Lepak-lepak bersama keluarga

Salam... 

Jom lepak makan bersama keluarga di Din TomYam, Kampung Jawa. Klang.. 

Petang semalam aktiviti yang tak disangka.. Tengah aku sedap makan mee goreng kat depan TV sambil layan Gemersik Kalbu.. Aku dapat call pulak dari Adik aku. Katanya nak ajak Mak n Abah aku pergi makan. Tapi tak tahu lagi nak makan kat mana.

Lepas je maghrib, Aku pun terus ke rumah kakak aku. Masa tu masih lagi tak tahu jugak nak makan kat mana. Tanya mak aku pulak.. Kotlah ada benda yang dia idamkan. Sekali dia jawab nak makan Nasi Goreng Cendawan. Memula aku ajak makan kat Anis Seafood, Jalan Kebun. Tapi tak diterima pendapat oleh orang ramai.. hehehe.. Sambil tu terus je drive sampailah aku terima sms dari adik aku.. Katanya nak makan kat Din Tomyam.. Jadinya teruslah berdesup kat sana.

Sampai je sana terus order makananlah.. yang tu tak yah citerlah sesi mengorder memang tersangatlah sesak.. Dengan anak buah nak macam2lah.. tu termasuk jugak dengan anak akulah. 

Terus tengok citer bergambar jelah ye..

Tanda penyambut tetamu..

Dah selamat amik order... menung pulak sambil tunggu makanan.

makanan lambat sikit.. makan pau 7 ketul.. bebudaklah tak sabar nak makan.

belah bebudak pulak.. macam-macam gaya... 
uzair ntah apa yang dipandangnya..

ok.. pinggan dan sambal belacan dah sampai... 

nasi putih bersih... 

Asparagus tiram.. sedap.. cuma keras sikit.

Siakap goreng pedas...

Cekodok udang... nasib tepung dia sedap.. makan cekodok ni je pun dah kenyang.

Menikmati makanan.. hehehe.. tak perasan pulak kakak aku tengah menyuap nasi.. kira halal lah ye dengan mata merah tu..

Akhir sekali.. mak n abah aku.. yang dah kekenyangan...

Aiks.. rupanya mak aku tengah mencapai sudu nak makan tomyam lagi.. ni akulah paksa mak aku amik gambar.. hehehe.. apalah aku ni

Ok.. tu je citer malam tadi..

Selamat bercuti ya..


10 comments:

  1. Mesti mak dulu cantik macak RK sebab raut muka sama. Sejuk pandang wajah mak...

    Makan sekeluarga walau asparagus sikit keras ke apa tapi tetap sedap:)

    ReplyDelete
  2. udang goreng tepung yg rara penah makan,yg paling sedap kat hammer bay penang.best.

    ReplyDelete
  3. montel2 lah udang goreng tepung tu...
    cam bantal peluk je tengok....

    ReplyDelete
  4. gebu betul udang goreng tepung tu...tergoda....makan ramai2 camni mmg seronok kan...kejap je licin...

    ReplyDelete
  5. lapar plak tgk mknan tuh..ish...

    ReplyDelete
  6. Wahhh meriah kak.... Ini makan besar ni... Sesekali kuar mkn camni mmg best kan kak... Alah kak mmg gitu lee kalo ade ramai budak2 ni... Suare dieorg jek kecoh satu kedai hihihi

    Selamat bercuti kak...

    ReplyDelete
  7. seronok kan Kebaya dapat bawak mak gi makan2..mak akk cukup susah sgt nak bawa pegi mkan2 mcm ni...dia tak mahu..puas lah memujuk...

    ReplyDelete
  8. meriah kak.. mkn reramai camni..selera lain sikit..laju je masuk dlm perut hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...