Tudung2u pilihan hati..

Salam...

Kepada pembaca blog yang kusayang... chewah... dan.. dan.. kusayangkan.. tapi memang aku sayang korang punkan... tapi tu hanya aku jelah yang tahu punkan.. sebab hati aku.. aku jelah tahu.. mih.. mih..

Ok... sebabkan aku sayangkan korang. Ni aku nak promote kat korang satu kedai online ni, yang menjual pelbagai jenis tudung dengan harga berpatutan. Kepada peminat-peminat tudung korang bolehlah click ke website ni.

Website tudung2u
tak lama lagi nak puasakan... ada beberapa minggu je lagikan...
kotlah korang tak sempat nak beli sekarang.. 
penat nak berjalan keluar dan takut tak tahan masa bulan puasa nanti..
korang click je website kat atas ni.

Kalau korang tengok gambar kat bawah ni.. Mungkin korang lagi teruja dengan tudung-tudung yang ada. bermacam-macam pilihan ada.. sampai aku pun rambang mata dibuatnya..

 Tudung instant yang pelbagai design ada...

 di antara bawal yang aku berkenan..

 Selendang/shawl
halfmoon pun ada tapi aku tak sempat nak printscreen lak...
tapi korang boleh tengok dalam website tu kan..

Anak tudung.
ada ninja, syria dan macam2 lagi. 

Kalau korang dah berkenan dengan tudung bawal atau shawl tu. mesti korang memerlukan kerongsangkan. kat tudung2u pun ada jugak menyediakan kerongsang.. memang senanglahkan sekali harung je satu tempat.. tak yah nak cari tempat lain dah.

Antara koleksi keroangsang yang ada...
memang cantikkan .. korang tengok tang harga tu.. memang marbeleskan... 

memang tak tahan mata aku dibuatkan.. naik rambang mata.. dan juling-juling dah... hehehe..

sebab korang semua kesayangan aku... 
dengan ini ada berita baik untuk korang. 

tak kiralah korang pembaca terang, pembaca senyap, pengikut ke atau bukan pengikut ke.. 
sekiranya korang berhenti lama dan membaca iklan entry blog aku ni... korang akan mendapat diskaun sebanyak 15% dengan mengunakan baucer kod dibawah. (dan akan dapat harga yang lebih murah dari harga diatas)

UZR2013

baucer ni sah 
(sah hingga 30, June, 2013)

jadi apa tunggu lagi.. jom lah masuk ke 



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Menelaah....

Salam..

Malam ni nak menelaah novel... erk... bolehlah kan menelaah novel dah. Kesan membaca Novel I love u stupid.. Disebabkan perasaan membuak... tak leh terima hakikat yang endingnya macam tu. dengan tak semena-mena aku tertekan jari membeli sambungan novel tu. My precious Iris kat Karya seni.. Alhamdulillah dah sampai.

Malam ni mulalah aku menelaah novel ni. Doakan aku berjaya mengkhatamkan novel ni.. hahaha.. overkan..

My Precious Iris.
Buku ada kat atas drawer bawah meja...
mata asyik menjeling je ni.. aduyai...
sabarlah hati.. balik karang baca kat rumah ye..

ok..

babai



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Alhamdulillah hujan jua akhirnya...

Salam....

Dah semakin kurang jerebu berkat hujan petang semalam hingga ke malam.. Bersih sikit udara.. walaupun hujan yang turun tu tidak beberapa bersihkan.. Walaupun dah kurang.. Sekolah kat pelabuhan klang ni masih ditutup.. Tetapi pagi tadi aku telah menyekolahkan uzrei.. hehehe... sebab tersalah information dengan anak buah aku. Aku ingatkan semalam dia call nak beritahu hari ni sekolah. Rupanya dia tanya aku samada hari ni sekolah atau cuti. Soalan dia tak berapa terang.. Jadi aku sangkakan yang hari ni sekolah. hehehe... nasiblah uzrei... dah dua kali terkena macam ni.. hailah... kekadang ayat bertanya tak tepat ni pun boleh jadi salah fahamkan..

Oklah... lupakanlah pasal jerebu ni ye... Harap hari ni lebih baiklah cuacanya.. jangan bertambah pulak... manalah tau kot.. kot.. ada yang pandai sangat nak buat pembakaran terbuka lagi.. herm.... yang sesak nafas kitakan... 

Moh kiter citer peristiwa mengisi perut minggu lepas... memang tak pernah kosong perut ni.. ada je benda nak dihadapkan.. kalau tak berisi laparlah pulak kan.. 

