Coupon

Salam..

Just nak share ngan korang.

Mana tau lepas berbuka tu rasa perut kosong lagikan..
jomlah lelaju pergi ke pizza hut sementara ada coupon free.


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Wordless Wednesday Ramadhan

Salam

Hoyee...
dah raya dulu..
rendang ayam dan nasi impit..

ABC homemade again...
wallaa... puas hati..

babai...


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

ABC dan tepung magic terbaik..

Salam...

Masih awal pagikan.. harap korang boleh bersabar.. maafkan aku sekiranya entry ni membuatkan korang terasa penuh mulut dengan ailio...  sebab tu awal-awal aku nak minta maaf.. supaya tak ada rasa bersalah huhu...

Semalam berbuka dengan ABC homemade...
en. suami yang sediakan.. lagi 15 minit nak berbuka... beria-ria.. dia mengisar aisbatu...
siap ada aiskrem dan cokolat rise... 
kenyang minum abc je lah semalam..
terima kasih en. suami..
bahan-bahan semalam ada lagi dalam peti ais kan..
petang ni buat lagi ye...

Makanan yang ada..
berselerak no rupa meja ni.. 
ada ikan bawal masak taucu..
bawal goreng
satay... teringin sangat...
sup sayur..

Air sampai ada tiga jenis kan...
ni dah jadi pentamak.. hahaha..
Horlick tu balance sahur semalam..
Sirap cincau
dan ABC lahkan... 
meriah betul dengan air..

Sotong goreng tepung yang marveles...
memang sedap tepung untuk mengoreng segala macam benda ni...

last week aku ada beli tepung magic kat suriamanda 
memang tak menyesallah beli dengan dia..
memang terbaik tepung ni..
aku goreng awal dalam  1 jam.
tapi bila waktu berbuka.
tepung ni tetap jugak garing...

Nilah rupa packaging tepung tu.
kalau korang nak order. korang boleh ke blog suriamanda


Oklah.. mohlah buat keje.. 

sekian

babai..

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

ramdhan yang lepas...

Salam...

Abaikan tajuk ye...

Mata mengantuk tahap gaban.. aduhai.. sebab dah jadi habitkan bangun sahur terus lah sampai sekarang tak tido. padahnya kat opis ni mengantuk tahap nak buka mata pun boleh.

ni pun nak update menu ramadhan yang lepas je pun.. heh... macamlah korang kesahkan... hehehe..
korang layan kan jelah ye..

Sebelum kiter bercerita kisah makanan..
minggu lepas balik kerja tak sampai separuh jalan.. tengok kenderaan kat depan semua berhenti.
rupanya ada jammed. jadinya cari jalan alternatif konalah ke jalan dalam kampung. masuk situ.. dalam hati hoyee.. gembira.. sebab lajujer.. sampailah ke simpang Taman perumahan Laguna Park, Pulau Indah.. terus sedey balik.. sebab kenderaan semua stop.. huhuhu... dah lah niat nak masak special sikit.. special lah sangatkan...

Keluar dari traffic light laguna tu.. sekali jalan buka untuk dari westport je dah buka sampai 3 lorong..
hoyee.. dah laju sikit... alhamdullillah. tapi waktu ni pun dah jam 5.45 petang... bertawakallah...
en. suami soh beli je kat bazar.. tapi aku ni bukan boleh.. mula2 berkobar nak beli.. tapi nanti dah berdiri depan gerai bazar tu.. terus dalam hati.. takperlah masak sendirilah.. hehehe.... 

Ayam percik.
Tapi nasib baik sempat jugak nak masak...
terhasillah ayam percik kat atas tu..
tu gara-gara menengok ayam percik kat blog si niezzareena 
sebabkan terliur tu yang tetap nak masak untuk berbuka petang tu..
nasib baik sempat..

Bukan ayam percik je..
en. suai request nak makan sambal bilis petai..
gigih jugaklah isteri mithali ni masak sambal petai...
untuk isteri jugak.. hehehe... 
lebihkan petai.. memang sape yang masuk toilet lepas tuan makan petai ni. kena pakailah mask.. hahaha

Buat pulak togei campur cendawan butang.
masak air je.. untuk anak2..

