Sikap sampai menyampai

dalam minggu ni 2 kes sikap sampai menyampai terjadi didalam hidup aku.. citer ni takder kaitan dengan aku sebenarnya.. cuma aku nak jadikan pengajaran buat aku dan untuk dikongsi bersama.. tak payahlah aku ceritakan apa yang berlaku ye.. aku pun sekadar mendengar je.. tak tau butir cerita yang sebenarnya terjadi.. cuma aku nak citer pasal sikap sampai menyampai ni
biasanya penyampai pertama menyampaikan satu cerita tu dah bila dah berantai dan diterima pulak oleh orang yang terakhir cerita yang disampaikan tu telah bertokok tambah dan diadun supaya bunyinya menjadi sedap..
dan akibatnya akan menimbulkan salah faham kepada pemunya cerita.. akan menjadikan pergaduhan dan bermasam muka sesama adik beradik, sepupu sepapat.. betapa teruknya sikap sampai menyampai ni..
aku rasa kalau nak tahu cerita tu sahih ke tak sahih kita seharusnya terus bertanya kepada tuan punya badan.. jangan bertanya pada orang yang tak tahu cerita sebenarnya.. kebanyakkannya akibat yang akan diterima lebih banyak dari buruk dari baiknya.. 
aku sedih betul bila perkara ni terjadi pada bulan syawal yang mulia ni.. baru je bermaafan dah bermasam muka balik.. 
sia2 je kita berjurai2 air mata keluar semasa bermaafan.. tapi tak sampai sebulan dah memulakan perselisihan faham..

aku kalau dengar orang bercerita aku lebih suka tak ambil peduli sangat.. bila orang cerita aku dengar takderlah aku nak sampaikan kepada orang yang diceritakan.. padahal cerita yang kita dengar tu sebenarnya baik.. tapi bila dah diolah oleh tukang cerita tu untuk menjadi sedap didengar akhirnya cerita tu akan menimbulkan keburukan kemudian hari.. 


kat atas ni hanyalah gambar rantaian makanan..


14 comments:

  1. bila bercerita ttg orang lain aka menyampai-nyampai, mesti akan terjadinya penambahan cerita utk kesedapan... itu yg tak betulnya, sudahnya pasti terjadi salah faham, so elok kita jauhkan aje sikap sebegini

    ReplyDelete
  2. Err, tapi aku suka sangat menyampai berita berfakta? taksalah kan ;)

    ReplyDelete
  3. klu yang baik lainlah jugak...tapi klu benda yang tak baik..berdosa besar....

    ReplyDelete
  4. ISH ISH ISH ...tak elok camtu kan kak...boleh buat masam2 muke gadoh bagai......boleh jadi kes fitnah2 ni gamaknye.....sabar la kak yeak...mulut org ni payah nak kawal...

    ReplyDelete
  5. sampai menyampai pesan berpesan itu sebenarnya satu amalan..cuma bila cerita yg nak disampaikan tu diubah ditokok tambah..amalan tu dah jd dosa pulak..ishhh...

    ReplyDelete
  6. hmm cerita sampai menyampai siap tambah perisa ajinomoto ni mmg berlaku dalam kehidupan. tu yg malas dgr citer yg dari org ketiga keempat dan seterusnya ni.

    saya pulak jnis kalau org cerita, malas nak cerita kat org lain. org tak tanay saya pun tak citer la.

    ReplyDelete
  7. haha rantaian makanan x tahan
    mcm blaja sains plak
    ada pengguna premier la , sekunder la
    sampai mana ek x igt
    hihihi

    ReplyDelete
  8. Lisa pun kalau kawan2 dah bukak citer2 yang agak sama ngan tajuk sampai menyampai ni..cpt2 angkat kaki...mls nak dgr...

    ReplyDelete
  9. pun suka buat derkkkk jer kalau org tu sibuk duk gosip2 pasal diri sendiri..barula rasa mcm artis..haha!

    dan memang tak suka pada cik telepon buruk yg suka menyampai2 sbb dah tau si penyampai yg terakhir mst byk auta dari fakta..ngeh3x

    ReplyDelete
  10. sampai menyampai ni ada baik ada buruk nya jugak kan...yg buruk bila di tambah dgn pelbagai perisa membuat kan lg x sedap...

    ReplyDelete
  11. tu la tak elok kan.. nanti blh jadi gaduh & masam muka pulak... sbb dah ada "ajinamoto" kat dalam tu.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  12. Ida memang mulut jahat.nampak baik, dialah kaki penyampai yang menimbulkan huru hara.sapa yang nama ida jangan terasa, ini ida lain.special sikit.

    ReplyDelete
  13. masa raya baru ni kt umah MIL..mak tirinya telah menyampaikan satu cerita yg x enak..MIL dh marah2...dee buat x tau..sebenarnya MIL marah kt mak tirinya kerana menyampai-nyampaikan cerita masa org masih sibuk berhari raya..kalo niat kita baik..kita x jd penyampai..hmm..mcm2 hal..sib baik cerita tu abis setakat kt MIL je..sbb MIL jenis x suka menyampai2 n bergado..

    ReplyDelete
  14. betul tu..cete yg berjalan akan ditambah perasa oleh setiap penyampainya.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...