Petua : Jus Daun Betik

jom kita kongsi ilmu ni....... Petua ni aku dapat dari email yg dihantar oleh kawan aku
jadi aku rasa petua ni berguna dan elok dikongsi bersama.


Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi juga (Petua ini diberikan
kepada ibu saya oleh kawannya semasa ibu saya kena demam denggi beberapa
tahun yang lalu).

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian
tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil
jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu
sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air
yang pahit).*

Saya sendiri, ibu dan adik saya pernah mencuba jus daun betik ini semasa
kena demam denggi. Kami bertiga sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas
minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda
dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi,
walaupun demam sudah reda, saya dan adik saya masih mengalami
gejala-gejala deman denggi seperti "cramp" perut dan timbul
bintik-bintik merah. Saya pergi membuat ujian darah di klinik kerana
bintik-bintik merah penuh pada kedua-dua kaki. Doktor kata ia adalah
demam denggi kerana bintik-bintik merah itu timbul akibat bebuluh darah
pecah. Tetapi, keputusan ujian darah menunjukkan bilangan platlet berada
pada paras normal. Jadi saya tidak perlu masuk wad.

Petua ini saya ada "pass" kepada rakan-rakan kenalan saya yang kena
demam denggi. Terdapat seorang pesakit yang berumur 50-an kena demam
denggi dan telah berada di hospital selama beberapa hari tetapi paras
platlet masih berada pada paras bahaya. Selepas minum jus daun betik
ini, dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya kerana platlet
sudah kembali ke paras normal.

Petua ini sudah lama diamalkan dan ramai pernah mencubanya menyebarkan
petua ini di internet. Tetapi, perlu diingatkan bahawa setahu saya belum
ada kajian saintifik mengenai jus daun betik dalam menyembuhkan penyakit
demam denggi. Kesan sampingannya atau kemungkinan menyebabkan alergi
pada sesetengah orang juga tidak diketahui. Oleh itu, percaya atau tidak
petua ini dan kemungkinan risiko yang ada adalah keputusan dan
tanggungan pesakit sendiri. Tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan
pada ahli-ahli keluarga saya dan kenalan-kenalan saya yang pernah
mencuba petua ini.

kat bawah ni gambar yg aku amik kat mr. Google..
bagi bukti sikit.. tapi air WON LOW KAT tu aku tak tahulah air apa
sebb tak pernah minum lak..


15 comments:

  1. suka makan ulam daun betik.tak sangka pulak boleh buat jus.ulam daun betik cicah sambal belacan.penawar kencing manis gak.

    ReplyDelete
  2. kak ina.. ulam daun betik sedapkan.. klu buat kerabu daun betik pun sedap.. masam, pedas + pahit.. nikmat..

    ReplyDelete
  3. owyh..blh wat jus ye!.. tp x dapat bayangkan mcm maner la rase pahit tu.. huhu.. lebih pahit dari jamu ker? heheh

    Thanks 4 sharing! :)

    ReplyDelete
  4. Ena - tak sama rasa dia dgn jamu.. mcm pahti peria je.. sedap klu makan dgn sambal belacan

    ReplyDelete
  5. perrghh.. lalu ker nak telah pahit2 tu yer. tapi pahit tu lah yg ubat segala penyakit kengkadang tu kann...

    ReplyDelete
  6. neena - a'ah pahit tulah yg jadi ubat penyakit ni.. tapi kita selalu abaikan je..

    ReplyDelete
  7. Info yang mantap....
    Baru tahu petua nie boleh mengubati demam denggi

    ReplyDelete
  8. owyh..blh wat jus ye!.. tp x dapat bayangkan mcm maner la rase pahit tu..lalu ker nak telah pahit2 tu yer.

    ReplyDelete
  9. bie - mmg berguna info ni.. sebelum ni kita cuma tahu sup ketam je.. sekarang dah ada inisiatif baru jus betik pulakkan.. lepas ni boleh try..

    diari - 2 lah saya pun tak sangka boleh buat jus.. tapi klu nak sembuh punya pasal.. pahit pun sanggup telan..

    ReplyDelete
  10. salam kenal...trima kasih singgah blog...
    a'ah sis, jus betik nie mmg berkesan utk demam denggi...
    lagik satu sup ketam kan....
    thx for sharing tis info :)

    ReplyDelete
  11. thanx aisyah...singgah blog Jue td kn? Info yg sgt berguna menarik. Tapi Jue ni, buah betik pn kureng...inikan pulak daun.huhuhu...

    ReplyDelete
  12. jus betik tu kire oklah..ni daun ekk..bleh layan ker..buat ulam lagi better kot..nk2 ade sambal minang k.ina..mabelesss

    ReplyDelete
  13. Jue - samalah kita.. buah betik pun tak layan.. tapi klu daun betik buat ulam mmg sedap lagi2 cicah sambal belacan.. meletops...

    fad - memang sedap ulam daun betik...

    ReplyDelete
  14. Aishah, ingat x, akak kwn Kak Yong. Akak baru nak link blk dgn blog awak ni. Bagus petua jus daun betik ni. Nak tya, daun betik tu, yg muda, kecik2 tu ke?

    ReplyDelete
  15. kak shima - a'ah daun betik tu pucuk dia yg kecik2 tu.. jgn amik yang daun keras tu.. kang langsung tak terminum pulak...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...