Citer yg aku ambil dari email ye...
“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California .
Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil danbengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.
Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray.
Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.
Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat .”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan.
Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat .
Saya tidak pernah faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas.
Saya melihat beberapa ekor lipas sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"
huh... ngeri..
ehhmm geli tgk gambo tue.. eeee...
ReplyDeletebagus cite gini....kalau tak isi dlm blog...susah nak g cari sendiri...
ReplyDeletesuraya - memang geli tau.. tapi info kene kongsi bersama
ReplyDeletekatatauke - tulah try gak search tadi.. mmg tak jumpa
tuyang bagus blog...byk info..compare ngan fb
ReplyDeletemak aihhh...tengkiu tengkiu for da info...ishh mintak jauh...
ReplyDeletemenakutkan :(
ReplyDeletekitauke - tulah pasal.. fb byk game jekan.. blog ni mcm2 ada
ReplyDeletehanny - sama2.. tulah mintak jauhkan.. kekadang ni kita lupa..
miss lolly - mmg menakutkan..
eee...geli lak tgk gmbr tu..bc cerita tu pun geli geleman rs nya..
ReplyDeletethanks for ur info ya!