Mood : seDey...

Salam..

Mood adalah kelaut. Sedey semuanya bercampur aduk... Sakit tekak, sakit kepala, sakit badan, suara hilang dan sakit hati...

sape nak hiburkan hati aku sila komen kat sini.. hahaha..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Makan... Makananlah...

Salam.....

Selamat petang dan sejahtera kepada semua pengunjung Blog Ratu Kebaya. Hari ini saya ingin mengumumkan. Bahasanya perut saya kenyang.. kih... kih.. kih... Poyokan... mengumumkan dan ayat skema semacam.. cuma nak cakap perut kenyang je kan..

berbalik kepada diri aku yang asal. aku ni malas nak citer banyak.. sebab perut kenyangkan.. jadinya korang tatap jelah gambar aku ni. Ni pun berkisarkan pada kekenyang aku gak. tapi kejadiannya dah lama pun. Baru hari ni ada hati nak kongsi bersama tuan-tuan dan puan-puan.

ok.. let me speaks.. aik... silap listen.. oh.. bukan jugak.. biar gambar yang bercerita.. senangkan..  takyah aku merepek bagai nak citerkan.. lagipun malas..

Salad
Ni ntah bilalah.. aku rasa sebulan lepas kot.. konon nak diet.. makanlah salad ni..

 Durian Crepe
Orang dah berketul-ketul makan.. aku baru nak merasa.. tu pun musim durian nak sampai ke penghujung barulah aku dapat merasa.. apakan daya duduk kat tempat jin bertendang ni.. ginilah nasibnya... selalu kelambatan... silalah kesiankan...

 Model untuk hari kejadian... 
memasing menikmati kenikmatan yang telah diperkatakan.
Alhamdulillah semua mengangguk setuju dengan kehebatannya.. kekuranggan nya takyahlah diperbesarkan...
ayat... nak pawer jekan... macam ustajah....


 cekolateeee hershey's
dah seminggu ke sebulan dok dalam laci.. barulah tuan badan memuliakan diri menyedekahkan coklat ni kat kami...(kami tu tambak rerakan kat atas tu ye)

 Ni semalam.. jam 11 pagi aku dah mengigil kelaparan.. pergi dapur opis takder benda nak makan dah.. stock2 untuk orang kelaparan aku takder... Buka peti es... milo je ada.. bedal jelah.. asal lapik perut... lapik ke?

 Kejadian makan hari ahad..
bangun pagi perut lapar.. Uzrei pepagi dah mintak lempeng.. maklumlah tekak orang kampung macam mak dia... Roti salut telur tu.. untuk en. suami makan jelah dengan sos..
Lempeng aku cicah dengan sambal ikan bilis pergh.. memang susah nak benti makan...

 Ni lak lauk malam tadi...
sayur apatah.. lupa namanya.. tu pun en. suami dapat masa pergi ukur tanah kat tanjong karang... 
tambaj sambal sardin + telur dadar dan ikan kerapu masak apa ntah.. main bedal je.. janji leh makan...

herm... macam mana badan nak susut.. makan je kejenyer.. takder keje lainkan.... 
ingat nak pergi gymlah... ada gym baru buka kat pulau indah ni.. bolehlah layan..
biar berketul2 sikit badan aku ni.... 

oklah.. ngantuk ni.. kang mulalah ayat merapu aku ni...
silalah aku berentikan kemerepekkan aku sekarang kan...

ok.. sekian

babai...


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Anak susuanku.........

Salam..

Nak memperkenalkan.. anak susuan aku yang sekarang merangkap cucu aku. hehehe.. aku tak tahu nak suruh dia panggil aku bila besar nanti.

