Ingat cukup ke tiga kali tambah...

Salam... 

Last week balik je dari rumah abang aku. sampai je rumah dok lah lepak-lepak tengok TV. Tengah2 dok nonton TV tetiba perut rasa lapar pulak.. Masa tu dalam jam 5 petanglah.. Nak keluar cari kuih-muih terasa malas pulakkan.  

Tapi perut tetap jugak beriang-ria berbunyi menjerit-jerit minta diisi. Last2 dah tak leh nak tahan lapar dah. Buka peti sejuk jumpa sayur sikit, telur dalam 10 biji.. ingat nak goreng sayur dengan telur dada je.. sekali tak boleh tahan sebab takder benda yang pedas pulak.. tu yang terus terfikir masak sambal ikan bilis.. Lauk ni semua main campak-campak je masak.. Maklumlah dah gigil-gigil lutut menahan lapar.. Nasib tak rebah je...
Telur dadar 
caranya senang sajakan.. takkan tak tau masak telur dadar pulakkan. 
Ni aku guna 3 biji telur, Mayonis (konon nak bagi gebu), Daun bawang, 1 labu bawang besar, daun sup, cili padi dan sedikit garam.

sayur ni aku masak cincai je tau..
tumis bawang sampai kekunigan. masukkan air, masukkan sayur pehtu tuang kicap je.. senang.. anak aku pun suker...
Sambal ikan bilis berlinang minyak.. hahaha.. suka2 je aku bagi nama.. 
nampak minyak kat tepi2 tu.. sesuailah kot nama dia..
Ni lagilah cincai.. blender semua cili padi + cili besar, 5 labu bawang merah dan 1 ulas bawang putih
tumis semua bahan. masukkan air asam, tambah gula dan garam.. bila dah naik minyak angkat.
curahkan hasil tumisan tadi diatas ikan bilis yang dah digoreng..

Tiga sekawan.. tapi hasilnya lebur semua dalam perut aku..

Tulah walaupun dah melantak 3 kali tambah kat rumah abang aku.. Balik rumah tetap lapar lagikan.. Niat nak gantung kuali tu kira tak jadilah.. Sebab balik tu tetap kena masak jugak.. Takkan malam nak melapar pulakkan.. Padahal yang 3 kali tambah tu untuk makan tengahari..


17 comments:

  1. kak,sambal ikan bilis akak berlinang minyak tu berlinang tak air mata kalau makan? hehe...semua sedap walaupun sempoi!~

    ReplyDelete
  2. ikan goreng takde ke kak? hehe
    biasa kan mesti ada ikan goreng

    ReplyDelete
  3. Lauk 3 sekawan tuh laa yg sedapnyaa.. :)

    ReplyDelete
  4. Walaupun nampak ringkas, tapi ia berjaya membuatkan perut kakcik berkeriuk kelaparan. :)

    ReplyDelete
  5. mmg tak cukup....hidangan yg sangat2 menyelerakan!!!!!

    ReplyDelete
  6. tengah lapar, semua jalan...
    simple dan menyelerakan betul...

    ReplyDelete
  7. semua nampak sedap..xspecialy telor tu...fuhh..

    ReplyDelete
  8. ini lauk kalau dapat makan time lapar mcm lutut ko yg dah ketaq tu..HEAVENNNNNNNN......

    ReplyDelete
  9. SALAM,
    UTK LF, SAMBAL TU DAH CUKUP.

    ReplyDelete
  10. uik...nasib dah makan td...hehe

    ReplyDelete
  11. saya nasi putih panas2 + telur goreng + kicap pun dah berselera...:)

    ReplyDelete
  12. masak sempoi2 macamni lagi berselera makan....

    ReplyDelete
  13. sedapnya nampak sambal ikan bilis hang ni...
    dan-dan tu perut rasa lapar plak!

    ReplyDelete
  14. simple2 ginila yg sedaaapp dap dap

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...