Salam...
Just nak tanya koranglah.... Kalau korang ada credit cardlah kan.. lepas tu berdentum dentam dekat 10 agent insurance call, nak memperkenalkan diorang punya insurang... ini baguslah.. itu baguslah... sampai satu tahap TV pun nak diinsurancekan.. kononnya bila tv tu rosak nanti makanya adalah insurance untuk cover.. hailah... korang boleh terima ke sampai idea TV pun nak diinsurancekan.
Aku pun taknaklah TV aku rosakkan.. Ni kau tahu orang ni ada credit card.. dan.. dan.. memacam insurance ko nak promotekan.. Kalau satu credit card hard limit baru rm 4K.. Kalau dah satu insurance potong rm 100.++.. Bila dah dikalikan dengan 10 insurance tu.. berapa baki pulak yang tinggal... pehtu tiap-tiap bulan nak menghadap membayar ansurance insurance yang dipotong setiap bulan pulak ye..
Ntah bila masa pulak nak guna untuk keperluan lain pulak.. silap-silap nak guna untuk bershopping pun takder.. Asyiklah nak bayar ansuran bulanan insurance tu nanti... Dah ada satu insurance nyawa tu oklah.. takkan satu orang nak dekat 10 insurance pulakkan...
Aku kekadang fedup dengan agent insurance ni.. Ada je idea diorang nak promote insurance ni.. Dari insurance nyawa (Takperlah perlu setiap orang tu ada) Sampailah ke insurance yang ntah apa-apa ntah.. silap2 insurance underwear koyak pun akan ada nanti... Macam manalah boleh muncul idea-idea macam tu ye.. Agaknya orang dah bosan nak amik insurance dengan diorang.. tu yang muncul idea macam ni...
Kalau dapat orang yang jenis yes... yes.. yes.. dapatlah ko deduct dari credit card orang tu.. Kalau tak dapat orang yang jenis yes.. yes.. yes.. ni ko nak melenting pulakkan.. Agent ni ingat diorang ke yang berkerah tenaga cari duit tetiap bulan tu.. ingat orang nak bayar insurance je ke kejenyer.. benda lain tak yah fikir.. kang bayar benda2 macam tu.. silap-silap duit nak makan pun takder... ada fikir... diorang seronok dapat komisyen... tuan punya credit card tu yang kayap asyik nak bayar ansuran bulanannya nanti...
Yang aku bengang tu.. bila aku kata tak setuju.. boleh dia nak tinggikan suara kat aku.. pehtu dengan nada tak puas hatinya.. sebab suami aku dah setuju.. hellow... aku ni isterinya tau.. ada hak nak tolak kalau perkara tu tak leh diterima logik akal... takkan aku nak buta-buta ikut setuju jugak... apa guna isteri di sisi suami.. kenalah si isteri tu berfikir untuk kali kedua untuk sisuami.. dah aku rasa tak leh nak terima logik akal lagi kau nak bengang ye...
Aku ni bukan nak queen control ke apa.. nasib kebetulan credit card tu aku yang pegang.. kalau tak.. maulah buta-buta je insurance tu potong kat kredit card bila dah dapat no kredit card tu.. pehtu bulan-bulan kitorang suami isteri yang sakit nak membayarnya.. Dah pakai benda yang memudaratkan ni.. kenalah fikir banyak kali nak terima tawaran.. kena guna dengan bijaknya.. jangan nak main tarah je.. nanti tak memasal makan nasi dengan garam je..
Oklah.. sampai sini saje aku membebel pasal kredit kad ni... ni untuk pengajaran bersamalah.. memang ada baik buruknya kredit kad ni.. kita sebagai penguna kena fikirkan dulu sebelum membuat sesuatu yang boleh menjerat diri kita..
babai.
saya pun malas nak layan benda macam ni...:)
ReplyDeleteCC kakak guna just sebab tak nak bawa cash banyak, lagi pula kalau jenjalan sendiri tanpa abang tak bimbang keputusan duit. Utk insurance pendidikan kakak biasa bayar 6 bulan sekali, insurance kerete setahun sekali. TV bagai tu kakak tak adalah...
