Hati

Salam..

Bergembiralah... lalalalala...

 

Hoore! Hoore! Lyrics

Mari kita mari kita
Bergembira tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan goyang kaki
Hoore hoore hip hip hoore
Hoore hoore hoore hoore
Hip hip hoore hoore hoore
Bergembira
Bergembira ha ha ha ha
La la la la la la la la
Bergembira
[ Hoore! Hoore! lyrics found on http://lyrics.my ]
Goyang pinggang goyang badan
Jangan malu dan segan
Kuat lompat jangan rapat
Biar cepat jangan lambat
Jangan sampai terperanjat
Sambil menari sambil menyanyi
Kita bersenang hati
Habis menari kita berhenti
Makan minum sudah ready
Janganlah tunggu lagi

Jom nyanyi sama-sama... lupakan kisah semalam.. yang baik atau sebaliknya jadikan tauladan... moga hari ini dan hari-hari yang mendatang akan lebih indah dan terus memberi kenangan yang bermakna...

ok. babai..

Hati tersentuh hanya kerana seorang suami yang cekal...

Salam...

Aku ni masa pregnant yang ketiga ni hati ni mudah sangat tersentuh.. Bak kata orang macam kaca, Pantang tertepis jatuh berkecai. Kononnya hancur teruslah... Ke aku sendiri yang tak pandai nak kawal emosi sejak pregnant ni.. Ke sebab unsur-unsur umur dah meningkat bak kata orang nak bermanja lebih.. hehehehehe

Tapi serius aku nak beritahu korang.. Bila aku dok menung sensorang mesti airmata nak mengalir je.. Kekadang kat opis depan computer pun nak meleleh airmata tanpa tahu apa benda yang aku sedihkan.. haish... mengada-ngada betul emosi masa pregnant ni.. Jangan nanti anak aku lahir nanti dia cepat jugak meleleh macam mama dia pregnantkan dia sudah... Haru nanti... 

Kenangan semasa Kak Fauziah masih sihat

Semasa kak Fauziah terlantar sakit.. Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan abg abil

Citer pasal emosi.. Last week Ex-bloger kita cikpah ada tinggalkan satu pesanan kat messages facebook aku.. Tidak berjanji dengan cikpah cuma memberitahu bila ada kelapangan akan aku buat satu entry dan dimasukkan link kisah abang abil yang bagi aku seorang Suami yang tabah, cekal dan sangat-sangat penyayang. Yang sanggup menjaga isterinya yang secara tiba-tiba susah nak bernafas dan dari pengesahan doctor yang hampir keseluruhan otak isterinya tidak berfungsi lagi... Aduhai mesti luluh perasaan Abg abil masa mendengar apa yang doctor jelaskan.. Aku yang membaca kisahnya pun tak henti-henti mengalir airmata masa membaca setiap bait penceritaan tu. 

Tak perlulah aku ceritakan panjang lebar mengenai cerita abg abil dan isterinya.. Takut pulak ada yang tersalah cerita.. Kalau korang rasa terpanggil nak membaca cerita ni.. Korang bolehlah klik kat Warkah Buat Isteri (Abil4fauziah)

Kepada abg abil semoga ketabahan abg abil dalam menjaga kak Fauziah dapat memberikan ikhtibar kepada para-para suami dan bakal suami diluar sana. Semoga dengan kisah ini kasih sayang diantara suami isteri akan bertambah lagi.

Hanya yang maha Esa saja yang dapat membalas segala perngorbanan yang telah abg abil berikan kepada kak Fauziah. Semoga Allah S.w.t memberikan kesihatan yang lebih baik untuk kak Fauziah dan juga abg abil bagi menjaga kak fauziah sepanjang masa.. Amin..

Roti canai

Salam..

Alhamdulillah...kenyang perut hari ni...

 Sarapan pagi ni satu dua keping roti canai "untuk orang berbadan dua mestilah kena dua keping.. " hehehe.. ayat nak tenangkan hati jekan.. sebab selera makan dah membuak2 tapi yang peliknya malam mesti tak makan nasi.. hanya minum milo je.. mungkin anak ketiga ni suka diet kot.. hahaha.. ayat tak boleh blah kan..

ni saje nak tunjuk gambar matahari tengelam masa kat bukit melawati ahad lepas.. cantik tak.. cantikkan.. hehehe.. sendiri puji... wahahaha..

ok.. babai...

