Selamat bersua kembali....

Salam... 

wah..... tajuk macam tengah mengacara rancangan kanak-kanak pulakkan.. hehehe... sejak dua menjak ni sibuk betullah. Sibuk dengan persiapan pertunangan adik akulah.. macamlah aku yang nak bertunangkan nak sibuk bagai.. Mestilah sibuk sebab nak buat majlis untuk adik yang bongsu ni. Lepas ni dah takdernyer kenduri bertunang kawen dah.. Ater semuanya dah kawen.. 

Tapi nanti menunggu anak-anak sendiri pulaklah kawen.. ha.. masa tu herm.. tak taulah keadaan macam manakan.. Harap masih mampulah nak buat kenduri kendara macam sekarang.. Yelah manalah tau ekonomi masa tukan.. nak beli cincin sebentuk je  1 gram dekat rm 500-600 cuba bayangkan kalau sebentuk tu dekat 3-4 gram kali kan pulak dengan rm 500 - 600 tu.. mesti sebentuk cincin je dah cecah rm 2,000 - 4,000.. aduhai.. tu baru cincin sebentuk je.. belum lagi hal-hal kendurikan.. Ececeh... dah melalut ker kawen anak aku pulakkan.. Takper anggap melalut tu untuk perancangan masa hadapan...

Ni kisah semalam... Ater aku ni dekat sebulan dapur aku tu tak berasap.. Bukan tak masak langsunglah.. tapi masak air je selalunya.. makanan semuanya beli.. tak tahulah seimpton-simpton mengandung ke atau memang malas nak masak.. hahaha.. senang citer nyerlahkan... 

Tapikan... bila selalu sangat makan yang beli ni jekan.. rasa muak dan jemu pulak.. Yelah boleh dikatakan hari2 benda yang sama jelah.. Makan pun sekadar isi perut je.. Jadi semalam aku pasang balik niat kerajinan nak masak.. Yelah aku sendiri pun tak lalu nak masak yang beli ni.. Jadinya haruslah aku masak.. 

Jadinya sebagai permulaan mood rajin aku semalam.. mehlah tatap gambar kat bawah ni... masih lagi masakan ulang tayangkan.. hehehe... tu je yang aku terfikir nak masak semalam..

Sambal udang merah menyala... nampak je merah cilinya.. tapi tak pedas pun.. 

Masak lemak pulau bayam dan keledek.. 
hehehe.. sebab air lagi banyak dari sayur.. Terover perah santan pulak semalam..

dan tempe goreng.. penaik selera aku malam tadi.. kalau takder tempe ni.. maulah aku tak berselera makan.. huhuhu.. Tekak sekarang ni amat-amat2lah memilih...

Tak sampai sesenduk pun nasi yang aku makan.. Jadilah dari perut tu terbiar lapar jekan... kang tak memasal kena gastrik pulak... udang memang seketul je aku makan. Tempe je yang aku makan banyak..

Malam tadi sambil makan en. Suami aku cakap " barulah malam ni makan dengan berselera sekali.. Kalau tak nasi sepingan je tak bertambah"... hehehe..
Yelah... orang masak baliklah lepas ni.. mood masak dah ada ni tau.. lepas ni jangan tak larat makan pulak.. hahaha...

Psst : baru jam 11.05 minit pagi.. otak aku dah fikir nak masak apa malam nanti.. cer.. korang bagi idea... untuk orang yang tengah yang tengah kurang berselera makan ni...

15 comments:

  1. sedapnye kak ratu.. tengok masak lemak pucuk bayam tuh.. sayur feveret tu kak ratu.. adoi..

    memang kena masak ni nanti :)

    ReplyDelete
  2. curry kepala ikan merah, sambal belacan dan goreng ikan masin , boleh kot

    ReplyDelete
  3. wah bestnya.. tengahari dah ni, perut dah lapar dah.. hehe

    ReplyDelete
  4. bagus akak....kuat jugak nak masak tgh awal2 preggy nie...sonok tgk masing2 mkn byk kan kak...he he he

    mmg kombinasi yg cun le kak lauk pauk akak nie...ade kuah lemak putih, pastu ade lak sambal...mmg bertambah2 leh mkn nie.....

    ReplyDelete
  5. masuk bloq ko pukul 12.50 tghhari time perut tgh menjerit-jerit mintak di isi..tgk pulak sambal udang mencongkam ko tu kebaya...laparrrrr...

    ReplyDelete
  6. yummy..yummy..sedapnya tempe goreng....nak cari la petang nie...

    ReplyDelete
  7. Gandingan lauk yang sangat mantap tu. [:))]

    ReplyDelete
  8. cik ratu .. tiga2 tu KC suka. Hmmm .. tetiba teringin. hihihi.

    ReplyDelete
  9. Masakan simple tapi sedap.. :)

    ReplyDelete
  10. masak tom yam ke...hihi..samalah kita mood masak pun ke laut, asyik beli je, saya masak rajin megemas tu yg selalu buat takda mood

    ReplyDelete
  11. halamak..sambal udang..letak plak petai..fuuhh..mak mertua lalu belakangpun taksedor ooo...


    malamni buat la lauk ni pulak

    tomyam ke


    atau ikan goreng
    masak lemak pucuk manis
    sambal belacan


    attooii..lapar la plak..org dah la tengah dietni

    ReplyDelete
  12. sedapnya sambal udang tu.. memang suka sgt tu....

    ReplyDelete
  13. Dkt sebulan tak msk...sekali msk...tu dia!! Berselera teman nengoknye!

    =p

    ReplyDelete
  14. aduhai semua lauk pauk tu matchinglaaa sodapnyer

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...