang.. asyik ingat anak kat rumah je

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...