Matahari tengelam..

Salam 

Ahad (21/4/12) yang lepas aku ikut en. suami pergi Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sebab ada buat cerapan hilal (Tengok anak bulan) untuk pengakhiran Jamadil Awal dan masuknya Jamadil Akhir . Sambil en. suami buat cerapan hilal.. Bolehlah aku bawa dua hero tu jenjalan sambil tengok lotong. 

Layan jelah gambar2 yang ada kat bawah.. tak banyak pun gambarnya.. Gambar banyak dalam facebook je.. Gambar yang dalam ni pun yang ada kat dalam henpon aku je.. Jadilah buat kenangan kan.

 Adik aku yang berposing dengan di depan rumah api.. Sambil minum air.. rasa macam bersantai kat tepi rumah sendiri pulak ye..

 Dah lepak santai-santai.. perut pun dah rasa penuh terisi dengan makanan.. Boleh bawak hero2 tu pusing bukit melawati.. Ni uzrei tengah berusaha nak bagi lontong makan kacang panjang.. Kalau korang nak gi sini.. Baiklah stanby bawa kacang panjang siap2.. Sebab kat sini seikat kacang panjang yang dah siap dipotong2 tak sampai sejengkal harganya seringit.. Jual kacang panjang je kat bukit melawati ni pun dah banyak untung..

 Lotong ni.. mula-mula aku ingatkan tak boleh nak berjalan.. rupanya tu taktik dia je.. dia malas nak gerak jauh-jauh.. Tapi dia buat2 macam dia lumpuh. Jadinya orang tumpu kat dia jelah nak bagi makanan..

 Nampak tak kuatnya kasih sayang.. dialog lotong ni... " Ko ingat ko sorang je nak bergambar.. aku pun nak jugaklah.. Dapat masuk tangan pun jadilah" hehehehe

Yang kuning tu anak dia.. comei jekan..

 Masa ni dah dekat nak gelap.. Tetiba lotong ni datang kat belakang aku.. sambil dia tepuk bahu aku.. klu tepuk bahu tu dia nak minta makananlah.. Tapi kalau kita cakap dah habis... nanti terus dia pergi.. Kiranya ni macam lotong yang bersekolahlah.. dia faham apa kita cakap..
erk... mata aku ngan lotong tu macam sama pulakkan.

 Masa ni matahari dah tengelam pun.. tak sempat amik gambarnya... dapat tengok kemerahan langit pun cantik jugakkan...

Rumah api yang dah bercahaya..

 Kat atas ni diorang tengah setting alat untuk tengok anak bulan..

 ntah apa bacaan diorang.. tak faham aku.. 

 En. suami tengah nak amik gambar anak bulan... tapi tak berjaya..

 Sebenarnya.. masa ni boleh tengok dengan mata kasar anak bulan tu.. tapi kena pandang tepat2 ke sasaran tu.. sebab anak bulan tu dia punya garis adalah sehalus benang.. halus sangat.. 

 Keadaan kat tempat tengok anak bulan masa tu.. masa ni kitorang dah boleh naik tengok.. nilah 1st time aku tengok anak bulan dengan mata sendiri.. selalu tengok gambar.. memang rasa sangat Bersyukur..Disebalik tenangnya jiwa tengok matahari tengelam.. tengok anak bulan pun rasa macam.. wah.. bertuahnya...

Ps : Gambar anak bulan takdo.. camera henpon tak canggih... Malas nak upload dari camera godang...

ok.. babai

bergebang ke morib di pagi hari..

Salam...

Seminggu sebelum jatuhnya sabtu dan ahad. Kat peti surat rumah aku dapat notis dari TNB yang mengatakan dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang 21/4/12 bekalan elektrik terpaksa diberhentikan sementara. Sebab ada keje-keje pemasangan yang berkaitan akan dijalankan..

Dari dok lepak kat rumah.. aku pandang muka ko, ko pandang muka aku. En. Suami pun ajaklah ke morib bawak anak2 jenjalan sekali. Seawal jam 9 pagi dah keluar rumah nak ke morib.. Sampai sana dalam jam seploh pagi.. Takder benda menarik pun kat sana.. Bawa anak-anak main belon yang macam berpistol tu je.. bagi diorang happy sikit.. erk.. aku rasa happy banyak kotkan...

