Salam...
Tengah-tengah aku buat keje tadi.. tetiba Hijau itu indah dan permai datang melayangkan satu memo mengenai Thypoid Injection... fuh kene injection tu.. mesti sakitkan.. aku ingat aku nak bagi alasan aku Pregnantlah.. boleh lepas dari kene suntikan tu... hahaha... Good ideakan yang terbentuk di saraf otak aku ni... bak kata citer Tom Tom Bak bila sel-sel otak bertemu akan wujudlah idea yang bernas...
Mungkin ada sesetengah korang yang tak tau pasal Suntikan Thypoid ni.. ni aku nak terangkan apa yang aku fahamilah... Suntikan ni kena di ambil 2 tahun sekali untuk pada yang bekerja di premis2 makanan atau gerai2 makanan... kalau takder suntikan ni adalah tidak digalakkan bekerja dengan premis makanan tersebut.. kerana ini adalah arahan daripada Kementerian Kesihatan. Jika pekerja premis itu tidak mengambil suntikan ini premis itu akan dikenakan tindakan atau lesen perniagaan premis itu akan ditarik balik.
ok.. tu je serba sedikit info yang aku tau pasal Suntikan Thypoid ni..
Psst : bila aku cakap aku pregnant tiba2 dia suruh aku buat urine test... habis aku..