Kisahnya macam ni. Tahun lepas dalam bulan 6@7anak buah aku ada amik anak angkat.. Kebetulan pulak masa tu aku tengah pregnantkan si Usyair Darwisy. Kandungan masa tu pun dah dekat 8 bulan. Lagipun anak buah aku ni dah 7 tahun kawen tapi belum ada rezeki nak anak sendiri.. pergi mana-mana asyiklah bawa anak orang. Bila dah bawa anak orang bukan semua mak-mak suka orang bawa anak dia. Jadi sedihlah anak buah aku nikan.. Aku kalau dia nak bawa anak aku.. aku rela je.. hehehe

Pehtu kitorang sepakat ngan dia. dari amik anak orang baiklah jaga anak angkat besar pahala ye dak. lagilah 24 jam dak tu berkepit dengan kiter. kisah selanjutnya baca kat sini ye. 

Anak susuan Qallif Naufal yang belakang tu..
Hyper aktif... suka senyum meleret.... senang nak dijaga.
paling best nak tidokan dia.. senang sangat..

Anak kandung baju biru Usyair Darwisy... nak tidokan suara aku kena kuat sama dengan suara tangisan anak aku.
hehehe... jiran aku kalau dengar aku beristighfar kuat tu. mesti dah tau aku tengah tidokan si Usyair Darwisy..
Rasanya satu taman dengar suara aku kot.. abaikan jelah.. yang penting dia tido...

Si qallif ni asyiklah mengeram je dengan Usyair ni.. pergh... pantang nampak tau.. senggih bermakna je.

Ibubapa angkat si Qallif Naufal.
harap korang jaga Qallif Naufal seperti anak sendiri.
Dan semoga korang juga akan dikurniakan zuriat sendiri.. amin

Saje je aku simpan citer ni disini.. semoga satu hari menjadi kenangan kepada anak2

ok... sekian

Babai..

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Pemadam..... dam... dam...

 Salam...

Dah lebih dua minggu persekolahan dibuka.. baru hari ni aku nak citer mengenai Uzrei Danial punya persekolahan. Walaupun hanyalah Pra-Sekolah saje. 

Herm.. jadual tetap macam biasalah. bangun awal pagi suruh dia mandi bersih2 n gosok gigi.. siap2kan.. hehehe.. tapi biasanya dia siap sendiri je.. aku just uruskan adik-adik lain. alhamdulillah dia dah pandai berdikari. Tu Uzrei Danial.. Tapi kalau Uzair Danish aku tak taulah macam mana nanti. Harap dia ikut sikit cara abang dia. Sebab sampai sekarang pun Uzair Danish masih tetap tido berlapikkan lengan aku atau En. Suami. 

Hari pertama ke sekolah.. Aku rasa masa ni baru jam 7 pagi. awal gile nak kesekolah. padahal kalau jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Tapi sebab omaknyo yang eksaited. Terpaksalah anaknya melayan.
Baju sekolah tak dapat lagi. Kenalah beli baju sukan putih ni. untuk  nampak selaras dengan rakan-rakan lain.

Tertonggeng anak aku. tengah buka kasut nak susun kat raknyer..
mana dan je aku amik gambar..
dua keping je gambar yang ada..
dalam kelas aku segan nak amik.. ramai mak kekanak lain.. huhuhu

Ada citer ni.
malam tadi Uzrei nak buat keje sekolah. Pehtu dia minta pemadam baru kat aku.
korang bacalah dialog kat bawah ni

Uzrei - mama.... papa suruh minta pemadam baru kat mana.
Aku - mana pemadam ujei.. kat ada dalam pencil box..
Uzrei - pemadam dah takder... kawan ujei dah koyakkan... (Koyak ye.. biasalah kekanakkan)
Aku - Kenapa bagi kawan Ujei koyakkan (aku pun ikut jugak ayat koyak)
Uzrei -  Ujei x bagi......... kawan ujei yang amik koyakkan...
Aku - tukan pemadam Ujei.. patutnya ujei janganlah bagi dia amik... simpan elok-elok lepas guna...
Uzrei - Ujei x bagilah mama...... kawan ujei yang amiklah...
Aku - Habis tu... Ujei nak mama marah kawan ujei pulak ke.. Lain kali cakap kat kawan ujei.. jangan koyakkan pemadam Ujei.. nanti Ujei kene marah ngan mama tau..
Uzrei - yelah... esok ujei cakap....

wahahaha.. menurut perintah tu... 
Tapi aku bagilah pemadam baru tu.. 
Tapikan.. aku dulu pun macam tu jugak.. 5 hari sekolah.. 4/5 kali g koperasi beli pemadam.
sampai mak aku naik hantu dengan aku.. last2 bila pemadam atau barang lain takder atau hilang.. aku minta duit kat abang aku. nasiblah ada abang2 yang dah kerja.. takderlah aku kena marah.. hehehe..
baguskan strategi akukan.. Uzrei nak mintak kat sape.. takder abang yang besar. merasalah dia aku naik hantu.. hehehe..

