Senyum bagi seseorang

Senyum - malique ft najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

wah.. aku hari ni n3 asik berunsurkan lagu je.. aku pun suka dengar lagu ni macam2 maksud yang ada dalam lagu ni.. dengan senyuman je kita mesti boleh tangkap dengan gaya seseorang tu tersenyum.. samada dia senyum dalam keadaan ikhlas, paksa, plastic, mengoda dan segala macam maksudlah.. 

kekadang juga aku selalu jugak terserempak dengan seseorang tak kiralah dimana saja.. tapi orang tu kita kenallah kan... bila kita mula senyum je.. tapi dia tak balas pun balik senyuman kita.. padahal mata dia memang pandang ke arah kita.. tak taulah pulak kalau mata dia macam zamani slam tu.. ada sedikit tersasarkan.. mungkin masa tu aku fikir dia pandang aku tapi sebenarnya dia pandang orang lain.. hehehe.. herm.. tak boleh nak salahkan jugakkan..

atau mungkin jugak dia masa tu tengah berjalan dengan orang yang dia rasa taknak kenalkan dengan aku kot masa tu.. mungkin masa tu aku selekeh sangat kot.. dia malu dengan keadaan diri aku masa tu.. kang kalau dia senyum dengan aku tak pasal2 pasangan dia tanya  hei.. apesal u senyum dengan orang macam tu??????? kan dah malu member tu.. 

tapi bila aku dengar lagu senyum ni kita tak seharusnya ada double standard bila kita terserempak dengan sesiapa saja kita mestilah senyum.. itu menandakan kita hormat dengan dia ataupun kita alert dengan keadaan sekeliling.. mana tau bila kita pergi kerumah orang kita terserempak dengan orang yang sama... sekurang2nya orang tu akan kenang senyuman yang kita berikan.. aku ni kalau boleh memang nak tersenyum je... tapi kang kalau jalan kat depan takder orang tetiba orang tengok aku senyum sensorang nanti kata aku gila pulak.. hahaha

dulu aku pernah ditegur oleh seseorang yang mengatakan aku ni sombong.. aku tanya dia balik kenapa dia boleh anggap aku sombong.. dia kata sebab aku ni muka masam je.. kalau buat keje tak pandang kiri kanan... senyum pun susah.. semenjak tu aku dengan senang hati sentiasa akan senyum tak pedulilah orang tu kenal aku atau tidak.. yang penting aku senyum dengan ikhlas...
senyum ikhlas untuk pembaca blog mamaakaratukebaya saya..
love u all so much..

note : korang pernah tak kene tegur sebab asyik tersenyum je...

10 comments:

  1. akak tak suka orang yang senyum tapi di tanganya ada pisau dan pisau itu bila-bila saja nak menikam belakang akak. akak suka orang tu senyum sehingga hati dan membawa ke seluruh anggota badannya turut tersenyum.

    ReplyDelete
  2. a'ah ye... betul jugak kata kak ina tu.. ada jugak orang tersenyum sambil memegang pisau di tanggan.. kalau tertusuk dibalakang badan orang tu akan senyum puashati pulak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. dlm lirik tuh ada nama inca medina - itu anak dialah.. pandai selit semua dlm lirik..

    senyum ? hemmmm ada lah satu hati tuh aku senyum betul betul sampai ketelinga..sebab loan appoved beli kete.sebab nama aku nih dah pakai untuk kete lain.tak sanggka appove.. senyum jer hari tuh..

    ReplyDelete
  4. cik pah - tulah klu malique ni buat lirik mesti ada yang diselitnya.. tapi aku memang suka nama anak dia tu.. bermaksud sangat..

    aku klu budget esok cakap gomen dapat 1 bln gaji aku pun akan senyum sampai telinga jugak cik pah..

    ReplyDelete
  5. saya penah dikata sombong sbb tak balas senyuman. sebenarnya saya tak pasan sebab saya rabun.

    *nangis*

    ReplyDelete
  6. adia - samalah kita.. kadang2 mmg tak pasankan.. tapi tulah orang suka tunjal sebelum bertanya..

    ReplyDelete
  7. Senyum berbagai senyum..ada senyum kambing..ada senyum sumbing..ada senyum cover malu..ada senyum takut..ada senyum mengejek..ada senyum berpura-pura....Namun senyum ku iklas dari jiwa dan raga kebaya...cam ner rakan2 pegomen baling batu sembunyi tgn..masih maukah tersenyum kepada kau....

    ReplyDelete
  8. kak ana memang suka senyum kat org...sekali dh senyum x balas, kak ana x akan senyum lagi dh pada org tu.

    ReplyDelete
  9. akak suka lagu senyum dari izwan pilus...sukaaa sgt

    ReplyDelete
  10. senyum yg ikhlas mmg buat kita happy..lagi satu..senyum tu awet muda..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...