Hishop

Salam..

Ramai dah mengunakan perkhidmatan soping dari Hishop.. Aku pun tak ketinggalan jugak. Lagipun setiap pembelian dari Hishop akan dapat hadiah percuma dan jugak baucer pembelian.. Takkan nak lepaskan peluangkan...

Baru sampai pagi tadi... cantik kotak hishop ni... 

Untuk permulaan ni.. aku saja test beli dua item ni dulu... 
trykan... ok nanti.. baru beli yang lain pulak..
pemerah pipi (blusher) tu murah sangant rm16.90.. hehehe.
untuk pembayang mata-mata (eyeshadow) tu pun murah jugak rm20.90

Aku tak bayar direct online.. tapi aku buat cash on delivery.. bayar atas tangan lagi senangkan... kalau Hishop terlepas pandang nak antar pun aku tak kesah.. hehehe.. tapi kesah jugaklah.. sebab murah.. 

sape yang dah try soping online dengan hishop ni..best tak? bagi aku memang bestlah.. hehehe... tapi bukan soping kat hishop ni je bestkan.. kat soping online kat mana-mana yang ada dalam alam maya ni memang bestlah... tak yah susah payah nak keluar. harung panas bagaikan... 

oklah..

sekian

babai..

Tempat : pulau indah
Tarikh : 29/8/13

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Membuka rumah untuk tetamu..

Salam...

Hujung minggu lepas aku ada buat makan-makan sikit untuk rakan-rakan dan saudara. Tahun ni buat kat rumah kakak aku. yelah rumah selang berapa buah jekan. buat sekali harung je senang. kalau buat asing-asing ada dua keje pulak. penat pun tak habis lagi. dah kene merewang untuk rumah lagi satu.. jadi eloklah kita sekali kan sahaja.. next year kalau ada rezeki buat kat rumah aku pulak ye. 

Ada buat lemang jugak. dalam 30 batang.. alhamdulillah tak tinggal sebatang pun..

Daging masak hitam... 

Ayam masak merah..

Daging masak rendang cili api..

Jelatah yang sendang diproses.. takder gambar yang proper.. abaikan persekitaran yang ada ye...

antara hidangan untuk tetamu...

Kuih muih... 

Ada live band dari anak-anak buah... saje je dorang nak asah skill untuk battle of the band september nanti... kat mana aku pun tak pasti.. hehehe...


Tetamu hari itu... K. noor dan HKL... serba biru..

member opis .. syafiqah

HKL lagi bersama anak2

Tetamu lagi..

dan tetamu lagi...

rakan-rakan dari tempat kerja lama.


Terima kasih pada tetamu yang datang ye.. jangan serik untuk datang lagi.. jika layanan tak memuaskan.. hehehe...

Sekian

babai..

Tempat : pulau indah
Tarikh : 25/8/2013



Sebab nak cepat.. tapi lain yang terjadi..

Salam....

Petang semalam balik dari kerja je.. terus ajak en suami pergi bukit tinggi klang nak cari puting susu si Usyair Darwisy.. Bila dah beli terus ajak en. suami balik rumah. Malas nak singgah makan memana sebabnya kakak aku dah bekalkan ayam masak kicap masa balik amik darwisy kat rumah dia.

Jadinya nak cari jalan mudah. aku suruhlah en. suami ikut jalan bandar puteri klang. konon nak elakkan jem kat flyover nak ke banting tulah.. sekali hambik.. aku lupa yang flyover kat bandar puteri tu tutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan.. Nasib baik mood en. suami baik.. tetiba aku nampak dia keluarkan smart TAG dari dashboard.. aku pun malas nak cakap apakan.. sebab dah terang aku salah.. aku dok diam jelah....

Aku pun biar jelah dia drive... Tup.. tup... dah sampai ke seksyen 9 shah alam. teruslah singgah ke Restoran Syed seksyen 9. Terus dia suruh aku tapau nasi beriani dan roti nan cheese.. herm... aku ingatkan nak makan kat situ je.. tak yahlah nak kotorkan pingan mangkuk belanga kat rumah.. hehehe.. dasarkan... pefemafalasfaskanfan.. hehehe...

Aku memang suka beli nasi briyani kat sini... memang kene dengan selera aku.. korang aku tak taulah.. hehehe

Dua kotak nasi bukhara briyani ayam...
ayam ditimbuni dengan nasi.. tu yang nampak banyak nasinyer...
ada telur kari, acar buah dan kari dal..
huh... nak habiskan sekotak nasi ni pun payah.... 
dalam plastic kat belakang tulah ayam masak kicap.. kakak aku bekalkan..
hari ni boleh buat untuk lunch..