ReplyDeletekadang malas nak angkat telefon sebab benda inilah.
ReplyDeletetak suker CC....depa ni pomot jer lebey...kang nak membayo nangissss!!
ReplyDeletememang fed-uplah dengan ejen insuran ni... :(
ReplyDeletesy pun malas nk melayan sis.yg 'sakit' nye kite..yg hip hip horeyy nye dorang..maka sy tanamkan azam..bijaklah berbelanja mngikut keperluan bukan nafsu mau pun ikut-ikutan..hehehe :)
ReplyDeletecakap sahaja NO, dan blah terus/letak fon. Tak guna layan agent insurans/MLM, sebab mereka mmg spesis muka tembok.
ReplyDeletehuhhuhu...angah kad kredit pun tarak...
ReplyDeleteTerus terang cakaplah .. KC got not time utk layan benda2 camni. menyampahhhh sgt2 walaupun KC faham tu mmg cara diaorg cari makan tapi memang malas nak layan lah.
ReplyDeletekalau sampai nak tinggi suara tu melampau..dah la nak kita bayar komisyen dia..nak paksa paksa pulak.. geram!
ReplyDeletekadang2 memang annoying ngan sales people ni...
ReplyDeletebila kita tak nak - bleh plak nak marah kat kita balik
hak kita lah sebagai pengguna.... nak ke tak nak...
tu yg kekadang juga - iols lazer kan aje...
dah cakap elok2 tak nak
tapi degil jugak nak paksa
CA selalu potong jaa.... kata sibuk. Letak .. malas layan
ReplyDeleteSkrg nie bukan aje dari syarikat insuran tah mana2 syarikat call offer macam2 benda laa.. kdg2 boring jugak.. cam tak de benda lain laa nak layan dia org punya citer.. adess sabo je laa..kan..
ReplyDeletememang selalu dpt call camgini... tapi biler dia sebut INSURANCE jerr.. terus I kata.. "sorry, I tak berminat" then dia pun kata ok! hehehe.. :D
ReplyDeleteEh..Eh..Eh..pandai2 pulak nak tinggikan suara..sedap dia jer dpat komisen ker hapa2 lepas tu... yg kita ni bengkok nak bayar...
ReplyDeleteitulah yg terjadi kalau butir2 diri disebarkan..
ReplyDeletedekat shopin komplek pun selalu ada org mcm ni... lagi-lagi kat Giant... dia tunggu je lepas keluar cashier... belanja lebih rm100... free insuran 3 bulan... hari tu hubby saya dah angguk nak ambil... sekali saya baca 'free 3 month'... terus saya kata tak nak... masa tu gak promoter tu membebel 'bagi free pun tak nak'... mmg saya bising balik la 'abis lepas 3 bulan nko nak bayar?... suka hati dia je nak force org ikut cakap dia... tak suka la... :(
ReplyDeletelieya tak tau le kak..sbb lieya tade cc...cik abe jek pakai....ingat ari tu nak pakai, tapi cik abe kate jangan heheehehe.....tapi nanti2 tu tak tau le terpakai gak kot haahahahah....
ReplyDeleteeh lupe lak...kalo pasal insurans tu, insurans medical ngan pendidikan jek lieya tau...tu mmg amik le tuk keluarga tp tuk cc tak reti la kak....
ReplyDeletesalam kenal..
ReplyDeletebaru semalam saya ngadu ngan hubby pasal dorg nie..asyik call naik tension pulak..
tak pernah layan.. terus cakap sibuk & tak berminat
ReplyDeleteAs RK,
ReplyDeleteMarya dah terminate cc yg tak perlu, skrg ni tgl satu je utk kes2 emergency! Kalau Marya dulu terus ckp xnak & ckp dah ade..hehehe...