Air buah nenas & menu makan malam

hari ahad en. suami pergi mengukur tanah kat sempadan nogori
masa mengukur tu en. suami mengukur kat ladang nenas..
jadi tuan ladan bagilah 2 biji nenas kat en suami..
sebenarnya 3 biji tapi lagi sebiji abang ipar aku dah bedal kat ladang tu awal2.
jadi yang bawak balik hanya 2 biji jelah.

bila en. suami sampai rumah dia suruh aku buat air buah nenas
tapi aku tak sempat buat hari tu.. semalam baru aku sempat buat.
balik2 keje terus je aku buat

nilah buah nenasnya

 aku rasa ni nenas madu kot

dah siap buang kulitnya dan hidung nenas
(kalau korang tau selain dari hidung nenas orang panggil ape ye
aku panggil hidung sebab ada mcm bulu kat situ)

dah siap dipotong kecil

dicampur dengan gula

bila gula dah cair baru masukkan air dan tunggu hingga betul2 mendidih

nilah hasilnya air nenas aku

nampak tak isi nenas yang suram kat dalam cawan aku ni

dan akhir sekali menu makan malam aku
sup ayam + cendawan & ikan jenahak masak sambal cili api
memang meletops sekali bila dihidang bersama-sama air nenas..
dah tak pandang kiri kanan dah..
terus melantak je..

~kalau bulan puasa mak aku mesti buat air buah nenas ni untuk berbuka
nyaman je bila minum..
tak lama lagi dah nak pose fuh tak sabarnya....~

cheese tart air tangan aku

hari minggu adalah hari yang gigih aku buat cheese tart
bukan apa ni pun permintaan dari kakak aku 
dia kata dia nak makan cheese tart puas2.. sebab selalu aku beli kat kak ina mail je
tapi hari tu dia nak makan puas...
jadi aku pun gigihlah membuat cheese tart 
tapi pic penghasilan cheese tart tu takder ye..
aku malas nak snap sebab aku nak cepat siapkan semua 
cheese tart tu.. lagi pun tak sedap badankan

korang tgk pic yang dah siap oklah ye.. 
kalau pic yang dah siap ni lagi merembeskan.
resepi macam korang boleh lalu kat blog kak ina mail

lorekan ni hasil tangan aku
almaklumlah tangan aku ni tak berseni jadi inilah hasil lorekan tu..

hasil lukisan ni pulak..
hasil kerja tangan adik aku..
budak ni ntah macam mana dapat idea nak buat muka orang
tak gamak aku nak makan.. sedih pulak cheese tart ni

yang ni pun hasil tangan adik aku jugak
maklumlah orang memang dah tangan lukisan
lukis apa pun jadikan...

ok tu hasil citer cheese tart aku hari ahad lepas..

Roti jala

salam..
xtvt memasak hari minggu.. dua hari aku tak masak nasi..
makan je apa yang ada sebab badan tak sihat sangat..
bagus kali ni aku demam jatuh hari sabtu ahad..
takyah susah2 nak amik mc hari bekerja..

oleh kerana badan tak sihat..
aku telah membahagikan kerja memasak kepada dua bahagian
bijak tak aku..
bagi bahagian kuah serawa durian aku yang masak
sebab senang je nak masak serawa durian ni
campak je durian, santan dan gula dalam periuk
pehtu kacau sampai dah masak..

ni gambar serawa durian aku


ni pulah bahagian kedua..
untuk membuat roti jala..
hehehe.. saje je aku bagi keje ni kat kakak aku..
almaklumlah rumah dekat je.. tu yang boleh bahagi keje jadi dua..
tgk dia bancuh roti jala dengan 2 1/2 kilo tepung..
nasib baik kakak2 aku yang lain ada datang malam tu..
kalau tak 3 hari 3 malam nak menghabiskan roti jala tu

jadi inilah hasil roti jala air tangan kakak aku

ni dah tinggal separuh je tepung yang belum dilayarkan ke kuali..

tangan gebu simontel kakak aku..
abaikan tepung2 yang berselerakan kat tepi dapur tu ye.. 

 rupa roti jala di atas kuali.. cantik tak...
hasil si montel ni memang cantik.. semua roti jala yang kakak aku buat
sama montel dengan dia...

note : tu saje hasil roti jala.. hasil menikmati takde ye
tak sempat nak snap pun bz melantak roti jala.. hehehe

berbaloikan hasil keje yang dibahagi kepada dua..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...