Nan Cheese untuk Uzrei, Uzair dan Usyair...
tapi tetap membedal nasi briyani aku dan en. suami..

Nilah kesnyer konon nak elakkan jem.. tapi lagi jauh pulak perjalanan yang dapat.. tapi takper.. dapat gak makan nasi briyani yang aku idamkan dari bulan pose hari tu... terima kasihlah pada jalan yang telah ditutup tu.. dah nama rezekikan... alhamdulillah..

sekian

babai..


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Motif!!!!!

Salam..

Keboringan hari ni... mata pun tersenguk-senguk... erm..... kena tgk benda berwarna warni...

Warna-warnikan... 
hilang sket ngantuknyer..

siap tarikh lagikan...

oklah..
nak sambung buat keje...

sekian 

babai..

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Kuew Tiow Sup...

Salam..

Last week kawan en. suami nak datang beraya kat rumah kami. Sebabnya datang masa weekdays kan. aku buat menu ringkas, pantas tapi yang pasti boleh meleleh air hidung.. hehehe... Seperti biasa gambar tetamu aku lupa nak amik.. ai is maluew... wawawa.. kalau keluarga sendir takper... lagipula diorang bukan tau pun aku ni pemblogger tegar tak tegar.. hehe

so disini aku cerita tentang masakan yang buat untuk hari itu lah ye... aku sertakan gambar bersama caption sekali senang..

Aku letak gambar ni dalam FB... siap ada yang tanya aku buat open house ke..
huhu.. tak gamak aku nak hidang open house gini je rupa makanannyer...
silap-silap kang tak cukup..
ni aku buat makan2 dalam 7/8 orang je pun... 
ni jelah yang aku mampuy masak waktu bekerja ni..
nak yang special.. kene datang hujung minggu lah ye..

gambar ni aku amik pun sebelum tetamu datang... 
seperti yang aku kata tadi..
aku kan pemalu.. 

Kuew tiow.. yang dah siap dicelur

Sup untuk kuew tiow..
segalanya ada kat dalam sup tu.
fishball, isi ayam, karet, tomato, sayur dan lelain.. 

Bahan sampingan.. penyedap rasa kot...

dan cili kicap...
cili kicap nilah yang buat air hidung tetamu aku meleleh malam tu..
kesian gak aku.. tapi aku gak yang kejam..
aku dah tau cili tu pedas tapi aku tak bagitau kat tetamu tu..
sekali member letak cili kicap tu banyak2 dalam mangkuk dia..
merasalah tersedak-sedak sampai keluar air hidung..
maafkan saya ye tetamu... 
ingatkan awak tahan pedas.

Tarikh : 16/8/2013
Tempat : dirumahku


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Chewable Vita-C


Chewable Vita-C

kebaikkan chewable vita C

~ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.

~ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

~ Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

~ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

~ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

~ Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

~ Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

~ Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

~ Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

~ Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

~ Merawat jangkitan saluran kencing. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Berminat sila email, whatsapp or sms saya.

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

SET DIET SIHAT , LANGSING DAN MENAWAN




1 - Lecitin ~~
Membantu memecahkan lemak. Apabila lemak dipecahkan kepada molekul2 kecil, proses pe-nyah-kan lemak dari badan boleh dilakukan dengan lebih efektif. Lecithin bertindak lebih baik jika anda mengamalkan senaman secara konsiten.


2 - Omega Guard ~~
Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR


3 - Alfalfa untuk Kurus ~~
Alfalfa, juga berfungsi dalam menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka masa panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang mnyerap kolesterol.


4 - Cinch Shake or ESP
(terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate)
Ini rahsianya, Ya... Protein secara semulajadi mengurangkan selera makan. Ia memelihara otot dan membakar lemak. Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.


5 - Cinch Tea. Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

Berminat dengan set Diet, sihat dan langsing ini. anda boleh hubungi saya. saya sedia membantu anda.

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Sos Carbonara..

Salam..

Pada yang meminta. Kakak alam maya mu ni nak tunaikanlah.. Harap resepi ni dapat memikat hati kamu.. chewah... ni dah feeling syok sendirikan.. mementanglah ada yang bertanya.. tetiba feeling chef dah...


ni siap beserta gambar lagi aku letakkan.. mudah bagi korang nak cari bahan nanti.. tak pun print je gambar ni. bawaklah g tesco, giant ke kedai 1 malaysia ke. tapi kalau kedai satu malaysia takut tak jumpa je.. sebab semua lambang sama je.. hehehe.. 

kat bawah ni resepi beserta cara sekali ye...

Resepi mudah dan main blasah je..