Herm.. Alhamdulillah..
diberi kerajinan lagi untuk memasak..
esok, lusa tak taulah..
hehehe.. entah-entah.. lauk tunjuk je...

ok..

sekian 

babai.


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Roti lapis bakar berkeju

Salam..

Alhamdulillah.. masih berada ni ramadhan yang ke sembilan.. Semoga diberi kekuatan untuk hari ni menjalani puasa pada hari ni. Semalam ada beberapa permintaan untuk resepi Roti lapis bakar untuk entry yang INI.
Terima kasih pada yang meminta resepi yang tak seberapa ini. mehlah aku tunaikan permintaan korang.

Roti lapis bakar berkeju..
jangan dagu yang berlapis lepas makan roti bakar ni sudah..
wahaha... mau menangis.. sebab baju raya tak muat.

Bahan untuk inti
4 keping daging burger (dihancurkan) @ daging kisar
8 kuntum cendawan butang segar
2 biji kentang
1 sudu besar rempah kari @ pes tomyam
1 biji bawang besar, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang

Bahan penting
10 keping roti
6 biji telur
230 ml susu fresh milk
Serbuk lada hitam secukupnya
1 cawan parutan keji cheddar

Caranya

Inti ~ Panakan minyak, masukkan bawang merah, putih, halia. tumis sampai naik bau. masukkan rempah kari@ pes tomyam. kemudian masukkan daging burger @ daging kisar  tumis hingga naik minyak. masukkan kentang dan cendawan butang. tambah air kalau rasa perlu. dan masak sehingga kering.
Untuk buat lapisan roti ~ Lapiskan roti dalam loyang @ pemangang ajaib. bancuh telur dengan susu fresh milk. kacau hingga sebati. dan curahkan ke atas roti diikuti dengan inti yang siap dimasak. dan tambah parutan keju pada setiap lapis roti dan inti tadi. ulang untuk lapisan berikutnya sehingga selesai.
Jika ada lebihan cheese tadi bolehlah letak diatas sekali. Bakar sehingga keemasan atau mengikut selera anda.. ada suka garing, ada suka lembab-lembab sikit. Terpulang.
Selamat mencuba ya.... sedap dimakan dengan sos dan mayonis. tapi tak leh diamalkan selalu.. bertambah lemak kiri kanan... kang tak muat baju raya lak.

Babai..

Sekian.

Nor Aishah
http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Ramadhan 34567 hari ni masih kosong.

Salam...

ni lah padah bila dah tak tau nak letak tajuk apa untuk entry. blasah jelah tajuk yang ada kan.. asal ado.. hehehe.. ni pun entry nak adaptasi kenangan untuk ramdhan tahun nikan.. jadinya aku rimpunkan dari puasa day 3 ke day 7.. tu yang jadi Ramadhan 34567..

Masa ni aku nak amik anak2 kat rumah pengasuh. sampai-sampai je aku kat rumah pengasuh.. aku tengok uzrei tengah tido terbaring kat atas lantai rumah kakak aku. erm.. aku tak derlah paksa dia puasa pun. tapi hari tu dia kuat pulak. aku tanya kakak aku samada uzrei ada minta nak buka puasa tak. tapi dia tak minta pulak. mungkin lemah tu yang terbaring kat simen. kot dapat sejukkan badan yang lesu. teringat masa aku zaman budak-budak dulu.. macam ni jugaklah caranya bila rasa dah tak larat sangat.. memang baring kat lantailah jawabnya..

Petang tu terus masak tomyam puteh. faberet si uzrei danial. bagi dia happy sikit.. 

goreng beberepa ketul ayam..

dessert magga paling sedap kot aku rasa.
sebab aku ni bukanlah peminat mangga ni..
tapi mangga ni bos anak buah aku bagi. asal dari pakistan.. memang sedaplah
setiap tahun bos anak buah aku memang bagi semua pekerja dia mangga ni.
disebabkan suami-isteri kerja tempat yang sama. diorang dapatlah dua kotak.
memang sedap.

 
kek butter  ni pun ada..
baking school kat opis yang bagi.. satu bagi kakak aku.
rezeki kan jangan ditolak..

ni masa hujung minggu..
berbuka dengan family kat kampung.
masak lemak daging.
pindang ikan kembung
dan kuih muih..
masak sikit je.. takut membazir.

ni pulak menu hari isnin..
aku buat roti lapis bakar...
sebab memang teringin.. hehehe.. nafsu puasa asyik kata teringin je kan..
semuanya nak teringin...

rupa lepas di pangang mengunakan pemangang ajaib..

