mencari sinar kebahagian...

Salam... 

Wahahaha.. tajuk macam nak bagi motivasi jekan.. Padahal isi dalam lari jauh dari tajuk asalkan.. saje je nak bagi korang tertanya-tanya.. pehtu mesti laju nak tekan tajuk ni kan.. erk... laju ke? macamlah tajuk tu best sangatkan.. sure aku ni dah mula syok sendiri nikan.... Korang kalau nak cari tajuk motivasi macam ni silalah search kat google ye.. mungkin banyak tajuk macam ni ada kat sana.. atau mungkin jugak tak der kot... kalau takder sila cari pakar motivasi sendiri ye.. hehehe.. jangan marah.
Yang benonya nak citer pasal kerajinan aku malam tadi.. hehehe.. tu yang rasa bahagia je pagi nikan.. Kebetulan mood rajin aku sampai tahap yang tak boleh nak dikatakan lagilah.. aku pun apa lagi lepas je masak, teruslah kemas satu rumah, tukar cadar katil bagaikan... lepas je siap masak dan kemas pergh.. malam tu tido dengan tak nyenyak pulak.. huhuhu.. bahagia dapat sakit badan pulak.. kekeke... aku rasa nak beli Tiger Balm Plaster yang macam iklan nuffnang kat tepi sidebar aku tulah.. Agaknya2 lega tak?

Sambung balik citer rajin aku nikan.. apa lagi kalau blog ni tak citer anak2, jalan2, dan mestilah citer pasal masak2 dan makan2 pulakkan. Malam tadi mood datang nak masak pindang ikan terubuk. Ikan peberet aku tu walaupun ikan tu banyak tulang.. Nak tengok sifat sabar aku masa aku makan ikan terubuklah.. memang tertib macam anak dara sunti tau... keluar segala sifat sopan dan santun.. terserlah keayuannya.. hahaha.. sila jangan percaya ye... tapi sifat sabar tu adalah.. yang lelain tu aku tokok tambah je.

Nilah pindang ikan terubuk aku... 
resepi senang je.. tapi time rajin memang senangkan.. time malas tu yang masalah.. hehehe.
~ 1 ekor ikan terubuk (dipotong keping ye)
~ 5 ulas bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ 1 inci halia
~ 1 batang serai (di ketuk)
~ 2 tangkai cili kering (dipotong2 saja)
* ni bahan special ye.. aku suka letak ketumbar kalau masak pindang tapi aku terlupa ketumbar kat rumah aku dah habis. jadinya ada sup bunjut adabi tu. aku koyakkan kain dia.. tumbuk rempah tu semua dengan bawang merah, putih dan halia.
~ Garam dan serbuk perasa secukup rasa
~ asam jawa yang dah dibancuh dengan air.
~ Dan tambah 5/6 batang bendi. 

Tumis bahan tumbuk, bila dah garing masukkan air. tunggu sampai air mendidih masukkan ikan, Bila ikan dah separuh masak masukkan bendi, Last sekali masukkan air asam, garam dan serbuk perasa.. bolehlah dihidangkan.. siap.

Ikan segan bersama sambal tumis kentang.. Sebab apa segan, sebab dia berselimut disebalik kentang tu.. hehehe.. tu yang nama dia Ikan Segan.. Malu tu nak tunjukkan rupa dia yang sebenar.. 

 Macam biasa mesti ada ikan goreng bersimpang siur ni.. kalau tak der tak lengkap rasanya hidangan aku.. Ikan goreng ni khas untuk anak2 aku lah.. makan ikan goreng berkuahkan pindang memang bertambah2lah.. terlupa lak nak amik gambar diorang kegembiraan makan semalam..

 Tada............. lengkaplah sudah hidangan makan malam tadi.. dah selamat pun masuk dalam perut... memang kenyanglah.. ingat nak puasa nasi sebulan.. tapi tak dapek doh.. totap gak hadap nasi sepingan... mano leh tahan perut den.. tengok lauk macam nikan.. walaupun simple sajo....

Ok.. babai.. sambung balik buat kojo den.. kang banyak tertanguh kono potong lak bonus den hujung bulan ni...

16 comments:

  1. antara ikan yang paling saya x suka adalah terubuk
    sebab banyak tulang tak reti nak makan
    kalau ikan parang ok lagi. tulang besar. ni tulang kecik, gerun nak makan takut tulang dia. huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau nak makan sedap kenalah rajin RK.. kakak nie selalu tengok resepi kawan macam nak buat tapi bila balik rumah dah lain jadinya...

    ReplyDelete
  3. Kakcik suka terubuk bakar tapi tak berapa rajin nak makan sebab banyak tulang. :)

    ReplyDelete
  4. cah ikan tu ada tak?cam sedap je ikan sambal tu.

    ReplyDelete
  5. best kalo dtg sini sllu tayang food..sedap nyaa...rajin masaakk..!

    ReplyDelete
  6. iols tak penah try lagi masak pindang ni
    akan try jugak lah
    nampak resepi senang aje tu....

    thanks ye RK

    ReplyDelete
  7. terubuk byk tulang! hhuhu..tak geti nak makan

    ReplyDelete
  8. kalau datang time lunch mmg melelehla...sedapnya

    ReplyDelete
  9. kecur air liur tgk lauk sedap ratu kebaya ni... hehe

    ReplyDelete
  10. biasa singgang saya pakai ikan selar je sbb senang nak cubit isi..

    ReplyDelete
  11. amboi akak,mmg rajin gini.simple akak kata? takde la simple mana? byk tu menu..sedappp

    ReplyDelete
  12. tak penah pulak dengar org buat terubuk pindang.. boleh try ne!!

    ReplyDelete
  13. lauk simple yg makan boleh bertambah-tambah...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...