2 sudu Olive oil (rm8)
1 biji bawang Holland (ditpotong dadu) (rm0.50)
3 biji bawang putih (dipotong dadu) (rm0.50)
1 kotak susu Fullcream (aku guna ducthlady) (rm8)
1 tin krim ayam dan cendawan (brand kimball's) (rm4)
1/2 cheese cheddar (aku guna Cheddar Cheese kraft) (rm7)
1 tin cendawan butang (rm6)
1 pek Chicken slice (aku nak guna udang asalnya. tapi takdo.. ku blasah guna chicken slice ni) (rm7)
1 sudu lada sulah (rm4)
1 sudu blackbaper (rm1.00 pek)

(edit ~ letak price coz ada yang bertanya. harga tu pun angaran ye.. tak cukup duit sila g atm ye.. hehe)

Pasta
1 packet pasta brand San Remo

Caranya....

Panaskan kuali anda, tuang dua sudu olive oil. dah panas masukkan bawang holland dan bawang putih. tumis sampai naik bau. agak dah kekuningan cantik.. masukkan susu fullcream dan krim ayam dan cendawan. kacau sehingga sebati. dah sebati masukkan blackpaper n lada sulah. kemudian masukkan kesemua cendawan butang dan chicken slice. akhir sekali masukkan cheddar cheese. kacau sampai cheese cair dan agak2 dah mengelegak boleh lah ditutup apinya.. dan bolehlah dihidang panas2... erm.. sedapnyer..

jadi ginilah rupanya.. agak2 ada yang suka lagi likat.. biarkan dia kering sikit ye.. 

Psst : aku tak boh garam tau.. sebab masa aku rebus pasta dah letak garam. dan bila dah letak chedar rasa semuanya dah cukup.. tapi kalau korang suka masin bolehlah tambah sikit.

Selamat mencuba ya...

sekian

babai.


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Tetamu pertama dirumah ku..

Salam...

Citer raya 1st hingga ke 6 tak buat lagi.. tetiba nak citer pasal tetamu pertama yang datang kat rumah aku lakkan.. yang lelain tu nanti dululah.. kasi citer ni dulu ye.. hehehe... eksaited kononnyer... 

Semalam tengah dok buat keje.. tetiba anak buah aku mesej kat FB kata nak datang rumah aku. Aku pun kata datang jelahkan.. hehehe... Plan kat dalam kepala nak masak nasi bagai untuk tetamu yang hadir.. wah.. hadir ye... macam ramai sangat je yang nak datang... Plan nak masak nasi bagai tu macamlah dalam esbok penuh dengan bahan basah.. padahal dari balik raya hari tu pun tak sempat nak beli lagi. 

Jadinya lepas balik keje semalam aku pun pergilah ke kedai yang biasa.. nak beli kat situ jelah kan senang.. sekali kedai tutup.. hadoiii.. pergi kedai yang lelain.. semua barang-barang yang ada macam layu je.. tak semangat aku nak beli...

Sudahnya sampai rumah aku terus ajak en. suami pergi Econsave pandamaran. Beli jelah barang kat sana.. nak jugak beli ikan atau ayam untuk masak. Sekali pun.. sedey... je aku tengok... tukar planning lah.. masak carbonara jelah ye.. senang baitu... lagipun tak sompek nak masak memacam.. sampai rumah pun dah 7.15. buat apa yang patut.. teruslah masak... nasib ada anak buah aku baru sampai. dialah tolong-tolong aku.. herm... semenjak assistance aku ni dah kawen.. tak der dah pembantu peribadi.. tetiba rindu saat itu... hahaha... poyoskan...

Oklah... banyak dah aku berceloteh kosong ni.. bosan je kang korang kan... 

Tetamu tu dikalangan ahli keluarga aku jugaklahkan...
walapun dah bertemu kat rumah mak n abah aku.. berkunjung kat rumah sendiri lain rasanya..
lebih rasa meriah dan mesra gitu..

Tudung coklat tu yang datang awal.. dialah yang tolong2 masak..
tengkiu ye along..

Yang hitam kuning ni yang request nak datang umah aku.. 
jadninya bagi memenuhi permintaan anak-anak buah tersayang.. makcik yang penyayang ni on jelahkan..


Kakak sulong ku.. kemain glamer mengaya tudung..
aku pun tak pakai tudung gaya gitu...

Abaikan jari tu ye.
tu jari Uzrei Danial.
Konon nak peacelahkan.. tapi termasuk satu jari je..
lagi satu jari tak sempat...
pasta yang belum sempat digaulkan dalam sosnyer..


Sos carbonara yang yummy...
Licin... aku sempat rasa dua sudu je..
alhamdulillah... rezki diorang dan rezki aku jugak...

sekian 

babai

Tempat : My home sweet home (Pulau Indah)
Tarikh : 14/8/2013

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...