Beranikan diri buat silap supaya Anda tahu apa yang betul

Bila Anda buat silap Anda cenderung menyalahkan diri sendiri, Anda jadi tak suka dengan kesilapan yang Anda lakukan itu, bahkan Anda menjadi benci. Inilah sebab kenapa ramai di antara kita tak berani mencuba sebab tak mahu merasai peritnya buat silap.
Inilah juga sebab kenapa ramai di antara kita jadi benci dengan kegagalan. Anda takut gagal sebab Anda benci merasai keperitan, kesakitan dan kesusahan yang Anda akan rasai hasil dari kegagalan itu. Anda merasa terpukul. Motivasi Anda menurun.
Bagaimana mengatasi masalah ini? Ikuti dua langkah berikut:
1. Pandanglah diri Anda dan lihat pada potensi diri Anda, bukan pada kesilapan-kesilapan Anda.
Fokus kepada orang jenis cemana yang Anda boleh jadi, fikirkan potensi Anda, kelebihan Anda, bakat Anda. Jangan selalu mengingat kesilapan lalu yang Anda telah lakukan kerana itu akan membuat Anda jadi tidak bermotivasi lagi.
2. Maafkan diri sendiri, lupakan kesilapan lalu, terus melangkah ke hadapan!
Anggap kesilapan sebagai cara untuk Anda belajar memperbaiki diri. Normal sebenarnya buat silap ni sebab kita takkan tahu buat benda baru selagi kita tak buat dulu.
Anda takkan tahu cara yang betul, melainkan Anda jumpa cara yang salah terlebih dahulu. Maafkan diri Anda sebab buat silap, tekadlah untuk belajar dari kesilapan tu, kemudian cara bagaimana untuk buat perkara yang betul. Jadikan kesilapan sebagai rujukan untuk Anda mengetahui cara yang betul.
aku kadang-kadang ada jugak buat kesilapan... masa tak berlaku tu aku tak tahu jugak benda tu tak betul.. tapi bila dah berlaku dan orang lain pun dah nampak kesilapan yang aku lakukan tu..  baru aku dapat tahu yang aku ada buat silap selepas menerima teguran darinya...
tetapi ada jugak sesetengah orang yang tak boleh terima teguran darii orang lain... padahal kesilapannya terang2 dah nampak.. selagi boleh dia akan menutup kesilapan tu.. tapi bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.. 

tapi aku selalu tertanya-tanya kenapa bila kita dah buat kesilapan kita susah nak mengakuinya.. padahal dengan kesilapan tulah kita akan lebih berhati-hati dan akan sentiasa menumpukan kepada sesuatu kerja yang kita lakukan.. erm itu hanyalah pandangan dari aku..    

Psst : kemaafan bagi besar @ kecilnya kesilapan tu, terletak kepada kejujuran kita untuk bertetus terang.. jika disimpan takut memakan diri pula.. hidup terasa seperti didalam lubang yang kecil..

11 comments:

  1. kak ati ni jenis mudah marah tapi mudah memaafkan org tapi ada org2 yang kaya yg sgt ego, dia aje yg betul dan susah betui nk memaafkan org....

    ReplyDelete
  2. yelahkan..kita ni belajar dari kesilapan..sekali silap mesti lepas tu kita lebih berhati-hati..

    ReplyDelete
  3. betul tu..kena belajar jugak buat silap....

    ReplyDelete
  4. aku mmg ego..kengkadang kalau gaduh ngan pais. malas nak beralah..tapi ego dia lebih kuat dari aku.. jadik nak tak nak ..terpaksalah jugak beralah..tapi dalam hati slalu macam ada perasaan dendam..

    ReplyDelete
  5. life is a learning process maaaa...

    ReplyDelete
  6. kak ati - samalah kita kak...

    dee - betul tu sis

    ana - samalah ana kene blajar jugak

    shibam - hehehe.. sis terima kasih

    cikpah - aku pun ego jugak.. tapi aku jgk selalu kalah.. aku mmg tak luah..tapi lama2 dia hilang sendiri..

    rasp - yup.. life is a leaning..

    ReplyDelete
  7. nape klu jumpa taik kt tgh jln tkde org tulis sape punyer?so pham2 je la

    ReplyDelete
  8. tukang karut - klu jumpa taik kat tgh jalan tu mmg org tak nak mengaku.. org yg buang taik tu pun mungkin dah jauh menghilangkan diri.. silap2 org yg baru lalu dituduh buang taik tu.. so fikirkan jugaklah...

    ReplyDelete
  9. zai tak ade komen ape cuma bersetuju ngan akak...

    ReplyDelete
  10. betul3... kalu silap baru kita lebih berhati2.....

    linn sellau wat silap.. bila anak2 persan terus cover..."mama dah besar mama boleh" hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...