sELaMat PeNGanTiN BaRU

Salam...
Minggu lepas merupakan hari bahagia buat pasangan Zul Arizal & Siti Nurshidah 
Disebabkan aku tak dapat menghadiri majlis diorang.. 
oleh itu aku mengambil kesempatan mengucapkan 
sELaMat PeNGanTiN BaRU
semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan akhir nyawa. Amin
& terima kasih diatas kiriman gOOdie Bag
walaupun aku tidak menghadiri majlis kalian aku tetap dapat...
Meriah betul barang dalam bag tu...

Diantara barang yang ada kat dalam gOOdie Bag itu..

Diorang punya tema hijau dan putih.. jadi beg ni pun warna hijau..

dalam beg tu ada cawan n air ice cream soda 
gula2, keropok n telur dah habis aku makan.. tu yang takder dalam gambar ni.. hehehe

kat bawah ni pula gambar pasangan pengantin..
gambar ni aku curi dari Facebook kawan dia (AHMAD ZAHIR MOHD ARIF)... hehehe.. jgn marah ye... 
 sbb gambar ni lawo..
Sesi berarak 

Makan beradab.
Tekun makankan.. mesti lapo sgt... 

Cek apa tu... ada benda tak cukup ke? huhuhu
Comei isteri zul ni... baik2 jaga abg ye... klu ada baca blog nilah.. hehehe
antara rakan yg hadir di majlis ini.. (GAMBAR EHSAN DARI KAK NOOR)
aku takder tau sebab aku tak pergi pun.. hehehe...

sekian..

TAMMAT

Sleepy

Hari ni hari yang betul 2 mengantuk bagi aku...
sampai tak larat nak buka mata dah ni..
tolong lah  ada lagi 4 jam lebih lagi nak balik..
tapi mata dah tak larat nak buka ni...


Neighbour

Salam..
pagi ni aku nak citer pasal jiran aku lak..
korang klu dapat jiran mcm aku ni apa yang korang akan lakukan...
aku kekadang tak tahanlah dgn kedua2 jiran aku ni... huhuhu
korang bayang diorang suka2 je sangkut toto, kain buruk, mop segala bagai kat pagar hijau kiri kanan rumah aku
aku klu diorang nak sidai baju yg baru basuh atau cadar yang baru basuh aku tak kesah..
ni kain buruk yg dah berdanau... toto yang melekat bau hancing..
sampai bau pun semerbak masuk kat rumah aku..
sampai aku kene pasang lilin aroma terapi untuk bagi ketenangan kat diri aku ni..
aku ni bukanlah jenis berkira.. tapi agak2lah klu nak sidai apa2 pun kat pagar hijau tu..
dah lah pagar hijau tu bukan kuat pun nak menampung toto yang dijemur berhari2 kene hujan panas
semata2 nak hilangkan bau hancing.. apa salahnyer ko rendam toto tu kejap pehtu pijak2 n bilas baru sidai..
ni tak berdanau toto tu.. hish aku hangin je tgk... aku ni mengenangkan berjiran je aku sabaukan hati ni..
klu idak sambil lalu ku tepis toto n kain buruk tu.. tapi aku tak lalu lak nak pegang...
korang tgk ye keadaannyer...

Neighbour A

Pandangan depan
ni kain buruk yg berdanau dah.. klu aku dah kucampakkan kedalam tong sampah..
apa salah rendam dgn clorox ke.. eeiii.. geli aku

ni pandangan tepi lak ye... (jiran A aku masa ni tutup pintu tu yang sempat snap pic ni) 
tgk keadaan rumah diorang pun dah pening...
ni lak baju apa ntah yg diorang sangkutkan.. tak faham aku... 

Neighbour B (baru je dok sini 3 bln)

Toto yang disidai berhari2 berhujan berpanaslah toto no.. sian ko..
ha... kan segala bagai ada Carpet, Mop, Kain buruk baju kelawar
semua adalah pakej... 
berpinar biji mata aku ni.. sabarlah hati...

p/s : apa perasaan korang klu dapat jiran mcm ni... huhuhu
tolong bagi advise kat aku ni.. amat2 memerlukan...


Smile Cake

Salam...
mingu lepas sambil aku dok boring2 melepak kat rumah..
dan sambil tunggu org nak pasang kipas..
tetiba angin rajin aku pulak datang..
time2 tulah aku nak buat kek..
hehehee.. mcmlah aku ni pandai buat kek..
aku namakan ni kek campak2 je...
sbb sume bahan aku tak sukat pun..
aku letak berapa je yang aku suke...
bahanyer pun dah byk yg aku ejas..
jadi ni lah hasil kek aku...

Dalam oven.. tgk kembang samacam...
gambar masa diadun aku tak amik ye...
malas nak amik.. lagipun bukan aku sukat2 pun... main tabuh je... huhuhu

Baru keluar oven... senyum je kek aku ni...
aku pun tak tahu nape dia semyum je... 
dia gembira kot dengan tuan dia ni...
Selepas dipotong... anak n suami aku begitu gembira merasa kek yg dibuat oleh ku..
wah..... skemanyer ayat... hahaha
lepas siap buat kek aku bawa anak bujang aku ni g jalan kat taman permainan
dekat je dgn rumah aku... 
tgklah sibujang ni berposing.. gembira betul dia..
bukan selalu dapat g taman... ni ikut mood aku je... 
muka yg nak bergumbira di taman...

