roti krim 100% Whole Wheat Germ

Salam...

Hari ni mood puasa.. tengah gigih ni nak ganti puasa.. melampaukan.. dah dekat baru beria nak ganti puasa.. sebelum ni punyalah panjang masa buat sambil lewa je. sehari puasa sebulan cuti... ha.. dah dekat barulah kelam kabut nak menganti... memang selalu macam tu aku ni.. erk... nampak next week kene puasa direct 1 weeklah.  Kasi cepat sikit selesai ganti puasa...

tapi bukan nak citer berkenaan puasa pun. tapi nak citer pasal keluaran Roti terbaru dari Massimo Italian Bakers. budget macam dapat bonus 10 bulankan.. siap nak promote roti lagi.. hehehe ..

bukan apa benda sedapkan. mestilah kongsi dengan korang semua.

Semalam baru keluar di pasaran.
tapi ni aku dapat company bagilahkan... soh staff diorang rasa.
pertama sekali aku rasa memang sedap. dan aku suka...
hehehe... bukan suka sebab free ye.. tapi suka memang kene dengan tekak aku.
sedang2 je manis dia.

Ada lagi satu keluaran jugak. Yang tu flavour Vanilla. tapi diorang bagi yang flavour Strawberi je.
vanilla tu tak taulah rasa macam manakan.. harap sedap jugaklah. Lagi satu roti ni adalah 100% Whole Wheat Germ. 

Setelah di operate..
beginilah isi didalamnya...
ada cream yang putih dan cream strawberi
harga up sikit dari yang biasalah. 
yang biasa RM0.70
tapi yang ni RM0.90

mahal sikitlah.. tapi dah nama 100% Whole Whear Germ dan bagus untuk kesihatankan..
apalah salahnyer tambah RM0.20 untuk tubuh badan kitakan...

pada korang yang nak mencuba bolehlah dapatkan di kedai2 berdekatan rumah korang...
bila korang dah rasa memang tak rugilah.

Ok..

sekian

babai..



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

10 comments:

  1. lepas ni booleh la dpt bonus 10 bulan...

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap.... nanti nak cari la kat kedai

    ReplyDelete
  3. ooo xtau lah ada roti ni.sllu mkn gardenia je.hehe

    ReplyDelete
  4. saya suka roti massimo best kalau buat sandwich. nak try roti ni lah bleh buat kudap2 kalo lapo hehe

    ReplyDelete
  5. Aishah kerja dengan Massimo ker?

    first time dengar roti krim whole wheat ni, mesti lebih kenyang dari roti krim biasa..hehehe

    ReplyDelete
  6. Bagus! Whole wheat germ utk roti ber krim...Gardenia pun tak buat lagi kan produk macam ni? ekekekekee...

    ReplyDelete
  7. nampak menarik la kak....lieya mmg selalu beli roti2 jenis inti krim gini sebab mia mija suke....dayyan pun suke, tapi die ngelat sikit laa suke calit krim ajek hahahahahha

    ReplyDelete
  8. Tak pnh try lagi.. cam best je :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...