Salam..
Selamat bersua kembali di hari selasa yang sangatlah indah ini... Badan masih terasa penat lagi ni.. Kalau hari ni pun nak cuti jugak.. Lagi-lagi Uzair tak sihat pulak.. Lagi kuat hati ni nak meronta-ronta cuti.. Herm.. Uzair ni kalau lepas lasak-lasak sabtu & ahad.. Isnin mesti tak berapa sihat.. Tak boleh nak melasak-lasak sangat si Uzair tu.
Citer pasal bidan terjun ni.. Ahad lepas berlangsunglah majlis pertunangan adik aku. Jadinya niat asal nak suruh kawan dia makeupkan. Lasti minit kawan tak dapat datang pulak. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Nak tak nak kenalah jadi bidan terjunkan.. Sesekali nak gak kena nampak lain dari yang lainkan.. Kang Orang yang bertunang sama je rupanya dengan tetamu takder kelainan pulakkan.. Kenalah touch up sikit-sikit bagi berseri...
Tupun bukan aku sorang je bidan terjun.. Sepupu yang ada pun kena jadi bidan terjun jugak tau. Biar ada 2/3 orang barulah keluar macam-macam ideakan.. Nak harapkan idea aku maulah pitam dibuatnya.. Yelah bukan aku pandai sangat pun nak mekapkan orang ni.. Ni nasib adik sendiri.. kalau tak cantik takderlah terasa sangat kalau dia merungutkan.
Hehehe.. citer je lebihkan mesti nak gak tengok gambar pengantin tu kan.. eh... kira pengantinlah ye... tak kesahlah..
Belum siap touch up lagi... gambar pun tak cantikkan.. pakai henpon je...
tak senyum pengantin ni.. Macam kena tunang paksa pulak.. hehehe
Ke... hati berdebar-debar nak tunggu bakal mak mertua sarung cincin.
Dah siap.. Touch up lipstick merah sikit.. biar bagi menyerlah...
Dah siap.. Oklah.. tak derlah scary sangatkan.. Kira kalau bakal mak merua nak sarung cincin takderlah larikan.. sebab terkejutkan..
Gedikkan... hehehe..
Ok.. tu saje citer bidan terjun..
Sape-sape memerlukan perkhidmatan solek-menyolek sila call - 019 699 tekan-tekan tak dapat... hehehe
Poyokan.. jangan marah.