Serban

Ronda2 Raya ke3...
otw nak kerumah paklang aku..
si uzrei sibuk nak pakai serban abah aku...
jadi inilah hasilnya setelah abah aku lilitkan serban diatas kepala dia...







Wesport, Port Klang

Semalam di westport jem teruk..
sebab berlakunya excident di selekoh highway dari westport menuju ke highway kesas dari jam 3.00 ptg hingga jam 7.30 petang..
naik bengkak lutut aku sebab asik tekan clutch n minyak je... sampai sekarang pun masih terasa..
aku dengar citer driver lorry tu meninggal kat situ jugaklah sebab tersepit..
antara punca utama lamanya jem masa tu disebabkan pihak berkuasa nak mengeluarkan mayat yg tersepit tu.. dan termasuklah jugak driver2 yang kurang penyabar yg suka menyelit bila ada ruang kosong... (tulah yang paling aku tensi bila ada org yg suka menyelit kat celah2 jalan) so masa aku tenggah layan jem & bercampur tensi aku pun sempatlah snap gambar kat bawah ni..
nilah diantara gambar yg sempat aku snap...
tapi gambar lorry tu takderlah aku sempat ambik..
aku sampai je kat tempat kejadian jalan dah clear semua kenderaan yg terbabit dah ditarik...




lihatlah bertapa jemnye jalan di westport bila berlakunya excident..





ni gambar dari cermin sisi kete aku... hehehe






pic ni pulak aku otw dari opis adik aku nak balik kerumah (star cruise)

Nota Matahati : berhati2 semasa memandu dijalanraya...






Gelagat di pagi raya

nilah gelagat si abang di pagi raya.. macam2 gelagat ada..
ni aksi apa pun aku tak tahu.. korang layanlah tenggok gambar ni ye...
layanzzz..............


Panjat kusyen kat umah moyang dia... sungguh nakal


Takut org ambik songkok dia...


Merajuk... huhuhu




Bunga Api

Apabila si uzrei dapat main bunga api...?

haa... beginilah gelagat si uzrei bila dapat main bunga api.. sampai tak toleh kiri kanan..
gembira sungguh... rasa macam dah besar je...
masa ni kitorang berada di rumah mak mertua aku di hutan melintang... tahun ni aku beraya disana... jadi setiap kali malam raya mcm nilah rutin kitorang...












Layan gambar

hari aku takder nak update apa2 so aku masukkan gambar naik buai n cukur rambut si uzair danish yg dah lama terperuk dalam camera aku... byk lagi gambar yg aku nak masukkan tapi tak sempat maklumlah musim raya ramai tetamu datang rumah... jadi ni jelah yg sempat aku masukkan.. untuk bagi korang layan...



Sesi berendoi




Sesi cukur rambut





Marhaban




Rojak


abah n mak (abah baju hijau n mak tudung cokelat) bersama paklang n maklang belah mak aku..
masa ni raya ketiga otw nak balik ke klang kitorang singgah ke rumah paklang aku ni..
jadi gambar ni jelah yg sempat aku amik..
jadilah untuk kenangan...



2 pics kat atas ni lak gambar danish tido cara baru...
sbb kat dada dia ada kahak so dia selesa tido dengan cara mcm ni..
sian dia.. mungkin dengan tido mcm ni dia senang nak bernafas kot..

uzrei masa ni tengah merajuk dengan aku.. hehehe..
sebabnya aku marah dia nak duduk kat papa dia..
yelah papa dia tengah drive dia pulak nak duduk kat situ..
kene marah n jentik sikit pagi pengajaran...

nota : Tajuk sebenar takder kaitan kat gambar ni...
ni sekadar untuk simpanan sahaja...

<---more--->

Selamat Hari Raya AidilFitri



Assalamualaikum

Salam lebaran dari saya sekeluarga.

