minggu lepaskan cuti panjang..
dah cuti hari wesak tambah lagi cuti sabtu dan ahad
ha.. kan dah 3 hari cuti tu..
so.. masa cuti pun takder nak kemana-mana..
hari wesak melepak je kat rumah..
kemas2 rumah dan layan anak2 je..
lepas tu masak pulak.
jadi ni citer makan kat rumah aku lahkan..
menu hari cuti wesak aku.. hehehe
ni menu sebelum cuti wesak.. maknanya menu malam jumaatlah tu..
Ayam masak merah dengan sayur kacang panjang goreng..
sebenarnya dah lama aku teringgin nak makan Ayam masak merah ni..
nak tunggu kenduri adik ipar aku lambat lagi.. jadi sebab terlalu teringin
aku masaklah sendiri Ayam masak merah untuk tuntutan kehendak nafsu makan aku..
hahahaha... gila besar selera aku nikan..
ni pulak Nasi Goreng Planta.. untuk serapan pagi
tak meriah sangat warna dia.. sebab tak boleh letak cili banyak2
kang ada yang tak boleh makan pulak..
tapi memang sedap nasi goreng planta ni.. hehehe..
puji diri sendiri pulak.. suka akulah..
ni pulak Ayam Masak Kicap.. untuk lunch..
orang dalam rumah aku ni asik naka makan je..
pagi petang siang malam nak makan je kek dah nya..
yang gemuk pulak aku je..
padahal aku makan sikit je.. huhuhu..
roti dalam loyang lagi.. fresh from oven
roti yang dah kat dalam pinggan.. makan bersama kopi panas..
tapi memang sedap..
buruk tul rupa roti ko ni esah oi...
dah boring melepak depan TV..
aku gatal pulak nak buat roti..
tapi roti aku tak cantik sangatlah..
apa masalahnya ntah..
ni nak kene tanya sifulah.. sifu tu kak ina mail
apa punca roti aku ni tak cantik.. huh.. malu aku nak letak gambar roti ni sebenarnya
kat bawah ni menu masakan kat kampung pulak..
sebab jumaat malam tu en. suami ajak aku balik kampung
sebenarnya balik kampung mak aku..
ingatkan ak jadi balik kampung.. rupanya jadi pulak...
takderlah tension cuti duduk rumah je..
ni antara menu untuk hari sabtu..
Ketam masak lemak, Pajeri Nenas dan Ikan goreng je..
petang tu pulak masak pengat pisang campur jagung..
fuh memang sedap.. dah lama aku mengidam nak makan pengat pisang ni..
lagi2 ada campur jagung pulak tu..
tulah xtvt makan2 aku di hari cuti..
memang asik makan je kejenyer..
sebelum cuti berat turun sekilo..
lepas balik cuti berat naik dua kilo..
macam mana tu.. kene gigih baliklah diet lepas ni..
hehehe...