Jalan2 Klang Parade

Sabtu lepas memandangkan aku tak jadi balik kampung.
diatas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan..
Lepas je aku antar kereta kat Pusat service EON.
Citer antar kete ke pusat servis EON tu nanti aku citer ye..
aku n family pun pergi jenjalan ke Klang Parade..
tu pun bukan aku nak pergi sangat pun..
dah memandangkan aku menumpang orang 
terpaksalah ikutkan.. kang memandai ajak balik tu kete orang pulak...
jadi kena sedar diri sikitlah... 
walaupun hati runsing memikirkan keadaan kereta dan fulus yg bakal keluar..
nasib baik semua nyawa selamat

citer di klang parade pulak ye..
masa kitorang sampai aku terus ke ruang legar..
sebab aku sendiri takder tujuan nak kesana..
aku follow jelah mana diorang nak bawa akukan..
sekali kat ruang legar klang parade tu mcm ada function tau..
function tu adalah sempena EXOTIC SALE & HOLIDAY IN GREEN 
kitorang pun berlegar2 kat kawasan tu tengok apa benda yg menarik kat situlah..
masa tu ada beberapa gerai pameran yang oklah utk bawa anak2..
antara gerai yg lama kitorang singgah Sudoku Malaysia dan Malaysian Association Creativity & Innovation.
lepas tu ada siap cabutan bertuah lagi tau..

jadi kat bawah ni aku masukkan gambar2 semasa kat klang parade ye..
 Stage Exotic Sale & Holidays in Green
Kat gerai Sudoku.. tgk diorang tenggah ralit menjawab Sudoku..
betul2 menguji minda.. nasib diorang ni boleh jawab 
soalan Sudoku.. tak Clear sgt...
cabaran mental bongkah2 yg dah diceraikan kena susun supaya menjadi bentuk bintang..
terrer anak buah aku ni.. sekejap je dia buat.. aku lak naik pening nak pikir mcm mana
dah nak siap jadi bentuk bintang...
mcm2 bentuk bongkah yg ada kat situ utk menguji mental kita..
Ni pulak no cabutan bertuah aku...
ada jugak cabutan bertuah.. korang rasa bertuah tak aku hari tu...
erm................
aku belum bertuah lagi... huhuhu ... org lain yg dapat..
dan tiba2 mc tu bagi peluang yang terakhir..
dan tanpa disangka2
hehehe.. no aku pun bertuah tau... akhirnya dapat gak aku hamper cekedis ni..
oklah tu takyahlah aku nak keluar beli cekedis anak aku.. 
dah jimat duit kat situ..
citer disebalik aku amik hamper ni kat stage...
huhuhu malu gile aku masa ni..
dahlah aku pergi pakai tracksuit dgn tshirt je..
aku rasa mesti org gelakkan aku..
aku pun tak sangka nak pergi klang parade masa tu..
sbb aku lupa nak turunkan getah seluar yg kat kaki aku..
dah macam org pergi sawah je aku rasa masa tu...
malu wey........

gerai yg aku rasa paling memberi manfaat kepada aku
mengenai program tabung warisan anak selangor (TAWAS)
memang berbaloi2 join ni..
korang daftar percuma dan selepas tu kerajaan selangor akan
makan bukakan akaun ambank dan masukkan RM 100.00
diatas nama anak korang yg lahir selepas tahun 2008
tapi dengan syarat2 yang ditetapkanlah..
jika syarat tu menepati terma dlm masa 3 hari
diorang akan bukakan akaun ambank tulah..
nak tau lebih detail korang masuk ke website ni
TAWAS
aku pun dah daftar utk anak aku yang kedua..
tapi tak tahulah menepati syarat ke tidak..
tunggu jelahkan..

korang yg ada anak lahir selepas 2008 di negeri selangor
mehlah cepat2 register...
sama2 kita kongsi manfaat ni.

3 comments:

  1. waa bertuah jugak ye..best aa..galmer kejap ye..hehe..

    ReplyDelete
  2. mamalieyna - kejap jelah glamournyer... huish.. tapi malulah..

    ReplyDelete
  3. cekedis pon dapat jugak..dr melopong x dpt pape kn..emm nk daftar ank kt kat tawas gak ler..mne tau ade rezeki..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...