Oklah tu je citer..
sekian..

Babai.




Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Air tangan Suami

 Salam...

Ha.. biasa kiter dengar air tangan isterikan... asyik2... nak bagi suami sayang.. masaklah dengan air tangan sendirikan.. tapi nak buat ister sayang pulak camner.. suami pun kenalah jugak bagi air tangan jugak.. hehehe.. wah.. dah macam Ustaz - Ustazah semanis kurma pulak.

Ni alkisahnya semalam aku pose.. Pehtu last week dah beli barang-barang untuk buat Air Batu Campur.. memang dah lama en. suami nak buat pun. Tapi tak sempat nak beli bahan-bahannyer. aiks.. bukan tak sempat.. tapi bila dah sampai pasaraya terus lupa nak beli sebenarnya.. tu yang bila teringat terus sambar je..

Bila aku dah pose.. terus aku teringatkan bahan-bahan tu semua dah ada kat rumah. aku pun tengah hari je dah SMS kat en. suami.. minta tolong dia buatkan ABC untuk berbuka pose nanti.. Dan nasiblah mood en. suami memang bagus semalam. dia pun penuhilah permintaan aku.. Alhamdulillah... rezeki nak makan ABC buatan en. suami.

 Tengok tenaga lelaki... timbul urat-urat dia masa memutarkan ais dalam pengisar ni..

Inilah hasilnya dengan pengisar mini ni...
Pengisar ni dah lama hayatnyer.. dari zaman en. suami bujang lagi.
en. suami ni memang suka beli peralatan rumah ni. aku masa bujang pun tak pernah terfikir nak beli benda-benda macam ni.
en. suami lak. dari pengisar ais, bekas beras yang tupperware tu hinggalah ke set2 pinggan mangkuk pun dia ada.. senang cakaplah dia join kutu tupperware tulah.. hehehe.. aku selalu join kutu duit je.. hahaha.. dasar mata RM aku nikan..

isi bahan-bahan penyedap dalam bekas macam ni siap-siap.
memacam en. suami letak.. jagung, cendol, nata de coco, cincau dan biji selasih..
kalau ada kacang lagi sedapkan.. tapi terlupa lak nak beli kacang.
ada bahan-bahan ni pun dah besar nikmatkan.

Isi ais kat bahan-bahan tadi...

dah letak ais.. letak lak gula bersirap n gula melaka..

pastu azan berkumandang... baca doa buka pose dan mulalah menikmati ABC air tangan suami ku ini..
nyum... nyum.. hingga ke titisan terakhir aku hirup.
Alhamdulillah rezeki semalam.

Harap en. suami hari ni repeat buat lagi.. agak2 dia nak layan tak tekak isterinya ni..

ok.. sekian.

babai..

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Ahad...

Salam...

Hari ni isnin.. Tetiba aku citer pasal ahad pulakkan.. hehehe.. asal ado je tajuk.. dekat seminggu tak update.. tajuk AHAD lak yang keluarkan.. semalam kan ahad.. jadinya aktiviti untuk keluargalahkan..

Pagi.. bangun je.. buat sarapan untuk anak-anak dan dah tentulah en. suami juga.. hehehe.. air tangan isterikan lagi bagus dihidangkan awal pagi.. baru hadam semuanya.. kalau malam tak sempat nak bekerja.. dah kroh.. kroh.. kroh... tido.. statement ntah apa-apakan..