Lontong dengan rendang ayam...

kat opis aku dapat call dari kakak aku.
dia kata dia dah siap buat nasi impit dengan rendang ayam..
pehtu dia suruh aku masak kuan lodeh.. hehehe
aku lemah sikit nak masak lemak lodeh masa waktu bekerja ni.. renyah n remehkan..
banyak bahan kene potong-potong...
alih-alih.. aku beli bahan-bahannya.. kakak aku jugaklah yang kene masak.. 
hehehe... buruk perangai adik diakan..

Keledek goreng

Sabtu lepas tekak aku ni teringin sangat nak makan keledek goreng...
Pergi econsave.. dalam kepala dah set nak cari keledek je..
akhirnya hasilnyua dapatlah makan keledek goreng air tangan sendiri..
puas hati makan.. perut pun kenyang..

pasta... dengan cheese bertaburan..

ni pun last week jugak..
juadah berbuka puasa ku.

Ni hari ahad lepas..
breakfast omputih sikit... 
kenyang sampai ke petang aku dibuatnya.

Kolek nangka. (ada nama lain tak? kotlah korang ada nama lain selain kolek nangka ni)

Ni pulak kes nak balas dendam.
bukan nak balas dendam dengan orang..
tapi nak balas dendam dengan perut sendiri.
kesnya... masa majlis kawen adik aku yang lepas.
ada buat kolek nangka ni. tapi tak sempat nak merasa.. dah licin...
alhamdulillah.. walaupun masa mengundi.. makanan semua habis berkat kedatangan tetamu...
sebabkan dah licin.. hari ahad lepas kitorang masak balik kolek nangka ni.
makan bersama adik beradik... memang puaslah... 


oklah..

babai

Sekian..

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

sesak nafas..

Salam..

Cuaca yang berada pada tahap tidak sihat... rasa nak cari tempat bernafas segar pun tak der sekarang ni... sesak nafas dibuatnya.. perit mata dan tekak...


di atas gambar keadaan jerebu pagi tadi.. fuh.. kuat sungguh... sampai rasa gelap mata bila memandang ke depan... kepala pun berdenyut-denyut sakit. pening dibuatnya...

oklah.. nak pakai face mask ni...

sekian..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Perbualan kecil...

Salam...

Sabtu malam minggu lepas, aku anak beranak pergi menziarh orang meninggal di Paya Jaras. Kebetulan kakak aku yang sulong ni pun tumpang sekali naik dengan aku. Masa on the way tu. Si Uzrei Danial ni berboraklah ngan mak long dia. Borak punya borak tetiba terkeluar dialog macam ni...

Uzrei ~ mak long... nape paklong asik keje je.. tak balik-balik pun jumpa mak long. Ujei tak pernah nampak   pak long..

Mak long ~ pak long dah tak balik dah.. pak long dia keje dengan Allah sekarang ni...

Uzrei ~ owh... lamanya keje.. memang dah tak balik ke?

Mak long ~ a'ah... pak long dok sana je..

lepas tu terus dah dia tak tanya... jauh betulkan daya imaginasi bebudak ni.. yelah dia tak pernah nampak pak long dia kan.. masa Arwah meninggal pun masa tu dia baru je beberapa bulan.. tak sempat nak kenal pun.. lepas tu kakak aku ni selalu je kitorang angkut kemana-mana. solo je.. tu yang timbul idea dia nak tanya mak long dia macam tu.. aduhai...

Lepas tu kat rumah yang kitorang menziarah orang meninggal ni pulak. Si anak aku no 2 Uzair Danish tu pulak boleh tanya kat abang ipar aku. Masa tu abang ipar aku tengah baca yasin kat jenazah. dia pun dok sebelah abang ipar aku..

Uzair ~ abah... abah..

Abah ~ ye... nape..

Uzair ~ abah dah habis baca ke doa..

Abah ~ dah habis... kenapa?

Uzair ~ bacalah lagi.. nanti orang tu hidup....

Abah ~ Sampai terangkat bahu.. menahan ketawa... nasib baik kat rumah orang meninggal... kalau tak dah lama tersembur ketawanya... tak tahan dibuatnya..

Anak aku memang panggil abang ipar aku abah. mungkin dah terbiasa dengan kakak n abang sepupu diorang panggil kot..

Hailah anak... macam-macam ada dalam fikiran...

Sekian..

babai..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.


Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

roti krim 100% Whole Wheat Germ

Salam...