Tenggok jelah gambar kat bawah ni.. Semuanya gambar bebudak ni main belon je.. Sebab tak lama pun lepas sana.. Dalam 1 1/2 jam je.. Tetiba tak lama lepas tu hujan turun dengan lebatnya.. Terpaksa memasing masuk dalam ketekan... lepas tu baru fikir nak kemana...






 Apalah yang en. Suami aku tembak tu...

 Macam-macam aksi
 Uzair Danish yang ceria.. DAn si Uzrei Danial kengkonon macam nak tembak penjenayah.. aku ler tu..


 Masuk kete en. suami ajak pergi Bukit Jugra tempat dia selalu buat cerapan Hilal (tengok anak bulan) Aku ingatkan bukit jugra tu macam bukit melawati, Kuala selangor.. Sekali ko hamik.. Curamnya ya Allah tobatlah aku taknak naik dah.. Boleh aku nak termuntah dah masa tu.. Pehtu boleh aku cakap kat en suami. "kalau dapat buat tengok anak bulan kat sini jangan pergi dah"  pehtu dia jawab " haish... sesuka hati je.. Kalau pihak jabatan dah suruh nak buat camnerkan"

 pehtu masa nak turun bukti tu.. en. suami betul2 berhentikan kereta kat palang besi tu.. masa tu aduhai.. jantung aku rasa nak melompat keluar sebab takut sangat.. entah.. aku ni masih fobia dengan kenangan lama kot... kalau anak aku berdiri lama kat tepi tangga pun aku leh jerit suruh turun cepat.. inikan pulak tempat yang tinggi dan curam..

Tapikan memang scarylah.. bayangkan dah lah tepi lereng tu takder divider pehtu ada jirat cina lak.. sepanjang lereng tu aku boleh tengok curam yang tinggi sampai kat bawah. Tapi pada yang dah biasa tu.. mungkin dah anggap benda ni biasa jekan..

ok.. babai..

WW

Salam...

 less...........................................&(*_)_(*(^&$#%@(&


Lunch tadi...

Salam... 

Dah petang baru nak updatekan.. petang-petang macam ni barulah dapat membuahkan hasil. Bukan sebab sibuk dengan kerja.. Tapi sibuk dengan mata.. Lagi mengadap computer lagi cepat pulak mata tu nak lip (tido)..  

Ni cerita lunch tadi.. Orang sibuk gi cari makanan. Aku dengan Cik Ina (fasha@memon) dan kak noor sibuk pergi mencari ikan segar untuk dibawa pulang petang nanti. Nanti petang bolehlah masak santapan yang menyelerakan untuk seisi keluarga..

Saksikan aksi panas di sekitar kedai ikan segar pulau indah, Klang.

ikan-ikan segar yang baru naik dari laut... semuanya besar-besar..

Aku bersama sang sotong yang besar.. 

Dan juga bersama sang ketam..

Nak tau citer selanjutnya bolehlah melayari blog cik ina (fasha@memon) ye..tupun kalau dah updatelah.. sebab lebih detail kalau cik ina yang update.. aku ni kira update asal ada je.. hahaha.. dasar pemalaskan..

babai..


Bornday uzrei yang lepas... tapi baru hari ni nak diraikan di sekolahnya...

Salam... 

Salam ceria salam penuh dengan hati yang tulus ikhlas.. chewah... ayat kalau tak mempoyo memang tak bolehkan.. kalau tak mempoyo tu mesti tak ceria agaknya.. hehehe

Ni kes bila anak dah sekolahkan.. Walaupun hanya kindergartenkan.. tapi yelah anak-anak ni dah pandai memintakan..Lagi-lagi pulak dapat mama yang asyik nak postpone jekan.. Nasib tak postpone sampai masuk tahun baru.. Kisahnya baru-baru ni yang kawan uzrei ada buat potong-potong kek kat sekolah tapi dia tak buat-buat lagi. Padahal dah potong kek pun kat pizza tapi takderlah besar-besaran pun hanya kitorang sefamily je pun..

