Roti manis

Salam..

Alhamdulillah.. dah tiba hari khamis dan esok jumaat.. hehe.. sabtu cuti.. hoyee.. tu je tau kan bila nak tiba hujung minggukan... mestilah eksaited kan.. hari bersama family.. Insya Allah malam esok nak balik rumah mak mertua kat hutan melintang. Anak-anak dah asyik tanya bila nak balik rumah opah je kan... jadinya malam ni kene packing baju.. bagi anak-anak happy.. selagi tak nampak packing selagi tu bertanya pulak.

Malam tadi asyik berBW ke beberapa blog. Dalam kepala kengkonon nak cari idea untuk buat breakfast pagi ni. Bila bw bacalah beberapa blog yang buat roti manis dan roti manis bercheese lah. Dalam hati kata ada beberapa bahan yang dalam resepi ni ada.. Ok.. jom buat roti.. hahaha.. terus dan.. dan .. jam 10 malam menguli tepung.. dahlah buat roti ni nak kene banyak rehat.. bukan aku yang kene rehat.. tapi roti tu yang kene rehatkan diri.. sambil tu aku pun berehatlah jugakkan..

Disebabkan aku malas nak guna mixer aku uli tangan je... rasalah sasa jugak lengan aku malam tadi.. malam tadi jelah.. pagi ni dah flat pun lengan aku tu... 

ni aku bagi resepinya ye.. disebabkan ada bahan yang takder aku tak letaklah.. tapi korang ikutlah resepi ni.. jangan derhaka macam aku pulak... kang ketulahan... bukan ketulahan apa.. manalah tau tak menjadi pulakkan.. tapi alhamdulillah.. walaupun aku menderhaka tapi nasib jugaklah menjadi.. 

Resepi
*1 biji telur
*2 Sudu besar susu pekat
*1 sudu besar susu tepung
* + Air sejuk peti ais
(Bahan bertanda * diatas ni campurkan semua dan tambah air sejuk sehingga sukatan mencapai 300ml)
2 sudu kecil mauripan 
(rendam dalam air suam hingga berbuih)
1 sudu kecil shortening 
(aku tak letak, sebab takdo dalam esbok)
500 gram tepung gandum
3/4 cawan gula
2 sudu besar marjerin

Caranya (breadmaker @ uli tangan)
aku pilih uli tangan.. hahaha...

Masukkan bahan yang dicampurkan bersama tepung gandum, gula, marjerin, shortening dan yis yang telah kembang. Uli sehingga menjadi doh. Bila doh tu kelihatan cantik rehatkan doh selama 30-45 minit (aku 30 minit je, mata dah ngantuk). bila dah kembang doh tu tumbuk-tumbuk untuk buangkan angin. Lepas tu bolehlah bulat-bulatkan dalam bentuk yang sama dan susun dalam loyang yang dah digris dengan marjerin tapi rehatkan dahulu dalam 30-45 minit sampai doh tu kembang bercamtum satu sama lain. Bolehlah dibakar dalam oven selama 15-20 minit dalam suhu 180C.

Dah siap uli doh.
rehatkan doh ni dulu ye...
manje ye.. nak rehat-rehat.

Susun-susun dalam loyang..
hehe.. see.. kerastangan kan... tetap herot perot.. 

terlebih lak doh nyer 5 biji..
masuk dalam loyang kecik sikit.. tapi lopong-loponglah..

dah nampak kekembangan doh ni... tapi lagi kembang lagi bagus...

Berehat dalam oven..
tadi dah rehat lebihkan.. 
doklah dalam tu.. lepas tu baru masik tekak aku..

Dah siap dibakar...
tu kat atasnya.. aku tabur gula n cheese.
dan sapu kuning telur+susu..

dan hari ni sarapan pagi roti manis airtangan sendiri..
Yummy.. rasanya lebih kurang macam potato bread...
sedap.. manis-manis gitu.

Tuan tanah dah lama tak enterprem..
dah sama mengebu dengan roti tu dah..
hahaha... bila nak kurus tak tau..

 
dahlah 7/11/2013 ni company dinner..
tema larut malam..
nak cari kebaya macam nabilla huda lah.. hehehe..

oklah..

sekian

babai.




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

11 comments:

  1. best nya roti. saya tak pandai sangat buat roti. pernah buat sekali, pastu tak jadi, sebab apa ntah tak jadi, terus malas nak buat haha

    ReplyDelete
  2. ini rupanya roti manis,
    rajin btuil akak buat nie.
    nmpk cam sodap jer..
    bleh ler shark oder sbungkus nnti :)

    ReplyDelete
  3. memang respek lah kat u sis...
    pandai masak memasak...
    pandai buat roti...
    kalo lah kita berjiran....
    mau i dapat 2, 3 ketul kan hehehehehehehehehehe...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..salam kunjung amboii gebunya roti...sdap klu dpt dicicah dgn air milo panas..kena pulak taim hujan...huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Rajin betullah Sha memalam meroti. Gebu tuan blog tak sama anak-anak dia lagi gebu hihi... adik tu lagi gebus:)

    ReplyDelete
  6. wow.. menarik betul lah.. buat banyak2 leh bawa bekal ofis.. :) suka bun manis gak.. ;) gebu nampak bun tu naik.. uli tangan ke pakai BM?

    ReplyDelete
  7. adeh kak.. jeles jeles..lama saya tak meroti gara gara oven rosak..

    ReplyDelete
  8. perghh kak!! sungguhkental uli roti pakai tangan...kalo sepuluh kali buat roti kak cukup buat tangan akak naik ketak2 kak hahaahahah....

    alah takpe tak kurus kak...yg pentign akak comey ....

    ReplyDelete
  9. Ni practice nk timbuk org pun ok ni...dh uli guna tangan je....kalau kena penumbuk confirm masuk ward kan....

    ReplyDelete
  10. Waah kagumlah... roti mcm beli... dapnyee...
    Nak cuba, oven rosak dah..huu

    ReplyDelete
  11. Oh, ada juga resepi untuk roti ni eh, saya selalu beli kat shopping complex jer.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...