Salam...
Tarikh : 21/4/2013
Hari : Ahad
Masa : Jam 10.00 pg - 3.00 ptg
Tempat : Taman perepat indah. Kapar.
jap... jap... semalam entry aku untuk hari isni.. hari ni pulak untuk ahad lepas.. macam makin mengundur je entry aku ni. padanlah kak ina membebel dengan aku semalam. mana tak membebel nyer.. yeye aku tunjuk entry seliper zalora. bila dia turun ke opis aku nak nengok sekali seliper dah selamat dok dalam kete aku.. hehehe... Nasiblah...
oklah berbalik pada citer sementara aku ni. dua minggu lepas aku terima aduan dari penyewa rumah aku. Katannya tangki air rumah aku bocor.. habis dah nak lebam dinding rumah aku. Cecepatlah aku suruh en. suami pergi cek rumah kat perepat tu. Dalam kepala aku berharap sangat yang pelampung je yang rosak.. rupanya jangkaan aku meleset sama sekali.. wah.. ayat macam citer ibu mertua ku pulak.. Memang bocor pun tangki air.. Tanya jiran-jiran kat perepat nak ganti tangki air baru memang kena rm650 - rm850 termasuk upah. tapi maklumlahkan.. kejadian pulak berlaku tengah-tengah bulan. Terpaksa cari cara lain buat sementara waktu. Anak buah pulak cadangkan pasang pipe direct je dulu. sementara nak pasang tangki baru. Sebab ingat nak buat sendiri je. nak survey-survery dulu barang. dah jumpa mana yang murah. baru ganti terus tangki baru.
Boleh tahan besar jugak bocor tangki air rumah aku ni.
Laju betul air tu keluar dari tangki.
mana tak bocor rupanya dilapik dengan papan playwood je bawahnya..
lepas tu ada border kiri kanan je... herm....
Tinggi rupanya tangki air ni... aku rasa sama tinggi dengan aku tangki ni...
aduhai tangki.. kenapalah ko nak bocor masa nak dekat kenduri adik aku ni..
tuan ko ni banyak nak pakai duitnyer...
Tengah pasang pipe direct.
nasib ada anak buah aku ni. tapi sebenarnya dia ni menantu kakak aku
alah kitorang pun sebaya je umurnya.
kalau jumpa pun macam kengkawan je boraknya.
cuma masih ada rasa hormatlah..
Pemasangan pipe sudah siap...
Alhamdulillah.. harap penyewa aku gembira.
tidur malam takderlah terganggu dengan bunyi desiran air yang keluar dari kebocoran tangki ni.
maklumlah.. tangki air ni betul-betul atas bilik utama.. hehehe.. mesti tidur terganggukan..
Oklah..
Sekian, citer yang tak seberapa ni ye.
babai.
Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com