 Uzair dan Uzrei sedang menikmati sarapan... coco Crunch je pun... nasi goreng tu... dorang tak pandang pun.. baru tengok kaler macam tu.. dah dorang kata pedas.

Muka Uzair kemain putih.. tapi tang hidunglah.. aku sibuk memasak kat dapur.. dia lak sibuk membedak muka.. tapi dapat bedak tang hidung je... Tu orang yang tengah pegang kain baju tu.. bukan maid aku ye.. tu adik aku... tapi dah rupa macam maid pulakkan.. matilah kalau dia maca statement aku ni..
En. suami lak tengah membaca paper...

Watak utama.. nasi goreng ikan bilis.. nyum.. nyum.. nyum.. sedap..

Dimakan pulak dengan kerabu pucuk ubi n ayam.. memang melampau-lampau lah aku menambah nasi goreng pagi semalam.. hancur diet aku... sampai aku nak timbang pun takut.. tulah pasal.. sape suruh masak sedap sangat.. diri sendiri pulak tak boleh nak control.. bila makan makanan yang sedap...

Oklah.. terliur lak tengok nasi goreng ni..
kang hancur lak pose aku hari ni..

Selamat berpuasa pada yang pose ye.

ok.. sekian..

babai.....

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Snow Cheese Cake segera...

Salam...

Ni kes mengidam nak makan Snow cheese cakelah.. dulu dah pernah makan.. tu pun 2 tahun lepas.. masa tu memang mengila nak makan snow cheese cake ni.. tapi tak reti buat.. nak beli pun.. kene order kat satu blog ni.. pehtu kena pick up sendiri pulak kat Mid Valley sana.. Yelah.. takkan orang nak kurier kek kan.. kang sampai kat tangan aku maulah dah rupa apa lakkan.. takkan budak kurier tu nak pangku kek aku sorang jekan.. hehehe.. ingat anak raja ke kan...

terus ke gambar jelah ye... 

 bahan-bahannyer... susu full cream tu tak termasuk ye.. hehehe
tu untuk minuman anak-anak je.

sebab apa aku kata kek Snow Cheese Cake segera.
memang segeralah.. aku ni malas nak bakar-bakar kek ni.
lagi2 dengan ada anak kecik nikan.. tahun depan baru aku mula bakar2 kek balik.. 
tahun ni cuti.. harus buat yang segera je..

bahan-bahannya..
Kek Chiffon Giants - ha tu lah yang segeranya.. beli je kek yang dah siap kat Giants atau seangkatannya.
* 1 kotak cheese cheddar
* 1 kotak cream cheese Philadelphia
*1 tin susu pekat manis.. aku guna cold coin.. ikut citarasa memasing ye..

tu saja ye.. mudahkan... tak sampai 30 minit pun penyediaan nyer.

 Ha.. cer korang teka.. Jenis apakah pemarut cheese aku ni..
ni pemarut cheese asal ado je... Feeling nak snow cheese sangat kan.. tapi pemarut cheese pun tak do.. 


 Jadinya aku gunalah sudip penapis minyak tu.. hahahaha.. yang penting lagi nampak saljinyer...
tapi gigih jugaklah aku memarutnya.. malam rasakan sakit lengan.

Hasil gigih aku memarut cheese... cantik tak snow cheese cake aku..
hahaha.. sesuka hati je kata cake sendiri cantikkan...

wahahahaha... gelak besar akukan...
memang lawa lah snow cheese cake aku..
tapi telah dinodai dengan lidah Uzair Danish... aku tak perasan lak ada lidah dia kat situ..
abaikanlah lidah yang terjelir tu.. tu mungkin salah satu tanda cake ni memang sedap.. hahaha
nasib untuk makan sendiri jelah.. kalau untuk orang lain.. tak memasal mak ko ni kena buat lagi satu.

 Anak-anak sedang menikmati...
amalkan Uzair Danial yang belenging tu... 
Akhirnya si pembuat cake tu hanya dapat merasa 2 slice je snow cheese cake ni..
yang lelain semuanya di bedal oleh Uzair Danish..

Ok.. sekian.. citer cheese cake aku ye

Babai................