Hari ni mood puasa.. tengah gigih ni nak ganti puasa.. melampaukan.. dah dekat baru beria nak ganti puasa.. sebelum ni punyalah panjang masa buat sambil lewa je. sehari puasa sebulan cuti... ha.. dah dekat barulah kelam kabut nak menganti... memang selalu macam tu aku ni.. erk... nampak next week kene puasa direct 1 weeklah.  Kasi cepat sikit selesai ganti puasa...

tapi bukan nak citer berkenaan puasa pun. tapi nak citer pasal keluaran Roti terbaru dari Massimo Italian Bakers. budget macam dapat bonus 10 bulankan.. siap nak promote roti lagi.. hehehe ..

bukan apa benda sedapkan. mestilah kongsi dengan korang semua.

Semalam baru keluar di pasaran.
tapi ni aku dapat company bagilahkan... soh staff diorang rasa.
pertama sekali aku rasa memang sedap. dan aku suka...
hehehe... bukan suka sebab free ye.. tapi suka memang kene dengan tekak aku.
sedang2 je manis dia.

Ada lagi satu keluaran jugak. Yang tu flavour Vanilla. tapi diorang bagi yang flavour Strawberi je.
vanilla tu tak taulah rasa macam manakan.. harap sedap jugaklah. Lagi satu roti ni adalah 100% Whole Wheat Germ. 

Setelah di operate..
beginilah isi didalamnya...
ada cream yang putih dan cream strawberi
harga up sikit dari yang biasalah. 
yang biasa RM0.70
tapi yang ni RM0.90

mahal sikitlah.. tapi dah nama 100% Whole Whear Germ dan bagus untuk kesihatankan..
apalah salahnyer tambah RM0.20 untuk tubuh badan kitakan...

pada korang yang nak mencuba bolehlah dapatkan di kedai2 berdekatan rumah korang...
bila korang dah rasa memang tak rugilah.

Ok..

sekian

babai..



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Karipap untuk tersayang..

Salam...

hehehe.. tajuk untuk tersayang tu macam poyo jekan..

Menjelang hari sabtu je.. dalam kepala dah fikir macam-macam makanan nak buat. hari bersama keluargakan. Nanti senang bangun pagi dah takyah keluar rumah nak cari makanan untuk breakfast. sebab fikirkan macam tu.. gigihlah aku menguli tepung karipap pulak... chewah... karipap airtangan ku untuk en. suami dan anak2. lagi pula puas sikit nak makan bila masak sendiri ni.


Dia siap menguli tepung..
marilah kita mencanai tepung dan mengKlim karipap ye...
Aku ni old fashion sikit.. nak guna acuan karipap tu memang taklah.
sebab ada perasaan bila guna acuan tu. nanti bila nak goreng karipap tu akan terbuka..
padahal orang lain buat elok jekan.. aku je ada perasaan macam tu.. hehehe.
tu yang tetap guna jari jemari gebus ku...

Karipap yang dah separuh di Klem oleh jari ku..
ada kecik besar.. 
membesar seperti tuannya...

ni lah untungnya buat sendirikan...
dapatlah 24 biji karipap air tangan ku... 
tu kalau dah herot-herot tu...
sebab nak cepatlah...
risau dak kecik Usyair menangis..
masa buat karipap ni pun dah jam 11 malam..
tidokan dia dulu. baru leh mulakan operasi.

Karipap ku yang dah siap digoreng.
bersedia untuk masuk ke perut tuannyer...
anak2 pun suker.. sebab dimakan masa masih panas..

pehtu petangnya pun ulang balik goreng karipap ni..

dah lama tak tepek resepi kat sini..
ni aku nak tepeklah.. 

inti karipap.
5 biji kentang (dikupas dan potong dadu)
1 sudu udang kering
3 sudu besar serbuk kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa

untuk Pastry
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk 
garam

tadaa... tu saje resepi ku.. senang saje...

sekian..

babai..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Sudah pandai mendaki....

Salam...

Ni mood tengah rajin, memang asyik nak mengupdate blog jelah.. mood rajin ni pun dah sampai ke mood masak sekali.. kalau tak nak tengok dapur tu berasap memang payahlah.. erk.. macam masak pakai dapur kayu sampai nak keluar asap bagaikan..

Citer bab mendaki ni.. bukan lah mendaki gunung Everest yang tengah hot sekarang ni.. tapi mendaki tangga rumah je pun.. aku tak yahlah cakaplah memang tak henti2 turun naik tangga rumah tu. tapi ni dak kecik yang baru nak pandai meniti-niti tepi sofa.. tapi dah ada hati nak mendaki tangga rumah pulak... aduhai .. aku nengok pun seriau..

tapi takper aku bagi peluang sekali kat dia.. korang tengoklah gambar dia ni,,
Tengah memikirkan macam mana nak mulakan langkah pertama...

ok.. dah naik ke satu step...
aku panggil dia.. tapi buat derk je dia...
nak mendaki tu lagi penting..