Dan disebabkan aku ni seorang mama yang penyayang.. Chewah.. tak nak kalah tu... Dan demi taknak menghampakan perasaan kanak-kanak sebesar uzrei.. Jadinya aku tempahlah kek kat UCUBakery (kiranya ucu ni bakery faberet aku lah ni.. hehehehe.. kak ni ayat bodek tau)
Tapi sebelum tu aku tepek gambar masa kitorang makan-makan kat pizza hut.. tu pun permintaan si uzrei ni jugak.. kan.. bebudak ni dah pandai meminta-minta.. mana yang boleh ditunaikan.. insya Allah aku akan tunaikan.. ikut kemampuan akulah.. selagi tak melebih dari kemampuan tu selagi tu aku ikhtiarkan.. 
 
en. Suami sibuk melayan anak-anak.. Si uzrei tu sibuk nak memilih makanan lagi.. padahal dah siap order pun..

ni apa ntah nama dia.. masam betul.. aku yang tekak payau pun tak lalu sangat nak makan... orang lain tak tahulahkan..

Garlic Bread... ni uzair sorang je yang makan..

Ni kek pizza je.. apa nama kek ni pun aku dah tak ingat.. ater dah sebulan baru nak buat entry kan... mana nak ingat...
Tapikan aku rasa aku ada amik banyak gambar masa ni.. Tapi gambar pizza pulak yang takder.. serpihan pizzan yang tergolek kat tepi pinggan belakang kek tu adalah.. jadilahkan..


Tapikan sebelum uzrei dapat kek seketul tu.. aku ada bagi syarat kat dia.. kalau nak kek kena rajin tolong mama kemas rumah.. kejam tak aku.. alah tak kejamlah kan ni langkah2 pertama untuk mengajar anak-anakkan.. sekarang ni lelaki ke perempuan ke semuanya kena tau basic mengemas rumah.. baru lah senang mama nak goyang kaki.. erk.. mama ke.. ke bakal menantu aku pun senang jugak.. hehehe.. dah berangan pasal menantu.. Sape ada anak perempuan yang comei lotei.. meh hantar borang..

alah.. takder lah kejam sangat pun keje yang aku suruh buat.. sapu sampah je.. puncanya dia g sepahkan cekedis mamee dia.. masa tu aku baru nak letak vontot kat sofa tetiba berterabur cekedis mamee dia.. apa lagi terus aku surh dia amik penyapu sampah...

Ntah betul ke tidak dia menyapu tu.. mana yang dia nampak je dia sapu tu.. 

Ha... kau siap terkangkang-kangkang dia menyapu... penyodok ngadap lain.. penyapu ngadap lain.. kat mana masuknya sampah tu nak oiii...

Ha... teliti tak uzrei menyapu, siap bawah karpet tu pun di selaknya.. cepat-cepat korang hantar borang.. kang melepas pulak dapat menantu yang rajin ni.. Senang anak dara korang nanti.. hehehe

Disebabkan uzrei dah rajin menolong mamanya.. dapatlah dia seketul kek ultraman atas permintaan dia.. 

Nilah hasilnya penat lelah uzrei mengemas rumah.. dapatlah kek sebijik... hehehe... penat lelahlah sangat.. akhirnya aku gak yang amik tugas menyapu sampah tu balik...  tapi pagi tadi ada permintaan dari uzrei pulak.. Dia nak suruh aku potongkan kek dan suapkan ke mulut dia.. Tapi tak bolehlah nak oiii.. mama kerjalah.. lain kali ye sayang..

Uzrei nak kek Ultraman Taro.. Tapi rupa Taro tu pun aku tak pernah tengok.. aku cakap kat UcuBakery asal ada rupa ultraman jadilahkan.. hehehehe.. Tapi petang semalam aku bawak balik rumah.. aku tunjuk kek ni kat dia.. Terus dia kata " mama..... ni bukan ultraman tarolah.... " aku.. " alah bolehlah ni asal rupa ultraman" 

Dah 5 tahun umur uzrei... Harap suatu hari nanti uzrei menjadi anak yang berjaya dan soleh. Dapat membanggakan keluarga dan tak lupakan jasa kedua ibubapanya.. amin..

Tak semestinya membalas jasa ibubapa dengan wang ringgit.. Sekadar ingatan darinya pun dah mencukupi.. Adoi... syahdu pulak buat ayat macam ni.. automatic aku rindu mak & abah aku kat kampung... Nak balik jugaklah hujung minggu ni..

ok.. dah siap update.. babai.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...