air... air.. air..

Salam.. 

Tadi ada terbaca kat paper, mulai jam 8 pagi 14/3/2012 bekalan air bakal terjejas selama 36 jam.. Pada sesiapa yang belum tadah air sila tadah air sekarang... Harap maklum.. 

Nak tau lebih detail bacalah kat bawah ni ye... luar dari selangor korang takder terjejas ye.. ni selangor sahaja.



Sejuta pengguna bakal terjejas
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan NADIA SHAIFUL BAHARI


LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor.

KUALA LUMPUR – Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam bermula pukul 8 pagi esok hingga pukul 8 malam Khamis ini.

Gangguan bekalan air tersebut membabitkan para pengguna di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Ia berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor bermula esok.

LRA SSP1 membekalkan sebanyak 840 juta liter sehari (JLH) ke tujuh kawasan termasuk Gombak dan Kuala Selangor serta kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang, kawasan perindustrian Bukit Raja, Istana Diraja Klang, hospital dan kawasan yang lain.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som (gambar kecil) berkata, kerja penyelenggaraan tersebut meliputi penggantian Sluice Valve bersaiz 800 milimeter bagi pam nombor tujuh di Rumah Pam Air Mentah (RPAM) loji tersebut dan penggantian Delivery Sluice Valve bersaiz 1,350 milimeter di pam sama.
Psst : aku dah suruh en. suami aku tadah air.. huhuhu.. en. suami siap nak beli tong air pulak.. persediaan awal perlu.. esok jadi ke tak jadi air takder.. yang penting dah ada persediaan awal.
__._,_.___

17 comments:

  1. jgn tak mandi lak gi opis yeak ekeekekekek....tu le kak, lieya ni better takde letrik lagi dari takde air...payah gak nak buat keje kan....

    ReplyDelete
  2. kena tadah air tu..klu takde letrik takpe lg ni klu takde air blh jadi parah..huhu..

    jemput singgah blog terbaru suami

    http;//www.pelaburemasperak.com

    ReplyDelete
  3. kene cari tong lah balik ni...

    ReplyDelete
  4. alamak!! nak kena tadah air ke? atau dah terlewat nih!! tq.....

    ReplyDelete
  5. sediakan tong sebelum air xda...heheheh

    ReplyDelete
  6. Kakak dengar juga berita itu di radio IKIM pagi tadi. Ramai yg terlibat tu RK... susahnya tak ada air... banyak sangat jadi banjir pulak...

    ReplyDelete
  7. maka saya akan tinggal sementara di rumah mertua di Nilai..ekekeke

    ReplyDelete
  8. kena balik awal ni...bagi alasan kt bos..nk tadah air utk mandi esok/basuh baju/masak/beristinjak dan yg sewaktu dgnnya....:-)

    ReplyDelete
  9. Leceh kan takde air..semua kerja pun tergendala..huhu..

    ReplyDelete
  10. susah kalo tkde air kan..huuu...

    tp fieza skrg ni lg pnting letrik dri air sbb risau kan stok susu firas huhuu...air xdak xpe lg..hehee..

    ReplyDelete
  11. susah kalo tkde air kan..huuu...

    tp fieza skrg ni lg pnting letrik dri air sbb risau kan stok susu firas huhuu...air xdak xpe lg..hehee..

    ReplyDelete
  12. sape ada anak kecik susahla takde2 air ni..tapi xpe..boleh tadah..kalau takde letrik lagi jenuh..

    harap2 bile air dah ada air tak keruh la kan

    ReplyDelete
  13. baru bace surat kabar..nasib baik kajang tak kene.huuhu

    ReplyDelete
  14. baru bace surat kabar..nasib baik kajang tak kene.huuhu

    ReplyDelete
  15. agak2 tempat ai terjejas tak?

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...