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan. 
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Adik - badik perempuan ku..

 Salam..

Just picture.. takder nak citer banyak ye... nak selitkan gambar adik badik aku je.. tapi semua yang adik badik pompuan je.. yang lelaki takder.. payah no nak jumpa yang lelaki.. bz bona.

Kesemua gambar ni masa kitorang sekeluarga pergi Port Dickson, Teluk kemang.. heh.. terbaliklahkan.. lantaklah malas nak betulkan.

jadi korang tataplah gambar kami ni ye.. hehehe...


 Ni.. Abah akulah...
Kohar Bin Jumbang.
aku tak tahulah nape nama atuk aku macam tu... 
korang tak tengok lagi nama atuk belah mak aku... terkejut korang nanti...
tapi tulah orang dedulu.. main letak je nama.. asal ado.. nasib nama abah aku ok.. kalau tak.. pilu jadinya..

Ni tentulah mak aku
Sariah bte Lanu.. 
ha... terkejut tak korang.. sikit lagi hujung lanu tu tambah huruf N pepandai koranglah sambung sendiri.. aku dulu kat sekolah penat dah jadi pirate... hehehe.. asik orang ejek aku je.. mesti ada tambah hujung nama atuk aku.. tapi bila ingat2 balik seronok gakkan.. kalau takder.. tak meriahlah sekolah

Kakak sulung aku.
Khodijah Bte Kohar
Umur 55 tahun.. 
aku tengah ngendeng2 duit kwsp dia ni.. hahaha.. kejikan.. takderlah gurau je.. 
akak aku ni ibu tunggal.. dialah yang jaga aku dari umur aku 7 tahun hinggalah umur aku 17 tahun..
besar jasa dia ni.. tak terbalas.. macam jasa mak aku kat aku.. macam tulah jasa dia kat aku... samarata.. selalu lebihkan aku dari anak dia sendiri.. hingga kini... 

Kakak kedua aku.
Fatimah bte Kohar
umur 50 kot.. hahaha.. tak ingatlah
tak banyak citer pasal kakak aku yang ni.. sebab aku tak pernah duduk dekat dengan dia.. tapi tetap masih rapatlah... tu dia tengah peragakan gelang2 adik-adik dia yang nak main banana boat..

Kakak ketiga aku...
Rohani Bte Kohar
umur dalam 45 kot.. maaflah ye.. tak ingat.. tak pernah selebrat pun.. nanti aku tanya..
kakak aku ni masih bekerja.. tu kat baju dia ada tulis nama tempat keje dia.. situlah dia keje..
aku pernah dok umah dia masa bujang dulu.. setahun gaklah aku dok sana sebelum dok bujang sendiri.. hehehe.. nak gak dok sendirikan.. tak sampai setahun.. aku pun kawen. titik

Sepatutnya citer dua orang abang aku.. tapi diorang tak join sebab bz.. teruslah kepada citer kakak aku lagi ye..
 Ni kakak aku yang ke 8. selepas abang aku 2 orang
Norhayati bte Kohar
umur 39 tahun
Nilah kakak yang paling aku rapat.. sebabnya dia dok dekat dengan rumah aku. dan dialah yang jaga 3 hero aku.. susah nak cari pengasuh macam ni.. jagalah detail.. sampai anak aku pun tak nak balik rumah aku.

 Ini.. kalau korang tak kenal memanglah...
anak yang ke 9
aku lah ni.. Nor Aishah Bte Kohar
Umur 31 tahun. tua dah.. tetapi tetap feeling mudakan..

Nilah adik bongsu kitorang...
Siti Normal Asiah bte Kohar
nama pelik..
sekarang dia ni dok ngan aku.. senanglah sikit aku ada orang bantu2 buat keje rumah ni.. 
bantu poket aku kekadang pun ada gak.. hahahaha.... dan dah tentulah kitorang berdua memang rapat.. 

oklah tu je salasilah keluarga aku. yang aku dok syok sendiri nak citer.. macam korang nak taukan..

oklah.
babai

sekian


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...