N3 aku hari ni..
Hari ni aku nak citer pasal jerebu kat
Keadaan jerebu kat sini teruk sekali... kalau naik motor g keje tu memang tak tahan hidung dibuatnyer... rasa macam nak sesak nafas je.. kalau naik kete pun tak tahan jugak dibuatnyer pedih mata.. tenggoklah gambar yang aku snap ni.. betapa teruknyer jerebu kali ni.. jgn berulang kembali mcm tahun 2005 sudahlah.. sampai port klang diistihar darurat.. (klu diistihar pun ok jugak.. dapat gak cuti... klu company nak bagilah.. hehehe). Tapi keadaan jerebu kali ni pun teruk jugakkan.. klu nak keluar bersantai2 dgn keluarga tu fikir 2 kali jugaklah... takut lepas je keluar bersantai nanti balik rumah dapat demam pulak... Aku rasalahkan Jerebu ni mungkin disebabkan kebakaran yang tidak terkawal... tu yg keadaan berkabus je.. kat bawah ni aku ada bagi sedikit info pasal jerebu...
Info Jerebu
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Jerebu di Asia Tenggara
Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.
Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.[2][3]
Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi.
salam singgah,
ReplyDeletetiap-tiap tahun jerebu. jerebu datang jerebu pergi. Dah boleh masuk sebagai aktiviti tahunan yang tetap di Malaysia ni. Apo nak dikato.
salam..
ReplyDeletethanks sudi singgah..
tulah pasal... mungkin dah jadi xtvt di malaysia... tapi boleh memudaratkan kesihatan..
putrajaya pon teruk gak..
ReplyDeletedahshat jugak ye jerebu kt sana...
ReplyDeleteerm... tapi hari ni dah ok.. sbb malam tadi hujan turun lebat jugaklah..
ReplyDeleteish musim jerebu ke skrg? kat trg n kelantan ok jek..
ReplyDeleteterenganu jauh dari indonesia..
ReplyDeletetu yg tak terasa pasal jerebu ni...
klu kat selangor.. tiap2 tahun boleh dikatakan ada jerebu...
Gua nak jemput lu dtg kenduri kat blog gua.
ReplyDeleteFollow terus pun xpa.Ikut baca doa.
Blog gua tu dah tak seimbang.Ramai budak berat belah punk.
Gua dah 6 hari merantau jemput kenduri ni.