Ok.. ni dah tak bolehj jadi..
aku tengok makin laju je...
cecepat aku amik gambar dia
dan bawak dia turun...

Ada hati nak panjat tangga ni.. padahal kaki tu buka kuat mana pun... 
tulah akal yang dia dapat masa demam tu... herm... nak kena pagar tangga ni.. risau aku.. 
buatnya aku tengah sibuk masak kat dapur.. dia dah sampai kat atas pulak...

hehehe...
sambung bab angin rajin aku pulak...
ni malam tadilah.. terover rajin.. lepas masak untuk dinner..
tiba2 nak buat pau goreng untuk sarapan bebudak pagi ni...
gigihlah uli tepung..
hehehe.. tapi setengah kilo jelah... 

Pau yang dah siap isi inti...
ha.. korang tau inti dia apa..
aku pakai Peanut Butter ladys choice je..
hahaha... aku nak buat pedas2 kang bebudak tak nak...
kaya.. aku lak taknak.. hehehe..
dasar... nak yang sedap jekan..
ikut tekak akulahkan...

Tadaa.....
dah siap goreng...
gebus-gebas ak...
pergh... makan panas2 ni memang sedaplah...
lelagi peanut butter tu ada coklat sekali...
minum lak dengan teh 'O' limau...
memang terbaiklah...

masuk bakul angkat sendirikan.. hehehe

oklah.. tak nak merepek dah

sekian

babai...


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

cuti hari minggu keluarga KU..



Tarikh : 1-2/6/2013
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : dimana2 saje..

Salam...

Sabtu ahad lepas takder kemana2 ... dok rumah layan anak-anak dan layan novel je sampai khatam... hehehe... nilah bahananya kalau dah mula membaca.. memang tak boleh nak stoplah... sampai en. suami jeling2 pun buat endah tak endah je... tapi masih under control lah ye... jangan sampai bersuara sudah... 

Sebab nak amik hati punya pasal.. pepagi sabtu aku bangun bancuh doh donut untuk buat sarapan.. motif buat sarapan pepagi.. sebab nak sambung baca novellah kan.. haruslahkan sedia awal2 barulah boleh mentelaah dengan jiwa yang tenang..

Sebab melayan drama Teduhan Kasih kat tv3 jam 7 petang.
aku pinjam buku kat member opis ni...
2 hari je aku dah khatamkan novel ni... padahal aku dah skip dari bab yang ehsan pergi honeymoon dengan irfa. aku sambung dari bab tu saje... tu yang sekejap je khatamnyer..


ha... gigihkan aku menguli donut..
tak banyak pun aku buat.. dalam setengah kilo je tepungnya...
buat makan aku anak beranak je... janji terisi perutkan...


Tak pakai acuan pun.. tu yang herot-herot je rupanya....
abaikan jari tangan kecik molek tu ye...
tu jari anak bujang aku... sibuk nak mengentel donut jugak..
aku bagilah secubit dua cubit tepung donut tu kat dia...
geram.. dah kurang seketul donut aku.. rugi..

Donut gebu ku... sedap dimakan dengan kopi 'O'

Siang tu teman adik aku tempah baju untuk bertandang belah lelaki pulak...
balik dari tu si kecik masham aku demam lak....
panas betul demam dia.. nasib ada standby ubat kat rumah... 
lepas dah bagi ubat... jaramkan kepala dia dengan air asam jawa yang lepas diembun...Ikut petua orang dulu2 gak... hehehe.... mungkin lepas diembun tu.. air tu sejuk kot...
semalamanlah berjaga tengok2 dak kecik ni... tido-tido ayam jelah aku...
Alhamdulillah pagi tu.. dah kebah.. badan pun tak panas dah... 

 Bila tengok dak kecik tu dah kebah...
apalagi mulakan operasi bersilat kat dapurlah... 
masak lempeng dengan nasi goreng...
pehtu tak tahu nak cicah dengan apa.. buat sambal tumis ikan bilis...
tu untuk aktiviti isi perutlah...
lepas tu sambung baca novel kat atas tu....

Petang ahad tu.. tak tau nak buat apa... 
ajak en. suami pergi rumah kakak aku. 
bersiaplah kami anak beranak... 
tapi aku tengok en. suami terus menghala ke shah alam..
aku tanya nak pergi mana ni..
leh dia jawah "entah... tak tahulah.. kita jenjalanlah"
tapi dok dalam kete je.. huhuhu....
jenjalan lah kami tanpa arah tuju...
penat dok dalam kete...
baliklah kami kerumah terus... rumah kakak aku pun tak pergi...
malas sebab dah lewat...

tulah extiviti kami cuti hari minggu lepas...

Babai....



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan. Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...