Hari ahad lepas perkara yang selalu kita elakkan dan berhati2 daripada terjadi.
dah terjadi kat anak aku. Masa tu dalam jam 3 petang aku nak buat air utk minum petang n kebetulan pulak anak buah aku datang kerumah aku.
jadi masa aku nak buat air tu kebetulan pulak anak lelaki aku ni nak suruh buat susu pulak.
masa aku tenggah tuang air panas yg baru tutup api ke dalam jug tiba2 dia datang bawa botol susu kat aku...
tak sempat aku nak letak cerek kat dapur dia dah masukkan botol susu dia kedalam jug aku yg berisi air panas.
masa dia nak tarik tangan dia dari jug tu.. dia tertarik sekali tangan aku terus air panas tertumpah kat perut dia n kaki kanan..
dalam keadaan panic aku terus buka baju n seluar dia.. anak buah aku pulak terus amik colgate utk sapu kat badan dia..
fuh.. kesian betul anak aku.. mengelejat dia menangis bila dah kene air panas tu..
masa tu jugak aku bawa g HTAR untuk rawatan...
masa kat HTAR perh lagi kesian anak aku.. dah lah menahan sakit kene air panas..
kene pulak cucuk dgn jarum utk masuk ubat tu... aku rasa lebih 20 kali cubaan mencari urat kat tangan n kaki anak aku... tapi tetap tak jumpa jugak... aku dah naik bengang jugak masa tu... aku ingat ubat tahan sakit tu cuma ada tablet n suntikan je... rupanya ada ubat tahan sakit yang masuk bontot... dah naik lebam tangan anak aku.. tak jadi masuk ubat suntikan.. terus doctor hantar anak aku naik ward barulah nurse masukkan ubat tahan sakit melalui bontot... barulah dia boleh berhenti nangis klu tak.. satu ward tu suara dia... klu dari awal dia buat mcm tu kan dah lama anak aku diam... huhuhu sedih aku tgk keadaan anak aku masa tu..
kat ward pulak satu kali lagi anak aku tahan sakit.. masa nak buang kulit mati tu..
aduh... nurse buang kulit mati tu sambil siram air... menangis2 anak aku masa tu..
siap dia g pukul tangan nurse yg tenggah buang kulit mati tu... nak buat mcm manakan
takkan nak marah pulak... sedang kita yg tua ni pun tak tahan sakit tu.. inikan pulak budak usia 2 thn setengah.
lepas buang kulit mati tu semua barulah nurse letak cream sejuk n balut luka anak aku tu untuk elakkan jangkitan kuman..
dah lepas segala proses barulah anak aku boleh tido... tapi tu pun dia tak tido nyenyak sbb kejap2 sakit tu datang...
nilah no katil anak aku
1st day selepas buang kulit n disapu dengan cream sejuk.
2nd day selepas cuci luka
(makan pun tak lalu dah.. mungkin sakit sangat)
Balutan di bahagian perut
Balutan di bahagian peha dan kaki
Note : gambar kulit melecur tu aku tak sampai hati nak amik... sbb aku tgk kulit dia merah n nampak merah2
(rabu 30/12/2009 nak bawa g HTAR utk cuci luka pulak... harap dia tak menangis sgtlah)