Tag

Aku ditag oleh misscahaya
tajuk tag SEPULUH 
mau berpoluh den nak menjawabnyer nanti..
hehehe.. kejap2 lagi aku tunaikan ye tag ni...


Tension



Salam..
Hari ni aku tension sgt..
dah lah pc takleh guna sbb server down..
pehtu tu ada je bunyi langau kat sekeliling.. sabar jelah...
yg langau ni tak benti nak berbunyi ada je idea nak menyusuk jantung aku ni..
mcm takder benda lain dia nak tusuk..
nak kata aku ni busuk rasanya hari2 aku pakai perfume..
tapi langau ni memang suka nak menusuk ke jantung aku jugak..
entahlah apa yg aku merapu meraban memalam ni...
agaknya inilah akibat bila takleh guna pc kat opis ye..
tapi walaupun aku tak leh guna pc ari ni.. keje aku tetap boleh siap jugak..
harap2 langau ni tak mengacau aku minggu depan
aku nak try pulak jadi langaulah.. huahahaha
oklah aku nak keluar g UpTown Seksyen 24, Shah Alam jap..
korang klu ternampak aku kat sana nanti tegurlah ye...
cau cin cau.. layan................

Terowong

Terowong yang dihias cantik di Jepun



p/s : cantikkan terowong kat negara diorang ni..
klu aku mau hari2 bersiar2 kat dalam tu..

Swimming

Mari kita berswimming ye..
tapi takderlah kat kolam besar..
memadailah kolam plastic kat dalam bilik air rumah...
gembira sungguh anak aku bila dapat berswimming didalam kolam plastic tu...

Mari kita g Swimming kat kolam.. hehhehe
(Abaikan perut ku yg berparut tu.. sbb kene air panas... Kulit makin beransur pulih)


Sensorang je dulu kat dalam kolam ni... feeling je..
Adik pun nak join gak...
(ups... ada benda yg kene sensor lah... huhuhu)


Selepas penat berswimming di kolam... main baring2 pulak kat lantai rumah...
naik bersih lantai rumah dimop oleh budak 2 orang ni...
lepas ni seminggu tak yah mop rumah... heheheh




hAPpY BirTHdaY Kak INa

Salam.
Hari ni juga merupakan hari jadi INA MAIL
semoga kak ina dimurahkan rezki dan panjang umur.. Amin..


aPpY BiRThdAy UZrEi DaNIaL 3

Hari ni genap Uzrei Danial 3 tahun.
Tak sedar pejam celik dah besar anak mama..
mama harap uzrei akan jadi anak yg soleh
dan berjaya dalam didunia dan akhirat.
Amin..

Anakku,
Bila mama boleh memilih
Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka mama akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut mama
Engkau ikut kemanapun mama pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana mama kecewa dan berurai air mata
Anakku,
Bila mama boleh memilih apakah mama harus operasi caesar,
atau mama harus berjuang melahirkanmu
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat mama rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa mama ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan papamu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku,
Bila mama boleh memilih apakah mama berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu mama telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada mama dalam kantuk mama,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
Anakku,
Bila mama boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan mama , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan mama….Maafkan mama
Percayalah nak, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka mama
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa mama

10 sikap 'TERLALU' yg harus dihindari

Sikap 'terlalu' ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala 'terlalu' dalam diri kita.

10 'terlalu' yang membahayakan ini ialah:

1. Terlalu Manja
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.

Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka
Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet
Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif
Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.

Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh
Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.

Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjungi
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.

Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut
Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

Puding Roti

salam pagi semua...


minggu lepas tgk ina mail buat puding roti..
jadi aku pun tergerak hati nak buat puding roti jugak...
hehehe... kebetulan ada org nak datang rumah pulak..
boleh jamu diorang dgn puding roti yang aku buat ni...
rasanyer boleh tahan jugaklah walaupun kurang manis...
sebab aku tak timbang pun gula dia.. aku agak2 je..
tapi eloklah tak manis boleh elak kencing manis... ceh ayat cover
nilah puding rotinyer..
tak tengelam rotinyer... sikit sgt puding nyer..

tapi kerak roti yang kat tepi tu aku tak buang pun.. hehehe... sayang nak buang
lagipun klu ada kerak roti tu lagi sedap... yummy......... memang sedap..
bagi akulah.. heheehe

p/s : klu korang nak resepi puding roti ni.. korang jalan2lah ke rumah ina mail ni

Jusco

n3 bergambar sajork...
jalan2 di Josco taman equine jumaat lepas...
jumaat kan cuti dari dok baring2 kat rumah
kitorang pun keluar jalan2.. ingat nak jalan2 kat klang je
alih2 sampai kat jusco taman equine pulak..
so kitorang pun lepak sanalah..

Pintu masuk jusco

 
kitorang mendarat kat cute fish spa untuk mencuci daki yang berada kaki...


 
 Kakak aku bersantai dgn suami di Spa ikan

  
 Sunguh menghayati

 
tgk ikan berkerumun di kaki diorang ni... aku tak lalulah.. geli
 
Sambil menunggu diorang bagi daki kat ikan2 tu semua.. terpaksalah aku layan si uzrei ni naik motor mini ni...
tu jelah citer2 jalan2 di jusco tmn equine

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...