Berhari raya.. amboi.....

Salam...

Tekak teringing nak berhari raya awal... hahaha.. kemain lagi hari raya kan... Last week pergi pasar malam beli daging tak sampai sekilo dalam 900gram rm19.00.. Teringin punya pasal beli jelahkan.. untuk makan sendirikan apa salahnya kan.. aku tak suka sangat daging kotak (yang orang selalu panggil) kat kedai-kedai tu.. tak sama rasanya.. tu bagi akulah.. hehehe.. tekak nak yang sedap jekan..

Dah beli daging jadinya merendanglah aku hari sabtu lepas.. Sekali jugak masak nasi impit.. Tertunailah hasrat hati.. hehehe.


 Rendang daging...

 nasi yang dihimpit-himpit..

Sepasang...

ni resepi aku share dengan korang ye..

Bahan-Bahan

1kg daging dipotong nipis
Segenggam cili api 
3 sudu cili kering (sbb nakk nampak merah sikit)
5 batang serai 
1 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci lengkuas 
Sedikit kunyit hidup (kalau takder kunyit serbuk pun boleh
Semua yang diatas kiter blendkan.

1 batang serai diketuk
1 cawan santan atau secukupnya
Kerisik secukupnya
Gula melaka atau kalau nak color kuning guna gula pasir
Garam
Air asam jawa (asam keping pun boleh
3 helai daun limau purut
Sedikit daun kunyit di potong halus

Cara-Cara

1) Rebuskan daging bersama sedikit air sehingga kering
2) Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sehingga daging hampir empuk
3) Masukkan santan, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi
4) Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi gunakan api perlahan
5) Masak hingga kuah kering atau ikut selera masing2


Selamat mencuba...


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

2 comments:

  1. Hmmm... kakak tengok pun tahu sedapnya Sya...
    Anak-anak mesti suka ni:)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...