Salam...
Sebenarnya nak citer pasal baik hati ni.. aku pun tak tahulah siapakah yang bermurah hati menyedekahkan tenaga dia membetulkan pagar rumah aku yang dah patah tu.. Dari hari ke hari aku nak suruh orang datang untuk weldingkan balik pagar tu.. tapi sentiasalah takder masa nak panggil orang datang welding.
Tapi masa hari isnin tadi lepas aku balik keje aku tak perasan lagi pasal pagar ni dah elok dibetulkan.. Cuma malam tu lepas uzrei balik dari mengaji masa aku nak manggakan pagar ni.. aku rasa senang pulak nak tarik pagar ni.. Tak payah nak angkat-angkat pulak.. Kalau tak adalah seksanya nak mengangkat pagar ni.. Padahal bukan berat punkan.. tapi kalau dah asyik tersangkut kat jalan tu.. kira leceh jugaklah...
Bila aku rasa senang automatik mata aku terpandang kat tempat yang patah tu.. wah.. dah elok terikat dengan tali hijau.. dalam hati " mesti en. suami yang betulkan kot petang tu " sebab dia suruh aku call orang untuk welding tu asyiklah tertangguhkan... dalam hati " kejap lagi nak tanya dialah "
Tapi sampailah ke sahur semalam (selasa).. masa tu en. suami dah siap-siap nak pergi keje dah... masa dia nak pergi buka pagar untuk keluarkan kereta dia.. Sekali dia baru perasan yang pagar tu dah dibetulkan.. pehtu dia pun tanya balik kat aku.. " sape yang betulkan pagar rumah kita ni " dalam hati aku dah rasa pelik dah.. pehtu aku jawab " bukan awak yang betulkan ke? " sekali en. suami kata dia tak usik pun pagar tu.. tu yang dia tanya aku.. penatlah buat kesimpulan sape yang betulkan.. last2 abaikan jelah..
Nak ucap terima kasih pun tak tahu kat sape.. Tapi tetap nak ucapkan Terima Kasih pada orang yang membetulkan pagar rumah aku ni ye.. hehe... macamlah dia baca blog akukan... ater.. dah tak tau dah caranyer macam manakan.. Pagar yang diikat tu tahan sekejap je tu.. Ahad ni kena gak panggil orang untuk welding balik pagar tu... susah betul kalau masa hujan nak buka pagar ni.. boleh lencun dibuatnya...
ginilah rupa pagar yang diikat oleh orang yang bermurah hati tu...
hailah.. sapelah gerangannyer ye...
Dari pandangan dekat... nampak kemas je ikatan diakan..
mesti orang ni kesian kot tengok mak buyung asyiklah mengangkat pagar pepagi harikan...
tapi tak berat mana pun pagar ni..
salah sendiri jugakkan kenapa lambat no nak panggil orang untuk welding balik pagar ni...
Tapi lepas ni kena cepat2 panggil.. dah macam kene perli pun ada gak.. hehehe..
Yelah siap ada orang tolong ikatkan balik pagar ni.. tak ke terasa kena perli...
kalau tak terasa jugak tu, memanglah tak der perasaan..
mentang2lah ni rumah sewa je... boleh nak buat sambil lewa jekan...
Ok.. jap lagi nak call orang untuk weldingkan pagar ni.. masa teringat ni kena terus buat.. kang lupa lagi...
ok.. babai..
haáh kan pelik juga ye siapalah yg baik hati tolong betulkan.bukan senang nk jumpa org camtu skang ni.tp apa pun...kuasa Allah kita pun tak tau kan... :)
ReplyDeleteWah! siapa la yang baik hati tu? Lilitan dia pon kemas. Hanya Allah je la yang membalas budi baik dia.
ReplyDeleteAduhai baiknya lah hati...musti jiran2 ko ni kebaya..
ReplyDeleteBaiknya hari orang yang tolong 'betulkan' pagar tu. Jangan2 tuan rumah yang datang betulkan, tak? :)
ReplyDeleteJiran akak kot? baiknya hati dia....bulan ramadhan ni dapat la dia pahala lebih..amin :)
ReplyDeletebaik hatinya org tu.
ReplyDeletesetuju dgn kak cik..entah2 tuan rumah kot kak?
ReplyDeletekalau saya dah terharu ni. haha
ReplyDeletetapi tuh la, bulan2 puasa buat baik sket kan. sama2 merasa senang. mungkin jiran2 akak kot
Syukur dapat jiran yg baik macam tu...
ReplyDeleteIngatlah, jiran yg baik ialah salah satu rahmat Allah kepada kita ;)
alhamdulillah, ada jugak insan yg prihatin..
ReplyDeletetd dgr radio, k.lumpur antara bandar yg kurang sopan kat dunia.. ;-(
Beruntung sangat dapat jiran yang baik hati.. Besar pahalanya andai kita suka membantu orang lain..
ReplyDelete