Sagu gula melaka @ merah

Salam...

Kalau blogwalking ke blog kengkawan masa bulan pose ni.. herm.. memacam makanan diorang keluarkan.. erk.. ngata blog orang pulak.. blog sendiri pun sama jugak.. Ni kes hari isnin tadi.. masa tu tengah ralit blogwalking sekali ternampak gambar sagu gula melaka...

Haish.... masa tengah kat opis ni lah hati melonjak-lonjak nak balik rumah terus.. masa tu jugak nak buat sagu gula melaka.. nasib baiklah kat opis.. boleh tahan lagi kesabaran tu kan.. yelah takkan semata-mata nak balik awal sebab nak masak sagu gula melaka ni.. kang bos tanya apa alasan nak balik awal.. "saya nak masak kuih sagu gula melaka bos" bantai kena gelaklah aku nanti...

Masa jam 5 petang terus berdesup balik rumah.. dalam kepala.. nak masak sagu gula melaka je.... dah tak ingat benda lain dah.. tu je yang berlegar-legar.. Nasib semuanya dah ada kat rumah.. tinggal nak bersilat kat dapur jelah... Lauk berbuka pun aku dah masak awal pagi tu.. cuma tambah ikan goreng dengan sayur jelah... Ikan goreng mesti ada tau.. tu untuk akulah...

Meh layan sagu gula melaka @ merah aku ni.. Rumah aku takder gula melaka jadi aku tukar gula merah.. sama je sedap rasanya.. tak beza sangat pun.. tapi kalau gula melaka lagi bestlahkan...

 Sagu yang dah siap masak dan dah siap masuk dalam bekas.. ni nak bagi kakak aku..
ada lagi biji-biji putih sagu tu.. dah tak larat aku nak tunggu yang lelain tu kembang.. asal dah pekat likat jadilah ye... aku je pun yang makan dalam rumah tu.. yang lelain tak gemor katanya.. pasrah...

 Dah siap letak gula merah dan santan.. masuk peti ais ni.. pergh.. sejuk je lalu kat tekak...

 Ni untuk aku pulak.. dengar je azan... terus amik kurma sebiji dan air.. 
pehtu terus sambung makan sagu ni.. tak pandang nasi dah.. yang ni aku pandang dulu.. lepas tu baru sambung ke nasi pulak...

 Keadaan berbuka hari yang ketiga.. dak2 ni tukang kacau je pun.. bukan puasa.. tapi takperlahkan.. dari dia minta masa aku dah siap makan.. baiklah dia makan sesama dengan aku.. sekali kerja je.. tak yah nak ke dapur dua tiga kali...

Muka en. suami tu macam tak puas hati je dengan aku masani.. hahaha.. lantaklah ada aku kesah..

Ok.. dah habis.. sekian
babai...

11 comments:

  1. aduh ni makan sejuk2 sedapnyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. salam..

    mmg sdp sejuk2
    bulan puasa ni dpt le
    mkn kuih, kalau x tu
    sebulan sekali dua je

    ReplyDelete
  3. Amboi kalau dah tekak tu nakkkk..mmg tak sabar2...silap2..masa masak henbeg pun duk tersangkut jer kat bahu lagi sampai tak sempat nak letak dulu....

    ReplyDelete
  4. Saya suka makan sagu ni...sedapkan masa sejuk..tengok jer dah meleleh air liur, bestnya kalau dapat jiran suka masak..he..he

    ReplyDelete
  5. Hmmm! Sedapnya macam terasa-rasa plak kesejukan sagu tu lalu kat tekak.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya menu ni.. Lama tak makan.. :)

    ReplyDelete
  7. huish..rajinnya kak ...sempat balik keja masak

    ReplyDelete
  8. serius kak!! selain tepung pelita, ni pun kuih peberet gak bulan2 pose nie..sedap jek lalu kat tekak ...lagi2 yg baru kuar esbok...uihhh sedap2....

    ReplyDelete
  9. halamak kaaakkk..
    gile terkesima baca entry ni
    kahkahkah

    keji tau..sekarang saya rasa meleleh2 air liur..hukhukhuk

    ReplyDelete
  10. Tergoda laa plak akak nengoknyaa sagu ini makan sejuk2 gitu.. kan.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...