makan-makan jelah kejenya..

minggu lepaskan cuti panjang..
dah cuti hari wesak tambah lagi cuti sabtu dan ahad
ha.. kan dah 3 hari cuti tu..
so.. masa cuti pun takder nak kemana-mana..
hari wesak melepak je kat rumah..
kemas2 rumah dan layan anak2 je..
lepas tu masak pulak.
jadi ni citer makan kat rumah aku lahkan..
menu hari cuti wesak aku.. hehehe

 ni menu sebelum cuti wesak.. maknanya menu malam jumaatlah tu..
Ayam masak merah dengan sayur kacang panjang goreng..
sebenarnya dah lama aku teringgin nak makan Ayam masak merah ni..
nak tunggu kenduri adik ipar aku lambat lagi.. jadi sebab terlalu teringin
aku masaklah sendiri Ayam masak merah untuk tuntutan kehendak nafsu makan aku..
hahahaha... gila besar selera aku nikan..

ni pulak Nasi Goreng Planta.. untuk serapan pagi
tak meriah sangat warna dia.. sebab tak boleh letak cili banyak2 
kang ada yang tak boleh makan pulak..
tapi memang sedap nasi goreng planta ni.. hehehe..
puji diri sendiri pulak.. suka akulah..

ni pulak Ayam Masak Kicap.. untuk lunch..
orang dalam rumah aku ni asik naka makan je..
pagi petang siang malam nak makan je kek dah nya..
yang gemuk pulak aku je..
padahal aku makan sikit je.. huhuhu..

 roti dalam loyang lagi.. fresh from oven

 
roti yang dah kat dalam pinggan.. makan bersama kopi panas..
tapi memang sedap..
buruk tul rupa roti ko ni esah oi...
dah boring melepak depan TV.. 
aku gatal pulak nak buat roti..
tapi roti aku tak cantik sangatlah..
apa masalahnya ntah..
ni nak kene tanya sifulah.. sifu tu kak ina mail 
apa punca roti aku ni tak cantik.. huh.. malu aku nak letak gambar roti ni sebenarnya

kat bawah ni menu masakan kat kampung pulak..
sebab jumaat malam tu en. suami ajak aku balik kampung 
sebenarnya balik kampung mak aku..
ingatkan ak jadi balik kampung.. rupanya jadi pulak...
takderlah tension cuti duduk rumah je..

ni antara menu untuk hari sabtu.. 
Ketam masak lemak, Pajeri Nenas dan Ikan goreng je..

petang tu pulak masak pengat pisang campur jagung..
fuh memang sedap..  dah lama aku mengidam nak makan pengat pisang ni..
lagi2 ada campur jagung pulak tu.. 

tulah xtvt makan2 aku di hari cuti..
memang asik makan je kejenyer.. 
sebelum cuti berat turun sekilo.. 
lepas balik cuti berat naik dua kilo..
macam mana tu.. kene gigih baliklah diet lepas ni..
hehehe...



13 comments:

  1. wahh bagusnya cuti 3 hari memasak. nasi goreng planta mmg best tapi ada budak2 takleh masak pedas2 la kan. pajeri nenas my favourite lepas ni nak suh nenek masak la hhe. roti tu buat sendri ke?? kita selalu beli kat hero je. lembut2 roti dia.

    ReplyDelete
  2. wahhh sedap2 nyaaaaaaaaa....lapar...

    ReplyDelete
  3. nak ketam!... nak ketam!... mmmm... meleleh pulak air liur nih...

    ReplyDelete
  4. Emmpphhh, sedapnya.....ikut blog u gak, jom ikut kita sekali.

    ReplyDelete
  5. ratu kebaya, ayam masak kicap tu ada lagi tak?ikan masin pun sama, ada lagi tak?roti ko nampak gebu je.inti apa?

    ReplyDelete
  6. gebu nya roti tuh..nmpak cantik je naik nya..pandai la aishah ni masak...:)

    ReplyDelete
  7. adia - tulah.. cuti2 ni asik memasak je.. sambil masak sambil tu masuk mulut.. siap masak terus kenyang..

    shafiq - samalah faveret jugak tu..

    kancilbiru - hehehe.. mmg sedap semua tu

    azizan - erm.. yummy

    ejamaria - amiklah ketam tu.. free je\

    peeweet - ok.. i ikut blog u

    kak ina mail - dah habislah ayam tu.. klu ada mmg dah bawak hari ni..

    ana - bolehlah masak sikit2..

    diarihatiku - mmg sakan memasak.. naik loteh dah ni..

    ReplyDelete
  8. wah pandai nya masak.. roti pon u buat? mmg rajin lah u ni..klu i mmg non ado lah nak masak2 ni..hiihihi.. bukan malas tau, tp bz berjalan..hahaha

    ReplyDelete
  9. masuk sini mesti terliur huhuhu...sedapnyer...

    ReplyDelete
  10. rajinnye memasak.. cik pah pun mcam teringin nak masak nasi goreng planta..sebab anak sulung cik pah tuh. mmg tak mkn nasi ptih.. kalau nasi yg berasa dia nak lah..macam nasi ayam,nasik beriani, nasi minyak..nasi tomato.. pelik sket

    ReplyDelete
  11. bestnya, faveret Su tu, pajeri nenas n ikan goreng, terasa lapar la pulak.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...