Ucu pangilan dalam keluargaku

sebelum ni aku ada beritahu yang dalam keluarga aku ada dua orang yang guna nama UCU.. kebanyakan semua yang korang teka tu betullah.. jadi ni aku nak citer salahsilah terjadinya pengunaan ucu tu kepada 2 orang.. 

alkisahnya aku dengan adik aku beza dalam 7 tahun.. lagipun kitorang ni anak2 yang terakhir dilahirkan dalam keluarga.. jadinya kakak aku yang 3 orang teratas semuanya dah kahwen sebelum kitorang lahir.. umur diorang masa tu pun dalam lingkugan 20 lebih.. dah besar godang punkan... dan nak dijadikan cerita masa mak aku mengandungkan aku, kebetulan pulak kak ngah aku pun mengandung anak dia yang sulong.. kakak aku bersalinkan anak dia bulan 4, mak aku pulak bersalinkan aku bulan 11, tualah anak buah aku tu 6 bulan dari aku.. lepas tu berderetlah kakak aku yang lain pulak bersalin.. jadinya masa anak2 buah aku ni membesar diorang membesar sama2 dengan aku.. masa tu pulak adik aku belum ada lagi.. diorang pun ingat akulah anak bongsu dalam keluarga.. diorang pun panggillah aku dengan UCU.. sedara mara semua panggil aku bongsu...

lepas tak lama pun aku berbangga dengan pangilan ucu tu dalam 7 tahun macam tu lah aku guna panggilan ucu tu... tup3 adik aku nak keluar dari perut mak aku pulak.. tapi anak buah aku dah biasa panggil aku ucu.. bila mak aku ajar diorang panggil adik aku ucu.. lidah diorang dah keras pulak... bak kata pepatah kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya betul tak? hehehe.. bila diorang tak biasa nak panggil ucu.. mak aku terpaksa tukar panggilan adik aku dari UCU kepada ITAM... sian adik aku lahir putih tetiba panggil ITAM si tampok manis pulak.. makin hitam bertambahlah manis.. 

tapi bila kitorang dah meningkat dewasa ni.. aku tak sampai hati nak biar diorang panggil adik aku ITAM.. jadi dengan bermurah hatinya aku gantikan adik aku dengan pangilan UCU Kecik dan aku pulak UCU Besar.. tapi anak2 buah kitorang lagi advance yelah semua dah sekolah bertingkat2kan mestilah dah tau nak panggil kitorang macam manakan.. jadinya diorang tukar pulak panggilan tu dari panggilan UCU Besar ke UCU Esah dan UCU Kecik ke UCU Itam... 

dan kekallah sehingga ke hari ni kitorang dipanggil dengan panggilan UCU Esah dan UCU Itam...

itulah alkisahnya panggilan UCU dalam keluarga aku... kadang2 orang pelik bila ada ucu dalam 1 keluarga.. kenelah terangkan kat orang yang bertanya pulak.. dari a to z..

kat bawah ni aku selitkan gambar UCU ITAM ye

yang berbulu-bulu purplelicious tulah adik aku.. tapi bukan dengan boipren dia tau.. budak lelaki kuning ini adalah anak buah aku dan juga anak kepada kakak aku ygn sulong aka ulong... anak buah aku ni tua setahun dari adik kau...

8 comments:

  1. oooo...mcm tu ke cete nyer...

    ReplyDelete
  2. saya membaca entry ini sambil batuk2 bagai nak terkeluar anak tekak
    peritttt

    ReplyDelete
  3. dasat beza umur ngan kakak... pastu ngan adik ucu pulak... rezeki tuhan bagi kan... Dia yg tetapkan mcm mana... ;p

    ReplyDelete
  4. hahha..smpai hati panggil itam..ucu itam..klakor.

    ReplyDelete
  5. Dua Ucu..nak buat cam ner..Jarak ngan Ucu Itam jauh sgt..so yg lain dah terbisa panggil ko ucu sebelum tu...nasib baik adik ko tak kisah..panggil Ucu Itam....

    ReplyDelete
  6. bestnya anak2 buah sama umur ngan UCU nya...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...