Maaf atas segala kekasaran bahasa dan tiada adab budi bicara dan pekerti saya

samada secara sengaja atau tidak seama ini.

Semoga dengan kemaafan dari kalian (saudara/saudari) mendatangkan keberkatan dalam hidup saya dan keluarga.. Maaf Zahir & Batin..

Semoga kedatangan syawal ini disambut dengan meriahnya

Dari kami sekeluarga

Azhari, Aishah, Uzrei Danial & Uzair Danish



Wajah

>

Uzrei Danial







Uzair Danish





Sekadar untuk kenangan...









Kad RAYA pertama setelah 29 hari berpuasa


Setelah 29 hari kita berpuasa inilah kad RAYA pertama yg aku dapat.. tu pun sekeping je aku dapat.. jadilah ada jugak org bagi hehehe... dari takder... dapat gak menghias meje keje aku yang tak lawa mana ni... huhuhu... kad ni anak buah aku yg bagi.. ingat jugak dia kat aku..
akhir sekali klu anak buah aku baca blog ni.. aku ucapkan kat dia SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN & TERIMA KASIH COZ BAGI KAD RAYA NI... raya tahun ni aku raya kat umah pak/mak mentua aku dulu kat hutan melintang.. 2nd raya baru balik tanjong karang...

note to ain : sediakan lebih sikit duit raya utk uzrei & uzair ye.. hehehe..


spagetti goreng


Bahan-bahan:
250gm spagetti, direbus dan toskan
1 biji bawang besar kuning, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
200gm daging cincang
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh serbuk lada putih
2 biji tomato, didadu
Baby Corn, dipotong kecil
Carrot, didadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam & Gula secukup rasa
Oregano (optional)
Thyme (optional)
Parsley (optional)
Cheese (optional)

Cara-cara:
1. Tumiskan Bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu.
2. Masukkan lada hitam & lada putih.
3. Masukkan buah tomato dadu. Masak hingga hancur.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan serbuk kari. Kacau sebati.
5. Masukkan daging cincang dan masak.
6. Masukkan spagetti. Perasakan dengan garam & gula.
7. Akhir sekali masukkan cheese dan masak hingga rata.



muka aku nak Enterprem


aku bosan.. boring giler ni... pehtu keje banyak..
sbb keseorangaan kak Noor ada seminar dari jam 9 - 12 tgh hari ni...
oleh sebab aku bosan... saje je aku masukkan gambar aku..
walaupun agak kabur..
bantailah yg penting aku suka dengan muka aku yg agak2 tembam ni...


b'day kak aku yg sulung (yong)


Yong yg ketawa gumbira sempena b'day dia...


adik aku n anak yong yg sulung... sengal diorang ni...
tgklah air bandung segelas besar...


masing kata dalam hati bilalah nak potong kek ni.. dah tak sabo ni..

lepas berbuka puasa n solat berjemaah sambut pulak b'day kakak aku ke 51..
kakak aku nilah yg jaga aku dari kecik, sbb masa aku umur 7 thn aku tak duduk dgn mak aku dah.. kakak aku amik aku pehtu dok dgn dia sampailah aku darjah 6.. form 1 sampailah aku kawen baru aku dok kat ngan mak aku... dah kawen aku dok rumah sendirilah.. kakak aku ni byk berjasa dengan aku... sebab tu boleh dikatakan tiap2 hari minggu aku mesti g rumah dia...
aku sayang yong ni... walaupun masa kecik2 selalu kene bantai dgn yong... kene bantai pun sebab nakal... hahaha perkara yg aku tak leh lupa kene bantai dgn dia .. satu hari tu dia suruh beli kuih koci aku yang sengal ni g beli kuaci.. tak pasal2 kene bantai dengan getah paip.. perh berbirat badan aku... walaupun kena bantai tapi aku tetap sayang dia... aku sayang dia mcm aku sayang mak n abah aku... adik badik yg lain pun aku sayang jugak...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...