60 thn.. jln pun mengeletar

aku dengar CEUPACS nak lanjutkan had umur persaraan bagi kakitangan Awam... huhuhu.. en. suami keje dengan goverment sebagai Juruteknik Ukur.. lepas tu keje pergi Ukur tanah kat hutan, taman2 perumahan, tanah pertanian dan segala tempat yang ada tanah untuk mengukurlah... kalaulah confirm dilanjutkan aku rasa en. suami mensti pergi mengukur pakai tongkatlah.. dah lah nak bawa segala macam alatan untuk mengukur.. walaupun ada beberapa orang pekerja yang menolong bawa barang2 tu.. masa en. suami nak masukkan kiraan dalam komputer mesti tangan mengigilkan.. herm....... entahlah..

Berdasarkan kajian oleh CEUPACS, had umur persaraan bagi negara jiran lebih tinggi iaitu Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun. Sememangnya ada pelbagai pro dan kontra dalam membuat keputusan terhadap isu ini.  
Kalau jadilah gesaan CEUPACS tu macam ni kut jadi keadaannya ye!... 

 hehehehehe

bagaimana pula dengan anak2 akan datang ye... mesti susah nak dapat kerja kerajaan sebab ramai lagi warga emas yang masih bekerja.. jangan pula lagi banyak penganguran pula..

 psst : sape yang keje gomen korang setuju ke dengan CUEPACS ni

12 comments:

  1. aku x setujulah sis..sbb umur pencen skrg tu dh oklah..dh tua2 lebih baik tumpukan pd ibadat dan keluarga..

    lgpun nti menutup peluang pekerjaan buat org2 muda..

    ReplyDelete
  2. Apa alasan kukuh dia nak lanjutkan persaraan sampai 60 tahun tu.50 tahun pun dah lengguh badan , apatah lagi 60 tahun.

    ReplyDelete
  3. lieya tak setuju...sbb tutup peluang org lain....ye laa bagi laa can org lain yg lebih muda masuk isi jawatan tu.....dah tua2 dok umah main ngan anak cucu dah ler heheeheheh

    ReplyDelete
  4. betul...kena fikirkan revelan dulu baru buat. nnt timbul mcm2 masalah pulak.

    ReplyDelete
  5. Aduhaii..nak kena pencen umur 60 ker..tak laratt laa den.. 58 cukup laa.. :)

    ReplyDelete
  6. aku baru 33 tapi kalau boleh skang jugak nak pencen..tak larat lah weh.. baik dok umah jaga anak lagi best..

    tapi biler pikir balik . hutang meninggi..kene lah keja sampai lah had umur 55 tahun kot..

    ReplyDelete
  7. aduii udah2 ler tu dok kat umah jerla main2 dgn cucu kasi peluang kat yang muda2 ni pulak..hehe

    ReplyDelete
  8. Kdg2 skt hati dgn cdgn cuepacs..
    Melampau2..
    Ckup2 lah setakat 58 tahun..
    Kalo naik lg 60 tahun, bukannya buat kja pun..
    Sy dulu penah kje gov kontrak tgk yg pkja b'umur ni sng je kje dorang..
    Sgt2 rilex..
    Yelah, tggi nak pencen je..
    So, cukuplah tu 58 tahun..
    Bglah kekosongan tu kpd belia2 muda utk isi pulak..
    Haish!
    Dulu lps PM bentang bajet 2011, cuepacs nk mnta 2 bln bonus.
    WTF lah!
    Dia ingt pkja gov ni 100, 200 ke?
    Igt smua rkyt msia kje gov ke?
    Bongok lah!
    Geram plak ye..
    Sorry :)

    ReplyDelete
  9. i tak setuju...
    at this age pun i dah mula rasa boring...
    kalo dilanjutkan lagik lah kan...
    kasi chance le kat org2 muda bekerja...
    yg tua2 tu leh le tumpukan pada amal ibadat and famili...

    ReplyDelete
  10. ayg Lisa keja gomen,sekarang umur 56 tahun..ada 2 tahun lagi berkhidmat..dia sokong sampai 60 thn sebab dia boring nanti duk rumah..Lisa lak no komen..tapi elok la sampai umur 58thn je

    ReplyDelete
  11. uish cannot tahan lah kalau dlm ofis sume atok2 je
    x leh cuci mata
    hahhahaa

    ReplyDelete
  12. kalau nak ikutkan logik, umur yg pakai tongkat mcm dalam kartun tu dlm umo 80+..

    kalau umur 60, insyaAllah sihat walafiat lagi kalau takde penyakit2 kronik...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...