Hasilnya... x sempat nak letak dalam piring..

Sebab dah asyik masak roti lapis bakar.
menu simple je aku buat untuk makan dengan nasi.
sardin tumis dan daging burger goreng..
daging masak lemak tu aku perhangatkan lauk hari ahad kat rumah mak aku.

dan ini menu semalam...
aku buat nasi ayam simple je...

ok.. dah habis..

sekian entry sekali hadap aku... mintak maaf semuanya pasal makanan ye.. tapi takper awal lagikan... kalau terliur cecepat istigfar...

psst : petang ni nak masak sambal bilis petai pulaklah... 

babai..





Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Ramadhan 2.

Salam..

Bestkan bulan puasa macam ni.. segala mood datang walaupun letih berpuasa. macam akulahkan.. kalau bulan biasa.. masak boleh kira berapa kali je dapur aku tu berasap. tapi bila bulan pose ni rajin lak nak berasapkan dapur aku. Pepagi je dah fikir apa nak masak..

Semalam aku borak dengan anak-anak buah aku kat whatsapp. tanyalah nak masak apa bagai.. Sambil tu tengok blog-blog koranglah... tapi tak tinggal jejak.. hehehe... ternampak ada ikan siakap steam.. terus aku dapat idea.. hehehe.. tu lah bagusnya berblog nikan... dapat pahala orang yang share masakan dia tu..

anak buah aku tanya nak masak apa hari ni,
terus aku cakap nak masak ikan bawal steam...

tengok tu ayat sedar diri dari aku...
Bulan pose leh masak.. tapi hari biasa asyik makan kat kedai je..
nasib baik sedar diri.. kalau tak sedar-sedar jugak tak tahulah kan.. hehehe

Jadinya semalam.
terjadilah ikan bawal steam berlimau..
aku campak-campak je kat dalam kukus tu... 
korang tengok pun tak berselerakan.. hehehe...
ikan naik tengelam dengan lobak...
tapi sedap betul lobak tu... manis je... 
apatah lagi ikan bawal tu kan.. secukp rasa
pedas berdesing...

Pehtu goreng lak taugeh hijau ni..
campur ngan cendawan butang... 
kuah kasi lebih. untuk anak-anak.
anak-anak aku makan kuahnyer je..
penat dok ajar makan sayur tu..
tetap tak suka... 

Ada gak lauk lain.. 
tahu goreng bersambal.
dengan ikan bawal goreng dua ketul..
tu untuk anak-anaklah..

Puasa ke2 di bulan ramadhan 11/7/2013

sekian

babai..



Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Uzair Danish.

Salam...

Gambar dah lama ni.. baru teringat nak update ke blog.. Sepatutnya birthday Uzair danish 28/6/2013. Tapi tak sempat nak belikan dia kek. last week baru free nak buat kek dia.

nilah kek untuk Uzair Danish.
Snowcheesecake..
tapi kek ikut tangan orang yang takder senilahkan.. yang penting air tangan mama dia.. mih.. mih.. mih..

yang over si abang.. macamkan kek dia je...
bagi dorang happy joy... joy..  je...
diorang bukan faham sangat punkan... 
abaikan keadaan yang dibelakang tu ye...

Tengah menikmati cake air tangan mama..

Selamat hari lahir yang ke 4 tahun Uzair danish.
mama doakan semoga menjadi anak yang soleh,
taat kepada orang tua,
dan berjaya didalam hidup.

Menu berbuka malam tadi. 
semuanya masak sendiri.. tak der beli kat bazar pun
sebab en. suami dah tak benarkan...
banyak yang ke mulut tong sampah dari mulut yang membeli.. hehehehe...
jadi sebagai isteri yang taat.. chewah.. korang jangan geli ye...
aku pun mengikut perintah je lah..
cuma... wah.. ada cuma pulak lagi...
aku beli air tebu je kat bazar ramadhan semalam..

Sekian...

babai..

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...